kERETA AKU MERAGAM

 Assalamualikum..

Cuti pkp lepas aku ada hantar kereta aku untuk dibuat overhaul. Dalam RM2000 ++ juga la total semua. Tapi ok nya orang yang buat tu bagi aku bayar ansur-ansur. Semua budak-budak rumah buat dengan dia kalau ada masalah kereta. Masalah hati aku ni, cepat kesan sesuatu kat orang. Kalau hati aku terdetik mesti ada benda akan jadi. Hari tu bab kereta excident. Aku terdetik something je kat seseorang.. zappp kereta aku terlanggar kereta depan. Kali ni pula terdetik mekanik aku tak pandai buat baiki kereta maybe just trying..zapppp kereta aku terus bocor apa ntah sampai dia sendiri pening kepala apa benda lagi masalah kereta aku. Lepas overhaul aku baca kereta memang senang leaking kalau salah pasang something. Tapi sekrang tak tau masalah apa jangan la ditukar lagi benda-benda yang tak berkaitan. Sebab memang ketara tambahan sekarang pula hujan nampak sangat bocornya minyak tu. Tapi setiap kali aku check minyak hitam, minyak brek, minyak stereng semua masih paras-paras ok lagi antara max and min dalam tong dia. Owh pening kepala juga pakai kereta ni. Kos baiki bukan sikit-sikit.

Selepas aku baiki kereta hari tu bajet macam okey la. Aku dengan semangatnya pergi buat tinted kereta pasang keliling kena la dalam RM270. Sekali isninnya keluar kereta masalah terus macam.. wah aku dah terlebur pada yang lain dulu. Tapi benda yang tak dijangkakan. Rasa la sikit kelainan bila dah pasang tinted. Tak panas sangat. Tapi tu la. Kereta aku, apa masalahnya.

Yang aku rasa dia tak pandai nak buat tu, bilamana aku cerita masalah kereta dia cakap owh leaking biasa tu. Sedangkan sebelum ni aku dah hantar kereta untuk dia check. Pakcik tepi jalan pula boleh jelas apa sebab yang leaking tu bila check-check kereta. Sedangkan waktu dia ambil kereta dan check dia cakap saya pun pening kepala apa lagi yang leaking ni. Tak pasti la dia buat main-main ke atau dia betul-betul tak tahu. So aku husnuzun je la.. mungkin dia tak tahu. Dan aku harap sangat dia bawa atau cari orang lain yang pakar yang boleh buat atau tau buat jangan la dia teruskan juga. Sebab aku harap sangat kereta aku baik-baik lepas ni tak ada nak meragam-ragam lagi. InsyaAllah. Harap Allah tolong aku juga untuk bagi kereta aku sembuh seperti biasa.

Sekian celoteh kali ni.

BLOK I, ANGKASA APARTMENT 01102020 0431AM

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..