Review ipad dan iphone

Assalamualaikum..

Hai, ini aku nak cerita dari pendapat aku la sebagai pengguna tegar android dan window. Bagi pengguna apple boleh skip je cerita aku ni sebab dah biasa dan berpengalaman akan rasa, "Hak ala.. itu pun nak cerita.." tapi bagi yang belum biasa dengan apple dan nak cuba-cuba beralih arah. Dia akan nak tahu semua benda secara terperinci bagaimana keadaan sesuatu benda tu. Jadi hari ini cerita aku sangat sesuai bagi sesiapa yang nak cuba pengalaman baru dengan apple.

Aku bermula perkenalan dengan apple ini melalui ipad baru iphone. Secara jujurnya, aku susah sikit nak survive dengan ipad sebelum ni sebab tu aku beli iphone. Bagi pengguna iphone dia akan lebih senang untuk survive dengan ipad berbanding pengguna ipad sahaja. Kenapa? Mungkin orang akan ingat sebab tak biasa akan jadi kekok tersebut. Tapi sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadikan situasi tu. Lebih senang cerita bila ekosistem yang sama lebih memudahkan sebab mempunyai connecting yang sama untuk berhubung antara satu sama lain. Sebelum ni aku guna ipad dan phone aku anroid. Jadi banyak benda tak boleh berhubung, agak complicated. Tapi bila aku pakai iphone, banyak benda boleh berhubung dan jadi lebih mudah. Sekarang aku nak cerita kenapa macam tu terjadi.

Kalau nak dibandingakan dari segi harga ipad dan iphone, ipad lebih murah berbanding iphone. Ini basic ipad ok, bukan ipad pro atau ipad air. So benda dalam dia pun cuma yang basic sahaja. Mula-mula aku pakai ipad, kosong weh ipad aku banyak benda au tak boleh conect dengan phone.Waima aku nak pakai facetime pun tak boleh. Sebab ipad dari apple bukannya macam tablet dari samsung atau lain-lain. Apple punya produk tak mesra pengguna, yang semua benda kena beli satu persatu. Untuk ipad dia jual untuk slot kad sim tapi tak boleh guna untuk call orang macam samsung tablet. Jadi bila beli ipad, memang untuk guna untuk buat kerja je, jadi sedikit jadi terhad. Tapi aku tetap selesa la untuk beberapa kerja aku terutamanya bab mengedit. Bagi aku ipad sangat selesa untuk buat kerja-kerja yang kreatif sebab mudah dibawa kemana-mana, screen besar, ada software yang memudahkan dan boleh guna pensil. Tapi macam aku cakap tadi terhad, lagi jadi rimas bila aku tak boleh buat beberapa perkara untuk kerja aku. Itu yang menjadi aku rimas. Akhirnya aku cadang beli iphone. Sebabnya aku tanya kawan aku yang pakai iphone baru beli ipad sama dengan aku. Aku tanya dia.. " kenapa ah, ipad xboleh macam ni... macam ni.." dan dia cakap " ah.. boleh je... buat cam ni.. cam ni.." aku try.. dan tak dapat, dapat. Tapi bila aku pakai iphone. Senang je. Ya, penggunaan iphone akan memudahkan pengguna ipad. Sebab iphone akan jadi seperti otak kepada yang lain-lainnya. Bila aku pakai iphone terus ipad aku penuh, itu dan ini. Banyak benda yang tidak boleh pakai sebelum ni pun terus dapat pakai antaranya facetime. Itu la sikit sebanyak pengalaman aku.

Itu je la nak cerita..

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...