Impian kanak-kanak, nak masuk universiti
Assalamualikum,
Tengah minum teh hijau jasmine panas-panas tanpa gula sambil ambil mood nak tulis thesis di jam tepat 12 mlm. Tapi kena run balik analisis sebab data aku sebelum ni macam dah lari dan perlu test normality semula. Banyak benda lagi nak buat, tapi ambil mood dulu sambil minum teh. Hari ni seharian juga hujan. Ah aku bangun pun dah zohor ada hati kata seharian hujan. Petang tadi baru start hujan sampai malam. Sekarang tengah sejuk, sedap nak tidur tapi fikir cita-cita yang dikejar, berusahalah sikit ja lagi.
Aku teringat diri aku beberapa tahun dulu, waktu zaman diploma. Aku ni pelajar third intake, bukan second lagi. Disebabkan kurang orang nak sambung belajar di Sarawak, jadi banyak kekosongan yang ada. Kebetulan aku pilih kos tu juga lepas pemohonan pertama aku untuk upu tak berjaya jadi aku buat pemohonan kedua. Pemohonan kedua aku, aku pilih bidang yang aku minat tapi pelik yang pasti orang tak nak. Jadi aku cuba mohon perhutanan di UPM. Aku tak ingat apa lagi bidang yang aku pilih untuk rayuan upu. Tapi tu la. Perhutanan aku dapat dan hajat aku untuk masuk universiti tercapai. Alhamdulillah. Aku sentiasa cakap kat mak aky tau aku nak masuk universiti. Sentiasa doa, nak masuk universiti. Alhamdulillah tercapai. Sampai sekarang pun kadang aku tak percaya aku dapat masuk universiti. Sebab susahnya la nak dapat masuk universiti. Kawan aku yang result elok pun banyak yang tak dapat sambung. Aku yang dah duduk di universiti pun kadang pernah termimpi, cakap betul ke aku duduk di universiti ni? ke mimpi je, atau aku tengah dudk tingkatan 6 ni? Itulah pengalaman yang pernah aku lalui. Punya tak percaya masuk universiti masa tu
Aku jenis yang suka tengok tv. Dulu tak da lagi cerita korea macam sekarang, yang popular hanyalah cerita cina dan jepun. Drama jepun dan cina dulu kurang cinta-cinta ni, diorang banyak pamerkan tentang profession dan kerjaya. Jadi kita yang menonton dulu pun rasa macam wah hebatnya jadi macam ni,hebatnya kerja macam ni. hebatnya! Jadi kita macam nak satu kerjaya untuk kita turut jadi hebat. Tapi aku tak suka nak layan kerenah manusia. Tu bila cikgu tanya " apa cita-cita kamu bila besar nanti?" Aku adalah orang yang tak pernah letak doktor perubatan sebagai kerjaya yang diimpikan walaupun ramai kawan-kawan time kecil dulu cakap nak jadi doktor. Aku pilih cikgu je masa tu. Mungkin sebab mak pun pendidik jadi aku minat jadi pendidik. Sampai suatu hari, sepupu aku pernah tanya kami para sepupu cita-cita masing-masing. Masa tu aku jawab cikgu, di doktor kot aku tak ingat. Sepupu aku yang lelaki cakap bomba. Sampai pada aku sepupu aku persoal aku balik kenapa pilih nak jadi cikgu, katanya kerja cikgu sibuk. Sebab mak dia cikgu. Dia cakap mak dia selalu tak ada masa, tengah malam pun kena tanda buku pelajar lagi waktu kami tengah tidur. Masa tu aku dah goyah dengan cita-cita aku. Nak jadi Pensyarah ke, jurutera ka atau saintis. Ini tiga pilihan cita-cita aku selepas aku melepaskan impian aku sebagai cikgu. Sebab kata-kata sepupu aku. Epiknya, sekarang sepupu aku tu yang bekerja sebagai guru.
Aku pilih perhutanan sebab aku minat bidang botani, sebab sinopsis kos cerita macam tu, dia cakap kaji pokok. So aku isi la, cerita 'The lost world (tv series)' waktu kecil dulun tunjuk Prof Arthur tu macam best ja kaji pokok, ni boleh makan, ni beracun, ni boleh buat ubat. Terus aku jadi minat untuk kaji pokok. Sekali indah khabar dari rupa. Rupanya belajar produk kayu. Kelas botani tu hanyalah untuk satu sem sahaja ok. Tapi 4 kredit la. Hard cord subjek. Aku score ke tidak time tu ha? rasa macam score sebab subjek minat kan. Tapi tetap best bidang perhutan belajar dan enjoy. Memang belajar berkaitan produk kayu tapi masih banyak cabang lagi yang boleh pergi dengan perhutanan. Pemuliharaan dan pengurusan hutan (tumbuhan dan haiwan), penghasilan produk (untuk ekonomi), hutan dan perkhidmatan (pelancongan dan rekreasi), kejuruteraan (pemetaan), dan banyak lagi. Majoriti coursemate aku yang lelaki semua dapat kerja dalam bidang, perempuan je kena usaha lebih sikit kalau nak kekal dalam bidang. Nanti aku cerita pengalam masing-masing kejar nak dapat anugerah dekan every sem.
Itulah impian kanak-kanak aku, nak masuk universiti dah dapat masuk sampai tak nak keluar la dari alam universiti walaupun dah masuk 30an. Alhamdulillah. Nak jadi pensyarah ke saintis ke jurutera ke. So jurutera mungkin dah out sejak aku pilih masuk kelas sains dan tak jadi untuk masuk sekolah teknik waktu tingkatan 4 dulu. Lepas spm pun aku dapat tawaran masuk kolej komuniti untuk sijil automotif. So aku tolak juga dan aku rasa tingkatan 6 lagi better dari aku hanya ambil sijil je masa tu. Tapi UPM menunggu aku tanpa aku sedar. Sekarang hanya tinggal saintis dan pensyarah. Aku rasa dua-dua pun aku grab insyallah. Sebab jadi pensyarah automatik kau kena jadi saintis sebab sekarang kpi wajib untuk pensyarah keluarkan penulisan saintifik. So tak boleh lari dari jadi saintis. Saintis tak semestinya kau tuang cecair kimia dalam bilik kabut tu, tidak. Tapi saintis, adalah yang kau keluar kumpul data tak kisah la data apa, kau kaji run data buat analisis, baca kajian-kajian lepas dan kaitkan dengan kajian semasa yang kau buat, terbitkan kertas kajian, itu saintis ataupun orang panggil researcher, pengawai penyelidik. Mauk sekolah menengah bila orang tanya cita-cita memang aku jawab pensyarah. Aku harap impian aku tercapai. Sekarang aku usaha ke arah itu. Doakan aku. Moga aku dapat jadi pensyarah, Aamiin.. Insyallah..

Comments
Post a Comment