:: relax minda sekejap jom ::

assalamualikum..

apa khabar semua.. dah banyak study??
(persoalan yang serang keluar dari mulut kawan-kawan bila masuk musim exam.. kekadang boleh stress juga bunyinya kalau kita kurang persediaan..) bila musim exam nie.. mesti semua orang sebuk dengan buku dan nota-nota kuliahkan.. tak kurang juga yang tengah ambil paper sekarang.. maklumlah paper malam.. macam aku sem nie.. 2 paper jew siang yang lain semua malam..

back to story.. bila tengah sibuk study nie.. nak juga la relax-relax jap kan.. lepas kan pandangan seketika dari nota.. refresh kembali katanya.. menjeguk la kejap laman-laman sesawang  di internet dan facebook nak tinggal memang susah sekali.. kalau blog tue lain sikit kan..  bagi aku dalam situasi nie.. yang tengok sibuk-sibuk study nie.. aku kalau relax-relax tue.. aku suka menjengok facebook seorang kawan aku nie.. ex-classmate time sekolah rendah... sekarang dia study di Manipal dalam jurusan perubatan... pergigian kalau tak silap aku..

yang aku sukanya melawat facebook dia nie sebab.. sejuk jew bila aku baca ayat-ayat dia.. semua berunsurkan nasihat.. lepas tue suka pula post doodle dakwah yang banyak bagi pengajaran dan nasihat disitu... aku suka tue.. nie kalau ada blog.. mesti lagi banyak doodle dakwah dia masukkan kan..dan banyaklah pengajaran yang kita dapat... nie yang menyebabkan aku suka dia punya facebook.. sama macam tuan dia juga kecil molek dan comel..

nie adalah salah satu doodle yang dipostkannya dalam facebook.. sangat bagi untuk perempuan ikuti..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
 
jom selamat beramal...
 
 
 


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..