Ipad 8 Generation

Assalamualaikum,
Korang tahukan aku baru beli laptop dan jadi bubble-bubble bawah laptop tak pasti kenapa. Dengan kerja banyak sekarang dan aku risau juga situasi laptop aku sekarang, walaupun tak ada ragam dan hanya bubble tu je. Jadi aku decide nak bawa laptop pergi acer service untuk check. Disebabkan kerja banyak yang tak pernah nak settle juga, aku rancang juga untuk beli tablet. Memandangkan aku ada sikit simpanan, aku rasa cukup kalau aku nak beli tablet untuk kegunaan aku dan au rasa kalau busy dengan aktiviti luar tak perlu lagi aku bawa laptop ke sana-sini. Hanya bawa tablet dah cukup.

Kebetulan juga waktu tengah aku fikir-fikir adik aku bercerita berkaitan package apple student yang di keluarkan oleh apple sendiri. Bila aku tengah harga Ipad time tu, aku rasa ok juga cukup dengan simpanan aku dan boleh la dengan harga dia tak mahal seperti phone-phone dari brand apple tu sendiri. Selepas di tilik dan diperiksa aku dapati harga biasa dan harga student lebih kurang RM200 lebih juga perbezaan harganya. Kemudian atas cadangan adik aku juga, katanya kawan dia beli ipad dengan tablet biasa, daya tahan lasak tu lebih dijuarai oleh apple berbanding dengan tablet-teblet yang lain. Jadi dengan kata-kata tu, terus aku grab satu ipad di laman web apple student yang kebetulan baru ipad lancarkan 8 generation.So, ini la hasilnya. Free engraving lagi. Tulis la hak milik sendiri yok.Tak lupa juga untuk aku beli partner dia iaitu pensil 1st generation. Aku tak suka keyboard cukup la laptop ja ada keyboard.


Selepas pengalaman menggunakan salah satu produk dari brand apple. Aku dapat rasakan, aku ni jenis manusia yang susah nak terima perubahan mungkin. Aku rasa aku lebih selesa dengan ecosystem anroid dan microsoft. Mungkin juga sebab masih baru dan aku belum dapat beradaptasi sepenuhnya lagi dengan gaya dari apple. Aku tak pasti ekosistem dia memang macam tu untuk semua brand apple atau hanya ipad je macam tu, tak pasti la. Yang pasti aku rasa susah dan kalang kabut juga la. Pertama kalau microsoft kita tau dan sedia maklum lepas download document semua tu akan campak mana sama juga dengan anroid. Tapi untuk apple punya aku belum jumpa mana document-document yang aku download dia pergi letak. Tak pasti dimana. Nampaknya aku masih nerd dengan benda-benda ni.
Kalau buat note memang aku suka dengan ipad. Sama seperti vlog dalam youtube. Aku selesa untuk conteng-conteng journal dan paper yang aku download masukkan ke dalam GOODNOTE 5. Best. Tapi ini berbayar la. Mungkin sekali bayar kot dalam harga RM 35 macam tu. Tak ingat dah aku harga dia yang tepat. Untuk menulis atau edit aku guna OfficeSuite, harganya macam dalam RM170++ setahun, tak pasti aku sebab masih dalam tempoh trial.Think pun ok juga, boleh conteng-conteng dan free app. Tapi aku masih belum explore sepenuhnya lagi. Sekarang semua maklumat aku, aku simpan dalam dropbox dan google drive. Jadi apa2 semua aku cari disitu je la dan download masuk dalam ipad melalui app2 tadi, goodnote, think, acrobat dan office suite. Ketahanan bateri, aku tak pasti bateri dia memang bertahan atau masa aku guna tu berkurang. Hari tu aku charge 100% boleh bertahan sehingga seharian yang mana waktu tu pagi memang aku mengadap dia sepenuhnya sambil tutup buka dengan laptop la. Aku buat kerja di laptop dan aku buka paper di ipad. Phone pula aku guna untuk google translate. Waktu bawa student pergi pusat rawatan pun, aku mengadap je dia sampai 2 kali aku ulang pergi pusat rawatan hari tu, masih bertahan bateri. Kalau untuk arahan suara aku bandingkan microsoft iaitu dari laptop aku sendiri menggunakan cortona, anroid iaitu dari phone aku menggunakan google dan ipad guna siri. Aku rasa yang paling alert dengan arahan suara adalah dari google iaitu android. Cortona paling lembab dan memang aku tak aktifkan pun sebab dia makan bateri laptop dan siri lembab juga la semua arahan aku banyak dia tak faham.
Macam tu setakat ni. Itu je ulasan yang aku boleh buat dari ketiga-tiga jenis elektronik yang aku guna.

Kolej kediaman E, UMS
Sibuk urus student kolej, boleh cilok2 untuk diri sendri lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..