Pengalaman Orang Berkahwin..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

PERKAHWINAN..
Perasaan yang meronta-ronta dalam hati remaja terutama apabila menjejak kaki ke usia 20-an... perkara manis katanya... juga melengkapkan salah satu kehidupan kita dibumi nie... ya perkahwinan itu adalah suatu perkara wajib... mengelakan fitnah.. menjauhi zina.. suatu ibadah.. dan merupakan sunnah nabi.. namun pengalaman demi pengalaman orang menjadikan sesuatu keadaan tersebut kita perlu berfikir panjang.. tambahan sekarang pelbagai isu berlaku.. yang bujang dengan masalahnya.. dah kawin pun still banyak masalahnya.. menakutkan dunia hari nie..

Kalau boleh manisnya bukan kita rasa pada permulaan sahaja.. biar terus berkekalan.. sebab ikatan itu dipegang selamanya.. selama hidup di dunia nie.. sapa tak nak hidup berteman.. mampu menjaga kita susah dan senang.. menjadi iman tatkala solat.. memimpin kita mencari kebenaran.. memiliki keluarga bahagia..  semua orang menginginkannya.. tipulah kalau hati nie tak pernah menagihkan cinta dari insan selain allah.. ya hati ini juga mahukan rasa kasih sayang dari insan lain selain ibubapa.. tapi belum tiba ketikanya.. biar masa menentukan segalanya.. biar allah yang menentukan siapa jodoh yang lebih sesuai.. bukan berputus asa.. mencuba pun belum.. tapi percaya kepada kekuasaannya.. tuhan menguasai seluruh alam.. cukuplah dengan meminta kepadanya.. seperti ibubapa kita.. adakah mereka mengecewakan pemintaan anak kecil mereka.. sabar dan doa penguat segalanya..

Kata orang aku terlalu memilih.. dan mungkin tiada cinta dihati.. mungkin ya dan mungkin tidak pada pendapat aku.. kerana kekadang.. aku rasa hati aku betul-betul terkunci.. disaat si kumbang meluahkan rasa cintanya.. memang tidak dapat aku menyatakan "YA" untuk butir bicara itu... kerana hatiku tidak merasakan apa-apa pun..dan mungkin juga banyak aku fikirkan.. benda dihadapan.. dan mungkin bukan jodoh darinya lagi untuk aku.. yang kekadang aku risau juga dengan diri sendiri.. biar betul aku nie.. dah 25 tahun pun.. menunggu dan terus menunggu nak jadi andartu kew.. tidaklah aku sanggup untuk itu.. memang aku ada kerjaya yang perlu ku kejar.. namun aku tetap takut dengan usia yang meningkat.. namun aku tetap percaya akan ketetapan allah.. ada jodoh ada lah...

Aku bukan nak salahkan apa yang berlaku.. tapi itu ajaran yang aku terima.. sejak kecil lagi.. aku diajar oleh keluarga jangan bergedik.. jangan mengatal... ibubapa aku seorang yang sangat menjaga tatasusila.. macam mana jodoh diorang dulu.. itu yang dimahukan juga pada kitorang anak-anak.. aku respect dengan ajaran mereka.. sebab pergaulan antara lelaki dan perempuan.. sentiasa perlu dijaga.. batasan agama dipegang tinggi... walaupun dalam berkawan.. jangan terlalu bebas.. pesanan tersebut sentiasa tersemat dihati...

so untuk terima lelaki dalam hidup.. agak susah disebabkan ini juga.. dan takut dengan keadaan sekarang.. yang dah kawin pun macam-macam jadi.. suami tak ambil kisah pakai makan anak-anak.. pukul isteri.. main kayu tiga.. tue termasuk dengan hati aku sendiri.. yang cerewet itu.. ini.. taknak lah jadi isteri nusyuz... so kena banyak fikir dan macam-macam lagi.. ingat lagi suatu waktu tue.. tyme lepak-lepak di lab sorang doc yang sama study dengan kami cakap... lepas dia baca paper..  macam-macam masalah rumahtangga yang berlaku sekarang.. yang baca paper pula wanita single... lagi taknak kawin la si wanita-wanita nie..  sambil tersenyum panjang dia berkata.. namun dari sudut lain.. kalau isi rumah tue memang berpegang teguh kepada perintah allah.. ajaran allah.. solat tak tinggal.. jemaah sama-sama.. tak jadi macam tue.. dari beberapa artikel isu rumahtangga dan perkahwinan.... so bergantung kepada kita untuk memilihnya... macam mak ayah kita sekarang bahagia jew...


tumpang gambar jap...





Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..