Cerita JODOH aku ?

Assalamualikum... Jodoh tu rahsia.. Kita tak pasti siapa jodoh kita. Kadang-kadang kita mampu merancang, tapi perancanganNya lagi hebat. Aku pernah crush pada seseorang. Bak kata kawan aku, aku ni nampak je lembut tapi suka bad boy. Bad boy yang dimaksudkan bukan yang rempat dan bermasalah semua tu, bukan. Tapi ada sikit yang 'bad' nya tu pada seseorang, aku tutup mata dan try untuk terima walaupun tak suka. Walaupun ada yang lebih baik dari tu. Macam tu lah gaya dia cakap. Bila fikir-fikir balik sembang bab jodoh macam tu macam ni. Nak yang begini, begitu. Itu yang kita nak tapi tuhan tetapkan apa yang sesuai dengan kita. Aku pernah crush dengan seseorang dan berkawan dengan dia. Aku suka dia yang 'bad boy' itu. Tapi dia bukan jodoh aku. Aku pernah menangis depan kaabah, suruh tuhan tunjukkan pada aku betul ke dia jodoh aku. Aku suka dia tapi kadang-kadang aku tak dapat terima beberapa perangai dia. Aku tak yakin untuk hidup dengan dia. Banyak benda aku tak yakin dengan dia. Itu pertama kali aku ada perasaan macam tu dengan seseorang lelaki. Selalu crush biasa je. Tapi yang tu, orang yang sentiasa ada time aku susah time tu. Bergaduh selalu tapi tetap juga dia tolong aku. Mungkin tu juga buat aku ada perasaan dengan dia. Aku tak tahu macam mana nak kawal perasaan time tu, itu sebab selalu cari gaduh. Pertama kali ada perasaan suka dan kadang-kadang jadi takut sendiri. Pastu bergaduh la memanjang ntah apa benda ntah. Pengalaman pertama punya perasaan suka, tapi tak tahu nak kawal macam mana. Dia pula melayan.

Lepas cerita aku menangis di kaabah mohon pertunjuk,kalau bukan dia jodoh aku bagilah dapat yang lebih baik dari dia ,(jodoh aku yang sebenar) yang dapat jaga aku. Lepas aku habis master, dia bertemu jodoh dan berkahwin dengan pilihan hati dia. Waktu tu aku memang ada sikit kecewa, sebab aku rasa mungkin dia suka kat aku tapi aku terlepas sebab aku tak cerita perkara sebenar tentang perasaan aku pada dia. Padahal sebelum ni, selalu aku pesan dan cakap pada diri sendiri. Kalau betul dia suka aku, awal-awal lagi dia dah ambil kesempatan untuk cakap benda tu dan cuba propos aku. Tapi benda tu tak jadi. Fikir la, dia memang tak ada perasaan dengan aku, dan dia pun sama waktu tu tengah mencari dan confius dengan perasaan sendiri. Bila jumpa yang lebih baik dan yang confirm. Kira itulah jodoh dia. Kadang-kadang aku rasa doa aku di depan kaabah jugalah yang menyebabkan dia dapat jodoh cepat. Tapi betul, aku selalu berdoa. " Tuhan, tunjukkan aku. Sedarkan aku. Berikan aku jawapan." Dan itu jawapan yang aku dapat, iaitu dia ada jodoh lain dalam hidup dia. Dan aku selalu berdoa juga untu diri aku, dapat jodoh pada waktu yang sesuai. Aku dah bersedia.

Dengan perasaan kecewa tu. Bertambah lagi aku tak ada apa-apa pekerjaan tetap lepas master. Aku rasa down gila dengan diri aku. Dia, lepas kawen dapat kerja tetap pegawai kerajaan, jodoh dia pun yang bagus. Aku? Tak ada apa. Aku rasa down gila dengan diri aku. Cita-cita aku tinggi, tapi takkan sekadar cita-cita. Aku mula fikir untuk keluar dari belenggu tu. Hampir setiap hari dalam blog aku ni, aku nak ceritakan kekecewaan aku. Tak kisah la dengan orang sekeliling atau apa sekali pun. Fikiran aku negetif.

Tapi semakin lama alhamdulillah. Aku semakin lupakan dia. Tapi kalau tengok cerita romantik automatik teringat dia. Kejam sungguh diri aku. Ingatkan pada orang yang dah bahagia yang tak pernah nak ingat aku langsung dah tu. Dan aku mula fikir untuk cari jodoh aku sendiri. Selalu fikir nak daftar apa jannah tu? ke tidak... Aku pernah daftar dan kemudian aku deactive akaun hahaha.. hampir setiap hari fikir tentang jodoh sendiri. Pernah ada lamaran datang rumah,tapi hati aku berat dan tak boleh terima. Kadang rasa macam mak aku nak jual aku pun ada.. hahaha.. perasaan yang " oh aku tak boleh terima .. kenapa macam ni.." last aku reject lamaran tersebut. Bila tanya ahli keluarga lain lepas tu, setuju pula diorang dengan aku. Sebab keluarga kuat sangat mendesak. Tapi tetap juga setiap hari fikir mana jodoh aku ni. Nak juga rasa perkahwinan dan nak juga ada zuriat keturunan sendiri. Nak juga bina keluarga bahagia mawaddah karahmah. Tapi aku biarkan je la, teruskan perjalanan pengajian aku dengan harapan dipertemukan jodh dipersimpangan jalan pengajian.

Setiap orang ada ciri-ciri yang dia idamkan. Kalau tak dapat seperi ciri yang diinginkan, hampir pun boleh la. Nak tepat, mungkin susah. Melainkan tuhan betul-betul pertemukan. Haritu fasa pengajian aku, aku rasa rumit. Kadang-kadang rasa down. Dapat ka aku habiskan pengajian ni. Banyak lagi. Aku rasa jauh dengan kewangan lagi. Aku rasa takut. Tapi tuhan bagi aku semangat semula, alhamdulillah. Dalam doa aku sentiasa aku doakan selain dapat jodoh yang baik bagi aku habiskan pengajian phd aku ni, bertemu jodoh dan dapat pekerjaan seperti yang aku inginkan. Dalam semangat aku down, aku call mak aku tiba-tiba dia cakap nak jodohkan aku dengan seseorang. Aku terdiam.



.

.

. Kelu dan tak tahu nak cakap macam mana.

Tapi kali ni hati aku tak seberat yang pertama mak aku cakap dulu. Aku tanya mak aku, "kali ni siapa pula?"

Mak aku cakap.. kenalan pakcik aku budak masjid. Bagus budaknya. Mak-mak kalau nak recommend waktu ni semua bagus. Nanti bila dah jadi menantu, kalut dia nasihat itu ini kat bawah-bawah. Bekas pelajar UKM. Sekarang dia kerja kilang ja. Aku sebenarnya mementingkan pendidikan. Tidaklah aku nak sama taraf dengan pengajian aku. Tapi cukuplah dia juga merupakan graduan ijazah. Supaya dia tahu complicatednya kehidupan aku sekarang. Walaupun dia tidak merasainya. Dia tahu apa itu cabaran hidup di universiti. Dia pernah merasainya, dia boleh bercerita dengan aku walaupunpengalaman kami tak sama. Tapi ada cerita dalam laluan itu. Faham situasi. Aku tak nak esok-esok kawen, " Ok la, abang tak sepandai kamu.. kamukan masuk univrsiti.. n bla.. bla.. bla.." Aku dah rasa dah sikit-sikit benda tu. Jadi aku taknak benda complicated itu. Biarlah hidup aku tenang di peringkat yang seterusnya dalam alam rumahtangga nanti.

Sekarang tuhan temukan aku itu. Untuk semangatkan aku supaya cepat habiskan pengajian. Aku cuba yang terbaik sekarang. Ya, ada sikit semangat untuk habiskan. Konon bajet-bajet nak kawen cepat-cepatlepas habis study then cari kerja. HAH. Padahal belum kenal orang tu lagi, belum pernah bercakap bersama lagi. Tak kenal lagi hati budi. Aku ni cepat je reject orang. First jumpa, out expectation dikira out. Paling-paling aku tak suka, bila tak sama dengan gambaran. Expectation aku kadang-kadang tinggi sangat, kadang aku risau dengan diri sendiri. Hope kali ni apa yang aku dengar cerita betul la seperti gambaran.

Tolong doakan aku dapat jodoh yang baik, bertanggungjawab, penyayang, berpendidikan (dunia akhirat) dan segak... HEEE..

AAMIIN... ( Aamiin kan cepat!.. hahahA)

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..