SEM7 DAN DUGAAN 2022

Assalamualaikum...

Dugaan tahun ni lebih mencabar dari dugaan covid yang sebelum- sebelumnya. Tak habis dengan isu abang yang mak perlu lari setiap hujung minggu, takut dengan perangai gila dia tu. Hari ni tiba-tiba pakcik diserang sakit jantung dan di tahan wad. Esok berkemungkinan pakcik dimasuk enjap spring dalam jantung sebab blocking. Pakcik adik paling rapat dengan mak, dia lah salah seorang yang selalu bantu mak time susah. Aku rasa sakit jantung dia pun mungkin faktor dari abang juga, kebarangkalian. Sebab dia call cakap dengan mak pukul 2, pukul 3 jatuh sakit dan mengigil. Manusia seorang tu tetap tak ada kesedaran juga.

Semangat belajar aku kenapa tak boleh nak boost macam waktu master hari.. Aku pun tak tau macam mana nak buat. Semangat tu tak nak datang, yang hari-hari tengok paper semnagat tulis, semangat buat kerja. Hello asmah, kau rajin, kau mampu berusaha untuk dapatkan apa yang kau nak . Tolong buat yang terbaik. Orang dekat rumah tengah susah, tolong usaha habiskan dengan cepat dan dapatkan pekerjaan yang stabil. Ada duit sendiri boleh uruskan semua. Money is everyting. Ada duit semua boleh buat.

Dulu time master aku pernah tau nak belajar pandai buat analisis sendiri. Sekarang aku diperingkat tu. Aku belajar tu. Pening la.. aku nak guru. Tapi aku tak tau mana nak pergi senangkan aaku ada di universiti, banyak orang boleh bagi tunjuk ajar pada aku. Last percubaan analisis aku buat sendiri sampai bulan ni je. Bulan depan tak dapat juga aku cari cikgu. Tak boleh dah tunggu.

Aku syukur, aku jadi felo kolej. Satu benda yang tambah ilmu aku adalah kemahiran komputer dan penggunaan excel. Banyak juga aku belajar. Thanks. Urus data aku dan urus senarai nama pelajar dalam kolej buatkan aku lebih faham excel. Aku harap aku boleh terus belajar benda baru dan ajar pada yang seterusnya pula.

Untuk exco kolej pula aku pegang exco akademik, penyelidikan dan sahsiah pelajar, sebagai felo penyelaras. Dapat pula anak buah bidang seni sebagai ketua. Habis semua dia nak senikan dalam exco tu, nak buat program hari keluarga , program raya la . Aku pula yang sakit kepala nak ubah objektif program dia ni kepada akademik. Pastu dah la yang jenis keras kepala susah nak ikut apa orang cakap, semua dia nak buat dan dia semua betul. Sakit kepala weh. Awak rasa, saya ada masa untuk sakit kepala? terlalu banyak. Cepat-cepat la bubar ahli jawatankuasa ni, nak ahli lain pula jadi ketua exco. Cukup dah saki kepala. Aku rasa aku nak period, sebab emosi aku skrg tak stabil.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..