KAWAN DAN KEHILANGAN..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Aku perasan sesuatu yang baru dalam hidup aku.. iaitu...aku susah nak menerima suatu kehilangan..
sebenarnya bukan sesuatu yang baru sangat.. sebab aku rasa tue memang sifat azali aku.. macam mana aku tak suka orang yang tak hargai pemberian aku.. macam tue jugalah aku tak sukanya kehilangan.. itu sebablah orang selalu sangat cakap aku nie kedekut.. tapi bagi aku sebenarnya aku sayang benda tersebut.. aku takut akan kehilangannya dan disebabkan tue lah.. aku susah nak bagi dekat orang sebab takut orang tak hargai.. tak jaga.. macam mana aku jaga dan aku belai..tapi ntah.. manusia selalu salah anggap.. judge by this cover.. so aku tak bagi maksudnya aku kedekutlah kan.. itulah manusia..
sebut mengenai kehilangan.. ntah aku tak tahu nak cakap macam mana.. sebab aku rasa.. sepanjang aku berkawan.. dalam tempoh 26 tahun aku hidup nie.. nie first time.. kawan yang aku kawan.. minta aku jangan ganggu dia... dan ibarat.. mungkin dah minta untuk aku putuskan persahabatan terus dengan dia.. first time ok.. first time.. waktu kecik pun kalau gaduh dengan kawan-kawan..
"aku takmau kawan dengan hang eh.."
dok sat mesti kawan balik kan.. biasa la kecik2.. nie.. dah tua bangka.. ada lagi ka orang yang perangai macam-macam tue.. takmau kawan then kawan balik.. tak cukup lagi perangai budak2 tyme kecik dulu.. haha.. sebab kebanyakan kawan aku.. memang bergaduh.. tapi lebih kepada merajuk la.. yang perlu masa bertahun untuk ok balik.. dan bertegur sapa.. tak ada la sampai minta.. jangan ganggu aku.. kau nie semak dalam hidup aku dan sebagainya.. tue memang undang putus kawan terus.. sebab tak reti nak hargai persahabatan.. kan.. apa maksud kawan bagi dia.. kalau dia cakap kawan nie menyemak hidup dia.. so memang minta putus la tue..
disebabkan aku jenis manusia yang susah melepaskan sesuatu dan sayangkan sesuatu bila rapat tak kisahlah dengan orang.. harta benda atau haiwan sekali pun.. so benda tersebut sedikit terkesan buat aku... dan susah untuk aku let it go.. bak kata seseorang.. menjadikan benda tue still terkesan dan simpan dalam hati... tue sebablah.. aku susah untuk rapat dengan seseorang.. aku banyak perhatikan dulu sebelum bersahabat dan sebagainya.. sebab aku takut keadaan nie.. tapi orang nie bijak.. dia mulakan pendekatan dengan protect... care.. humble.. then..destroy it.. mungkin muka dan personality dia yang lembut dan caring menyebabkan aku terlupa dan abaikan maksud hati-hati dalam memilih kawan yang aku terapkan dalanm diri aku... ah.. aku terkena..
Satu jew cara aku untuk aku lupakan semua keadaaan nie.. ingat ini.. allah takkan turunkan ujian bagi kita kalau tak bersebab.. adalah ujian ini diturunkan.. mungkin disebabkan batas pergaulan aku dah terlebih daripada batas yang sepatutnya.. mungkin aku banyak lalai dalam mengingatinya.. mungkin nak uji tahap keteguhan aku dan sebagainya.. Ya Allah.. tapi aku tak kuat menangung dugaan nie.. kau berilah aku kekuatan ya allah.. dan kau berilah yang terbaik dari musibah ini...