Pekerjaan..

 ASSALAMUALIKUM...

Baru lepas hari pekerja..
so hari nie aku nak bercerita mengenai pekerjaan pula...
apa pendapat korang mengenai gambar tersebut.. setuju 100% kew??


kalau ikut pendapat aku..
aku setuju 90 %  dari gambar tersebut..

why??
kalau aku.. aku buat kesimpulan berdasarkan kehidupan disekeliling aku.. aku berada ditengah-tengah kehidupan manusia.. antara kaya dan miskin.. antara berpelajaran tinggi dan biasa-biasa sahaja.. dan aku rasa ramai yang ada dalam situasi aku.. antara dia jadi pemerhati atau tidak jew.. 

A+  aku refer kepada orang yang lebih pandai.. kejayaan yang lebih menjerumus kepada doktor, engineer, professor dan scientist.. prof dan scientist.. aku tak nampak macam diorang nie terlebih pandai kerana pada pendapat aku diorang adalah manusia yang sangat taksub dengan minat yang ada, menjadikan mereka sanggup mengunakan sepenuh masa mereka dengan kajian sehinggakan mengabai perkara lain di sekeliling mereka.. dan disebabkan ini mereka mempunyai ilmu yang tinggi terhadap perkara tersebut. tambahan pula dengan pembacaan dan penghayatan mereka dalam bidang ilmu menjadikan  mereka dipandang tinggi dan disegani.. sebab tak ramai orang sanggup berkorban dan menghabiskan masa dengan perkara yang mereka sendiri tidak minat.. so golongan ini dipandang tinggi dan disegani kerana penghayatan dalam bidang ilmu + korbankan masa + mempunyai fakta dan idea yang logik hasil daripada pembacaan + fikiran berkembang = dipandang tinggi.. kita boleh tengok sendiri la, rata-rata kawan-kawan dalam golongan A+ adalah manusia yang fokus dan rajin membaca, kurang aktiviti bersosial.. itu yang membolehkan diorang jadi doktor, penyelidik, scientist dan jurutera (skop jurutera jew la,  perlu orang yang kreatif tapi tetap seorang yang fokus-tak sepenuhnya ulat buku). disebabkan oleh sikap fokus yang tingg,i golongan ini kurang dalam mengaut peluang semasa (mencuri peluang) melainkan mendapat kejayaan dan kekayaan hasil kajian mereka sendiri.. ini menjadikan mereka sangat-sangat disegani.. kerana kejayaan mereka miliki bukan atas kelemahan orang lain tetapi kejayaan dan keupayaan sendiri..

A, B+.. masih pandai tapi sedikit main-main dan kurang fokus atas sesuatu benda.. ini menjadikan mereka mudah tersasar daripada goal dihadapan.. dan disebabkan oleh keadaan tersebut mereka terpaksa mencari peluang kedua iaitu ke bidang sedia ada seperti badan-badan kerajaan dan swasta yang memerlukan sumbangan kakitangan... orang dari golongan nie, bila dah start fokus kita sendiri yang jadi takut... kerana dah jadi big bos katakan.. tapi bagi sesetengah perkara juga.. bukan semua golong ini tidak fokus atau banyak main.. kekadang faktor peluang yang terhalang atau tidak mempunyai peluang menjadikan mereka terjebak dalam golongan ini.. namun usah sedih sebab golongan ini pun sebenarnya diketogari sebagai golongan yang berjaya.. tetapi bergantung kepada nasib.. sebab makan gaji jew..ada peluang naik pangkat baru gaji tinggi.. tue pun kalau tak ada yang kacau periuk nasi kita..

B hingga F.. nie golongan  banyak main-main... pandai bodek, pandai ambil peluang.. yang membolehkan mereka sering dapat tempat dalam pekerjaan.. sebab kekadang nie.. orang yang B+ keatas, mereka merasakan mereka mempunyai ilmu.. mempunyai kelebihan dan kepandaian dalam sesuatu bidang menyebabkan mereka terlalu fokus pada bidang tersebut sehingga mengabaikan bidang lain.. yang memerlukan banyak peluang pekerjaan.. so yang main-main dan biasa-biasa.. sentiasa memerhati peluang dan faktor ini jugalah menjadi mereka seorang yang berjaya kerana pandai mengambil peluang.. selain itu kelebihan mereka dalam bidang sosial juga adalah sangat cerah.. sebab golongan banyak main-main nie adalah golongan yang aktif dan pandai berkomunikasi.. ini kelebihan mereka untuk mendapat tempat di bidang pekerjaan...

cheat.. adalah golongan yang pandai cakap.. tapi hasilnya belum tentu.. dan untuk badan-badan tertentu perlu berhati-hati kerana golongan nie pandai memonopulasi keadaan.. sangat-sangat pandai.. kalau bab cakap dan bercerita.. fakta sangat tinggi.. tapi hasil.. kena suruh di betul-betul buat depan kita la.. baru boleh yakin.. kalau tak hempeh...

ungraduate... bagi aku golongan nie adalah golongan yang kurang bernasib baik.. sebab diorang sebenarnya ada yang pandai tapi peluang tue tak sampai kepada diorang.. macam yang kita tahu kemasukan universiti adalah terhad menyebabkan beberapa pelajar yang mempunyai result yang ok pun still tidak mendapat peluang ke pusat pengajian tinggi disebabkan tempat yang terhad.. jadi pelajar universiti harus bersyukur ok.. masih dapat belajar.. golong ini seharusnya pandai mencari peluang.. tapi hakikatnya benarnya pun, mereka memang sangat-sangat pandai mencari peluang.. kerana kesusahan semalam memerlukan mereka berusaha lebih untuk kesenangan hari esok... so mereka kebanyakkan berkecimpung dalam bidang-bidang perniagaan menjadikan mereka boleh berjaya sehingga hari nie... kerana tiada pendidikan bukan bermaksud tiada ilmu untuk  berjaya... ilmu boleh dicari dimana-mana asal mahukannya.. dan berusaha juga sebenarnya adalah tangga kejayaan disebabkan itu golongan yang tidak terpelajar pun boleh berjaya...

10 % yang aku tak percaya daripada gambar tersebut kerana.... bagi aku sekarang ni siapa yang ada duit, tak perlu nak straight A sangat pun boleh sambung belajar ke peringkat tinggi-tinggi.. kekadang tue dia tak handle projek pun tapi dengan duit boleh dapat certificate... macam tue jew.. so.. macam mana nak respect yang tinggi pun sekarang kalau ilmu tak da.. ada kew.. tapi tak jauh perginya kan?? mungkin jew la kan..
sebenarnya dengan kuasa duit sekarang semua boleh dapat.. dan kedua ilmu sekarang pun tak susah nak dapat.. dengan duit juga dia boleh dapat... dan yang ketiga keinginan la.. dan tiada kekangan, membolehkan sesiapa saja boleh masuk dalam golongan A+ walaupun, bukan A+ asalkan ada kemahuan.. orang dari A+ pun ada juga masuk dalam ketogeri A untuk cari pengalaman kerja...then beberapa tahun lepas tue sambung study.. jadi prof.. jadi scientist... sebab pengalaman tue penting.. dan result sekarang nie just kunci jew.. tapi orang nilai dari pelbagai aspek.. tak guna kalau ilmu tinggi tapi moral hidup tak ada.. dan tak guna juga kalau belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai pasarkan diri (menyakinkan agensi untuk tempatkan kita dalam bidang tersebut)... dan yang lebih utama, sebenarnya pandai mengambil peluang adalah kelebihan besar seseorang untuk berjaya.. insyaallah... 

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..