First meeting felo
Assalamualaikum.
Sekarang aku masih menetap di luar, di rumah sewa aku angkasa apartment. Tapi kalau dipanggil untuk aktiviti kolej aku pergi la juga terpaksa kacau geng-geng rumah ambil hantar aku ke kolej. Aku ingat macam nak pindah cepat-cepat juga ke sana sebab tak nak susahkan diorang angkut ambil aku memandangkan sekarang kereta aku masuk bengkel susah pula nak gerak.
Sabtu ni kami (aku dan geng rumah sewa) nak pergi cuci rumah dulu. Sebab rata-rata orang cakap kolej-kolej sana keras juga. Tapi bila fikir keadaan yang aku banyak susahkan geng rumah sewa aku rasa macam nak duduk sana je sorang pun sorang la.. just try dulu.. Tapi rata-rata juga minta cakap tunggu la student masuk dulu baru aku pindah masuk rumah tu.. sorang-sorang tu macam bahaya juga kata diorang.
Susah juga aku nak fikir, tak apa la slow-slow apa pn try juga.. harap boleh manage semua masa aku.
Comments
Post a Comment