::mulu cave::

assalamualikum..

apa khabar semua.. harap2 semua sihat2 la hendaknya.. happy tak korang..
for me today is happy day.. because .. welcoming to semester break.. welcoming la sangat kan.. padahal ahad nie dah start training.. dan minggu2 penyeksaan dah bermula.. walaupun otak aku sedikit ringan dari beban kerja sebagai student... tapi fizikal dan mental akan terbeban dengan training.. paling tak tahan.. telinga la bakal mendengar bebal.. menyampah mak~~

ok cukup2 membebal.. now back to point.. hari nie aku nak selesaikan hutang dengan korang semua.. iaitu pada entry .. worldless wednesday... 21 sept 2011.. dah lama bukan.. hari nie baru bayar hutang.. dan korang pula macam mana boleh teka dengan betul..?? tapi taniah la kepada prince halilintar kerana menjawab hampir tepat untuk entry tue.. ( dan aku perasan kini.. encik prince halilintar sepi jew kan sekarang.. last up date pun november tahun lepas.. adakah beliau cuti berkahwin??? heheh~~ x pasti la kan.. kalau tersalah ramalan sorry yerk encik prince halilintar.. sebab saya takut nanti kena panah petir lak.. halilintar.. heheh =)

 gambar yang diisukan..

gambar ini adalah salah satu daripada dinding gua di Mulu, Sarawak.. kata tourist guard di situ.. itu muka Abraham Lincoln.. salah seorang President United State.. jauh betulkan muka Abraham Lincoln terlekat di  kan.. di Sarawak kot.. tapi suatu masa dahulu Abraham pernah datang ke Sarawak.. dengan isu lada hitam suatu masa dahulu.. kata tourist guard la.. view nie.. tak semua tempat dalam gua tue boleh tengok sebenarnya.. tapi pengunjung akan dibawa ke satu spot untuk dapat melihat keadaan betul2 macam dalam gambaran ini..

alhamdulillah selama 3 tahun aku berada di Sarawak.. banyak taman negara aku sempat lawat dan menikmati panoramanya semasa lawatan amali dilakukan.. dan bersyukur juga.. sebab salah satu lokasi adalah world heritage site iaitu Taman Negara Mulu.. satu kawasan yang sangat cantik bagi aku..semuanya terjaga rapi.. air dia sangat bersih.. gua dia yang indah.. hidupan dia.. semua best la boleh dikatakan..  tapi tak best nya.. waktu  nak mandi last.. tak sempat.. sebab ad penduduk kampung di situ sembelih babi pula di hilir sungai.. terbatal niat nak mandi sungai masa tue..

tujuan kitorang pergi ke sana adalah untuk amali kawasan terlindung.. melihat infrastructure yang telah dibuat bagai kawasan yang dilindungi sepenuhnya  bawah UNESC0 dan bandingkan dengan hutan yang dilindungi hanya bawah kerajaan negeri.. memang ternyata la sangat berbezanya.. jom kita tengok sikit gambar-gambar kenangan aku sekitar mulu... =)

mulu nie.. terdiri daripada hutan batu kapur.. kalau dilihat semula kepada kemegahan mulu.. semestinya adalah pinnacles yang terdiri daripada cerucuk-cerucuk batu kapur yang terdapat di Gunung Api dan Benarat. namun disebabkan oleh ketidakmampuan ktorg sampai kena sana.. bukan disebabkan stamina.. tapi menelan belanja kos yang tinggi untuk tourist guard.. jadi just ambil angin disekitar jew la.. tue pun alhamdulillah.. banyak pengetahuan yang kami dapat.. 

kalau kita lihat kelilingnya dan melawat.. memang banyak sangat gua-gua disitu dan terdapat pelbagai nama yang diberikan terhadap gua tersebut yang menceritakan asal usul bagi gua tersebut.. jom kita lihat dalam gua..

 CLEARWATER CAVE merupakan satu-satunya gua yang terbesar di mulu.. yang mana mampu dijadikan kawasan untuk landasan kapal terbang.. besar tak besar ruang gua nie.. gua  nie kalau kita tengok diaorang dah lakar keadaan gua nie yang besar.. tapi sebenarnya belum dihabis diterokai sepenuhnya... kerana masih terdapat banyak ruang-ruang atau lorong yang belum diterokai penjelajah.. sapa nak cuba boleh la.. jadi penjelajah seterusnya.. 
 

staliktik.. perbentukkan yang berlaku disebabkan oleh titisan air yang mengandungi kalsium karbonat, CaCO3.. kedar perbentukkan dia juga turut dipengaruh oleh angin yang menyebar.. menyebabkan kita boleh tengok pelbagai bentuk staliktik yang terjadi seperti di atas.. 

awal-awal aku masuk tue.. agak sedikit gerun dan geli tengok rupa bentuk staliktik yang macam tue.. ye la.. sebelum nie just tengok di gua kelam jew.. yang biasa2.. dari jarak yang jauh pula tue.. nie.. sangat dekat dan jelas kot.. depan-depan hidung.. tue yang rasa geli semacam.. uhh~~ tapi bila dah lama-lama rasa best lak .. sejuk jew batu-batu tue.. suasana dalam gua pun sangat sejuk.. macam buka pasang penghawa dingin.. tak kurang  juga dengan fauna yang lain.. yang terdapat di dinding2 gua...

 
dua keping gambar diatas yang degil.. gaduh adik beradik.. ok salah satu adalah gambar kelawar dan satu lagi sarang bagi burung layang-layang... memang degil.. tapi kalau kat bawah nie baik.. ktorag dikatakan cukup oleh tourist guard.. sebab berpeluang untuk melihat seekor kelawar terkecil iaitu.. Miniopterus australis ( Little Long-fingered Bat) gambar atas nie..

kalau view kat luar pula.. macam nie keadaan dia..
bila keluar dari gua.. terasa masuk alam jurassic park pula.. hehhe ~~ apa tak nya bila tengok keadaan pokok dia yang kebanyakkan terdiri pokok-pokok palm.. pastue hijau dan gelap bergabung.. ditambahkan pula dengan batu-batu sekeliling.. dalam erti kata lain.. ya aku sangat taksub dengan zaman-zaman jurassic park.. terpengaruh dengan cerita 'The Lost World'..  that why aku masuk perhutanan .. sebab aku suka character ahli botani tua tue dalam cerita tue.. John Hammond sebagai pengkaji dan penyelidikan.. wah~~ aku suka tue..(sambil buat mata bling~~bling~~ ala2 cute.. wekkss.. tolongla..) tapi kalau nak tangkap feeling dan perasan dengan aku.. sila lah ambil watak anda dalam cerita ini ok.. tapi watak oarang tua tue aku ambil k.. hahah~~ (sila balik ke alam nyata..) 

ok kita teruskan ke slot yang seterusnya.. bergerak ke alam nya dan tinjau ke kampung orang penan pula..












 oh.. masih meneruskan perjalanan rupanya.. bergerak dan terus bergerak lagi.. tyme nie kan.. ketorang ada banyak kenangan tau.. first botol air sasi.. sasidhran silvadurai ok (orang).. bukan botol air sasi.. terlepas ke belakang masa dia ambil air waktu sampan berjalan.. boleh pulakan.. nasib baik sempat diselamatkan oleh sampan seterusnya.. yang kedua.. situasi nie berlaku di kawasan sungai yang banyak dengan batu.. (sampan kew boat ek.. apa2 jew la kan..) tetiba terlekat dan tak dapat bergerak.. boat yang satu agi pula kipas rosak terkena batu.. macam2 terjadi.. pastu mula la tyme tuduh menuduh.. kawan nie berat kawan tue berat..tapi apa pun.. ENJOYyyy~~~

 sampan mate aku.. sampan kew boat..??

 sesampai di kampung penan.. macam biasalah.. tyme for borong.. tapi x de la nak borong sangat kan.. cuma belikan sikit-sikit buah tangan untuk rakan-rakan sekelas yang lain.. sebab amali nie pergi by elektif.. kitorang budak forest and wildlife management jew yang datang ke sini.. budak rekreasu pergi miri park tyme tue.. pilih.. abang kakak.. pilih.. heheh..


 ok rasanya cukup setakat disitu dahulu untuk hari nie.. lain kali aku bawa cerita lain lagi.. kalau aku nak cerita memang sehari semalam tue.. conform la tak cukup punya.. dan kalau diikutkan hati banyak lagi nak ditunjukkan dan ceritakan tapi .. urmm.. lain kali la pula..ok see u next tyme.. next topic..

 model gadis hutan mulu, sarawak

mau terbang pulang sudah.. jumpa lagi ..
 rindu kenangan nie.. terutama bila tengok balik semua gambar-gambar dan video untuk trip nie... sangat banyak kenangan.. tak ada sapa-sapa yang nak supply tiket ke.. buat trip kali kedua pula kali nie mesti climbing.. =)






Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..