Minggu terakhir sebagai pelajar DEGREE...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Macam mana orang lain rasakan kebanggaan nak habis belajar.. aku pun nak turut sama la merasainyakan.. dah minggu terakhir weh.. study as a student degree.. proud to myself.. sebab mampu bertahan.. dalam susah senang sebagai palapes dan pelajar dalam tiga tahun nie... macam2 rungutan aku post juga kat dalam blog nie.. akhirnya.. aku berjaya juga tamatkannya.. tanpa berhenti di tengah jalan....huh..(lap peluh jap) walaupun hakikatnya banyak benda lagi tertangguh... belum settle.. tapi diri tetap nak rasa bangga jugakan... nak naik pentas lagi katakan.. kali pertama di UMS (tauliah palapes) dan untuk kali kedua di Dewan Besar UPM (degree pula after diplomakan) ..

Rupanya.. sekejap jew masa berlalukan.. bukan sekadar belajar jew.. berlalu dengan pantas.. tapi didunia blogger juga.. dah 6tahun rupanya aku hidup dengan dunia blogger nie..  walaupun tak de penambahan friend's list.. tapi bangga la.. masih ada kawan-kawan yang setia membaca cerita aku yang entah apa-apa nie.. tapi yang pasti kalau korang memang pembaca setia blog nie.. memang korang tau habis la baik buruk aku.. dah tak ada berselindung.. bahaya pula aku rasa kan.. tapi nak buat macam mana .. aku selesa untuk ceritakan.. tapi untuk dengar balik dari mulut orang.. mungkin tak selesa kot.. so korang-korang yang baca nie.. senyap-senyap jew ok.. silent mood.. nanti aku malu sendiri.. hakikatnya aku memang pemalu ok.. hahaha~~

hari nie sebenarnya nak selongkar balik.. cerita lama.. selama 3 tahun aku study.. suka suka sikit2..


nie la kehidupan aku sebagai student degree dan palapes.. tapi sikit gambar palapas tue tak bermakna aktiviti dia sikit.. dan banyak gambar study as student foresty tue tak bermakna banyak tue jew aktiviti... sebenarnya lebih daripada tue.. dan sangat memerlukan entry khas untuk semua maksud gambar-gambar yang di pamerkan... sebabnya ceritanya akan jadi panjang dan sangat panjang.. tapi kalau sekadar koleksi gambar jew pun best juga.. tapi untuk foto album jew la.. kalau cerita akan jadi boring.. betulkan... so nak layan yang khas punya navy dan study.. tengok kat bawah lagi..

gambar amali sepanjang tiga tahun  bergelar pelajar bachelor sains perhutanan.. panjang gunung bukit akar pokok sekadar nak tahu spesies pokok..  ukur diameter pokok.. ambil suhu persekitar.. kelembapan.. suhu dan sebagainya.. untuk nak tahu faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok pada level hutan tertentu.. kenapa jadi macam tue macam nie.. kalau bahagian dendrologi ha.. paling tak tahan la... semua dah jadi botani's.. serabut kepala tengok urat-urat daun.. tapi tue la benda yang paling best.. orang tak kenal pokok tue.. tapi kita kenal.. tau fungsi dia.. kalau boleh merawat penyakit.. tau habitatnya.. so kalau nak pupus boleh jaga... silvikultur dah start jadi doktor pokok.. merawat pokok-pokok.. gabung pula dengan fisiologi.. belajar pertumbuhan pokok... tak kira lagi subjek pathology n entomology.. dah nak kenal penyakit pokok.. kenapa.. confiud pula dengan serangan serangga dan faktor tanah.. start kaji pula tanah.. kurang nutrien kew tak.. bila pokok besar sikit.. fikir faktor lain pula.. dari segi ekonomi.. banyak mana boleh dapat.. ajar akaun.. nak tau cara membalak pokok.. dengan mengurangkan impak kepada hutan.. belajar kejuruteraan hutan.. dan best sikit.. tambah sumber rekrasi.. takut menjejaskan alam.. belajar la lagi teknik elak kebakaran hutan dan kawasan tadahan supaya alam sentiasa terpelihara.. urm.. tue la subjek2 asas perhutanan.. sebenarnya banyak lagi.. tue aku tak kira lagi bab hidupan liar dan conservation.. nnt panjang pula cerita aku..

bab kedua ceritanya adalah navy.. palapes laut la pula.. nie sebagai ilmu tambahan aku jew.. selain nak luaskan pengalaman.. cari ilmu dibahagian kelautan pula.. disini.. kerjasama berpasukan, adab, protokol, disiplin, pangkat, ketepatan masa, pelayaran, kekemasan dan sikit-sikit ketenteraan diajar la..

cam nie la kehidupan aku.. nampak macam 2 dalam 1..
tapi sebenarnya 4 in 1...

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..