Laptop Acer
Assalamualikum..
Hari ni aku nak berkongsi cerita berkaitan teman rapat aku sepanjang study iaitu laptop. Bagi yang sedia maklum, mungkin dah tau perjalanan pengajian aku, begitu jauh dan bertingkat-tingkat dari diploma (permulaan blog ini ditubuhkan) sehinggalah sekarang iaitu phd. Begitu panjangnya pengajian aku berbelas tahun laptop acer lah setia menemaniku sepanjang masa. Sekarang ni kalau jumpa mana-mana orang aku bawa laptop acer aku tu, mesti ada yang tegur.
"Wah, akak masih pakai lagi laptop ni. saya dulu-dulu pun pernah guna juga laptop ni tapi sekarang dah laptop keempat dah."
Begitulah yang aku dengar. Walau bagaimanapu Acer Aspire 4736z masih utuh dengan aku.
Mengimbau kembali kenangan bersamanya, aku mula mengunakan laptop sendiri pada tahun dua pengajian diploma aku. Tahun pertama kebanyakan tugasan aku dan kawan-kawan banyak kami habiskan di ICT atau sebenarnya pusat komputer universiti dan juga di library (komputer perpustakaan) memang waktu tu kalau dapat tugasaan, jumpa la geng-geng jabatan sendiri melepak di library siapkan tugasan. Lepas tu kecoh sampai kena marah dengan abang ict. Masuk tahun kedua, masing-masing mula dah ada laptop masing-masing dan waktu tu skype memang popular sangat sebagai alat komunikasi antara rakan-rakan sekuliah. Tak cukup dengan tu, tiap-tiap malam akan ada la group-group skype yang kecoh sampai tak siap tugasan masing-masing dan result time tu pun, masing-masing jatuh angkara skype. Masa tu laptop compaq antara laptop yang popular digunakan oleh para pelajar selain lenovo, asus dan acer.
Malangnya, panas tak sampai ke petang (betul ke pepatah aku ni) setahun berkhidmat laptop compaq mula buat hal. Bukan pada aku saja, tapi kawan-kawan aku yang lain juga. Waktu tu dah la aku tengah kena nak siapkan projek tahun akhir untuk minor subjek aku, sekali macam tu pula. Menangis aku time tu. Sebab aku tahu, laptop bukan benda yang murah untuk kau dapat senang-senang, keluarga aku pun biasa-biasa saja. Tapi dalam terpaksa aku gagahkan juga call mak aku dan ceritakan perkara sebenar. Keesokknya, mak masukkan duit rm2k untuk beli laptop baru. Time tu dalam fikiran aku, cukup la laptop murah-murah dan berkualiti untuk aku siapkan kerja projek aku. Bertemankan rakan sekuliah yang arif tentang IT aku pergi la cari laptop baru.
Waktu aku tengah cari-cari, penjual di kedai komputer tu keluarkan beberapa model laptop dalam bajet yang aku nak. Aku pun dah tak berapa ingat lagi dah model-model yang dia suggestkan, tapi lepas discuss dengan kawan aku , aku pilih Acer Aspire 4736Z ni. Cadang kawan aku, "kau ambil je la basic laptop ni, sesuai dengan bajet (bawah rm1.7k). Lain-lain nanti kau boleh minta aku tolong masukkan." Jadi aku angkat la laptop ni, dimana perisiannya ialah processor Pentium, Ram 1GB dan 160 HHD (tak ingat lebih kurang kot). Tak besar, tak hebat tapi cukup la dapat siapkan kerja aku. Sebab basic sungguh. Time tu juga ada juga kawan aku tegur dalam skype "sekali angkat hebat terus." yang pasti, dia tak tau aku angkat basic laptop je.
Masa terus berjalan aku dan dia. Kalau orang lain berkepit dengan boyfriend girlfriend aku banyak berkepit dengan laptop aku ni, download itu ini, tengok movie, tulis blog, dan sebagainya. Memang banyak dengan dia. Walaupun kemudahan telephon bimbit semakin canggih. Tapi kalau bab menulis blog, aku lagi prefer menulis menggunakan laptop senang meluahkan isi hati. Sepanjang pengajian, terdapat juga minor problem yang dihadapi, tapi still survive dengan aku sehingga jayanya, dah habis master pun tak sangka dia mampu survive selama tu. Sebab kawan-kawan aku pun waktu master dah bertukar laptop dah. Ada yang berkali sebab tak dapat run software (tapi aku, run pakai desktop doc punya la, tak guna laptop aku ni) . Sepanjang tu juga, beberapa kali juga la aku service laptop. Cuci kipas, upgrade ssd laptop (tak pasti hhd or ssd, yang pasti D aku dari 115 dah up ke 300++ . tak ingat berapa harga time tu, yang pasti xmahal sangat sebab aku buat sekali cuci fan dia), format dan sebagainya. Benda penting waktu tu, kawan aku pesan kalau nak tahan laptop bagi lama, jangan guna bateri laptop. Aku buat dan betul hasilnya sampai sekarang still ok. Sampai hilang la bateri aku sampai kena beli lain (rm150) sebab nak masuk hutan hari tu kena bawa, sebab elektrik tak menentu bila guna genereter. Dan aku upgrade ram juga, jadi 4 gb RAM dalam rm65 kalau tak silap. Jadilah 64 bit dari 32 bit operating system.
Bila sambung phd memang aku decide nak beli laptop baru. Oh, ya. Ada satu sebab kenapa pada awalnya aku sangat percaya dengan laptop acer, sebabnya kakak aku pun pakai laptop acer waktu dia study masih bertahan sampai sekarang. See. Waktu aku tengah kumpul duit untuk beli yang baru, dia mula la start merangam sikit-sikit, tapi still ok. Antaranya, kerap blue screen, dan terpadam sendiri tapi masih boleh buka macam biasa. Last aku format dan cerita masalah, orang kedai decide tukar skrin laptop baru, jadi melayang rm150 kalau ikutkan format rm50 so total rm200 tapi dapat diskaun rm150 je. Then sekarang keypad problem G, 6 langsung tak function T dan R kena tekan kuat-kuat. Aku pernah tanya juga kalau baiki berapa? jawapan dia rm150. Solutionnya, aku beli keyboard gaming rm70 Scorpio punya sekali accesori yang lain (mouse, headphone and mat) so guna dulu tu. Alhamdulillah. Bab skrin memang tak ada masalah sampai sekarang.
Disebabkan aku dah nak start run analisis dan susah nak tumpang -tumpang orang, so aku decide terpaksa aku beli dengan segera juga walaupun duit aku belum cukup sepenuhnya. So loan la kita ye, dari mak. Maka dengan itu angkat la laptop acer idaman yang secondnya, iaitu acer swift 5 latest edition 2019 RM3699. Sakit aku untuk bulan ni duit makan habis disebabkan laptop.
Dan kenapa aku sanggup ikat perut demi laptop ni adalah, first dia sangat nipis yang mana aku yang kejap sana kejap sini so aku decide biar la senang bawa ke sana kemari, keduanya adalah sebab baterinya yang bertahan lama iaitu 12 jam, tak sepenuhnya 12 jam tapi aku boleh katakan lama juga bateri dia bertahan. Setakat ni aku pernah tunggu sampai 7 jam maksimum kalau aku guna internet. Kalau tak guna internet maybe boleh sampai keupayaan hingga 12jam tu. Ketiga, sebab ram dia 8gb. Sebelum aku angkat laptop ni dah berbelas kali dah aku melawat kedai laptop sampai adik aku naik bosan dengan aku. Aku suka try keupayaan laptop so bagi aku laptop ni not bad, tak terlalu kecil dan tak terlalu mahal dan mempunyai prosesor yang agak laju waktu aku cuba dulu. Tapi dah beli, semalam aku tranfer semua maklumat aku dari laptop lama, dah hang satu hari. Mau satu hari aku tunggu dia habis bateri untuk okey balik. So kuasa bateri dia memang hebat tapi prosesor dia yang 8gb tu biasa-biasa ja.
Oh silap, itu memory yang 8gb dan processor inter core i5 10th gen tu yang biasa, yang hang semalam. Kalau ram dia setakat ni ok la, sebab aku buka banyak website banyak jenis operasi, opera, google, game, lagu, journal-journal aku semua still ok. Jalan macam biasa, aku pula serabut tengok semua benda aku buka biar , sampai cari yang aku nak tak jumpa lak. Bagi laptop ni pula tak da masalah kita nak cari tambah lagi microsoft sebab rata-rata laptop sekarang ada expired untuk microsoft tp laptop ni dia sediakan dua jenis microsoft iaitu home and student so kita boleh pilih dan aktifkan sendiri ikut yang mana kita suka. kalau dari segi design. Biasa-biasa je aku rasa aku lagi suka design swift 5 yang la,a yang ada rod gold depan paparan yang tulis swift 5 tu nampak exclusive sikit berbanding sekarang rod tu hanya ada dibelakang dan separuh tidak sampai ke paparan depan skrin. So nampak laptop dia biasa saja design dia yang tak ada perbezaan dengan acer aspire kalau tengah menggunakannya. Bab window 10 aku rasa still tak susah bagi orang yang menggunakan window 7 untuk menggunakannya.
Huh. panjang betul cerita aku. Last sekali aku harap kalau ada diantara pembaca sedang tercari-cari atau barbelah bahagi nak nak beli laptop mana, harap ada la info yang membantu dari post aku ni. Oh ya. Awalnya aku sangat la berminat dengan acer gaming iaitu nitro5 murah sikit dari ini iaitu dalam lingkungan harga rm2k++. Tapi di sebabkan size dan berat dia 2 atau 3kali ganda laptop ni so aku decide better la aku beli yang nipis untuk kebaikan belakang aku dan barang2 lain juga. Tapi kalau dari segi review nitro 5 tetap best sebabnya bunyi kipas dia boleh control tau turbo dan apa ntah yang pasti kalau tak nak bising boleh tutup kipas turbo dia.
Ok la cukup sampai disini. Harapan aku agar acer swift 5 pun dapat bertahan seperti acer aspire 4736z juga.
p/s: kan best kalau boleh tulis paper macam tulis blog.

Comments
Post a Comment