Laptop
Assalamualikum,
Ingat malam ni nak bercerita berkaitan projek kajian aku iaitu semut, macam mana proses aku jalankan dan aa yang aku buat. Tapi bila nampak keadaan laptop aku sekarang, terus tukar topik dan nak cerita berkaitan laptop aku sekarang.
Sebelum pkp pertama tahun lepas aku sempat beli laptop baru. Ye la kan, laptop acer aspire aku tu guna hampir 10 tahun dari zaman aku tahun akhir diploma sehingga la aku master sambung buat phd still guna dia. Walaupun waktu master ada rancang-rancang nak tukar laptop, tapi lepas format upgrade sikit memory , ram, cuci kipas semua laju balik laptop lama tu terus tak jadi nak tukar. Kalau ikutkan hari tu pun xbanyak juga la ragam dia, problem dia just skrin dan keypad. Aku dah tukar pun. Sekarang laptop lama anak buah aku yang guna sebab diorang sistem pembelajar dari rumah diorang sekarang perlu benda-benda tu semua. Elok juga la aku beli baru kononnya nak selesa sikit aku menulis dan buat kerja. So aku decide untuk beli acer juga tapi yang latest dan flaksibe dengan gaya aku yang banyak berjalan. Jadi aku decide beli acer swift 5 sebab lagi ringan dan ram dia pun besar, walaupun awalnya aku rasa macam nak angkat laptop acer nitro sebab lagi murah dan lebih lasak.
So menyimpan aku untuk dapatkan laptop baru idaman. Kalau tengok dari segi design pun boleh tahan juga la lawanya mean 'cantik'. Tapi akhir-akhir ni selepas hampir setahun guna aku tengok pun takut + geli. Belakang laptop aku tetiba jadi macam penyakit kulit, penuh bubble kecil-kecil dibelakang laptop. Tadi aku perasan macam ada kesan minyak-minyak pada bubble tu. Kata kawan aku maybe bateri cair. Mungkin l juga, sebab lately ni laptop kuat panas dn dia selalu juga hang lepas cas tak boleh nak on dengan sempurna kena tunggu bateri habis dulu. Takut la aku kalau laptop jadi hal. susah nak buat kerja dah la sekarang macam minggu-minggu genting juga. Aku try juga la email acer care tanya dan ingat lepas raya cina nanti bawa laptop pergi service center acer tengok. Nasib juga la waranti dia 2 tahun. Kalau ikut kegunaan aku dah hampir setahun dah sebenarnya, harap okey la dia. Nah aku tunjuk sekali penyakit kulit laptop aku ni.

Comments
Post a Comment