Bajet Hidup..

ASSALAMUALIKUM...

Study belum habis lagi namun otak dah fikir alam pekerjaan dah.. nie semua disebabkan oleh pengaruh keadaan semasa yang selalu jew bertanyakan aku bila habis belajar..?? bila habis belajar.??. tak lama dah .. sebulan lagi.. nak keja apa?? nak buat apa..?? soalan-soalan itu menjadikan aku dan kepala aku merewang ke alam pekerjaan.. walaupun hakikatnya thesis aku pun belum siap lagi.. dan tak present pun lagi..

bila dah masuk alam pekerjaan.. jaminan hidup senang lenang dan kemewahan.. adalah sama sekali tidak seperti kehidupan kita dikolej.. saat nie banyak perkara perlu untuk kita pikirkan.. duit yang ada tidak sepenuhnya spent untuk perut dan pakaian tetapi untuk penginapan dan barang-barang semasa yang lain juga.. so benda nie semakin diambil kira oleh aku sekarang.. bila mula kerja.. kenderaan perlu ada kalau nak mudah.. kalau nak susah sikit tapi senang guna pengangkutan awam.. tapi jangan mimpi nak dapat free macam naik bas upm hari-hari pergi kelas la.. tapi kalau nak jimat cari kediaman dekat dengan tempat kerja.. lagi bagus kerja yang sediakan asrama.. haha.. demand..

fikir pula pasai kediaman.. walaupun tempat tue hanyalah tempat nak hilangkan letih, rehat jap dan tidur malam.. tapi still kena bayar bill air dan elektrik.. charge dah bertambah dah di situ.. banyakkan duit kena keluar bila kerja.. tue la rasa macam hati nie berat nak belajar lagi.. sebab tak mampu nak hidup gaya gini.. tapi sampai bila kan... 

tapi bila lama-lama berfikir.. rasa-rasanya kalau nak kurangkan kos aku kena buat rumah macam nie la.. jimat kos hidup nie.. rumah tak kena sewa.. tanah pun tak perlu.. toilet awam pun kena duit.. tapi kalaurumah cam nie cari parking murah atau tempat tak kena bayar parking dah boleh jimat hidup.. elektrik guna lampu jalan jew pasang pelita atau guna bateri kereta punya tapi dengan kadar berjimat la.. hahha..  air kena simpan tangki ambil kat stesen minyak jew kot..

kalau nak berjimat sila minta ayah-ayah kamu buatkan kamu begini satu.. nak selamat lagi rumah bagi yang lady duduk sorang-sorang.. hari-hari tiap-tiap malam parking depan balai polis.. selamat.. hakikatnya memang best la kalau ada rumah macam nie.. nak jalan mana pun jimat.. tak payah susah-susah pikir booking chalet atau hotel... orang gapsy kebanyakkan rumah dioarang macam nie.. sebab sentiasa berpindah randah..


bajet jimat sangat kat atas tue.. semuanya adalah POYOS belaka..

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...