Apa beza usia matang?
Assalamualaikum..
Dulu aku selalu tertanya-tanya apa beza usia matang? apa beza remaja dan dewasa. Ya la anime, cerita jepun selalu buat cerita orang dewasa back semula ke zaman kanak-kanak atau remaja diorang. Macam mana orang tak boleh kenal pun dia ni yang zaman dewasa atau remaja. Cuba untuk ubah kehidupan zaman remaja untuk dapatkan usia dewasa yang lebih stabil dan sebagainya.
Kalau aku duduk sorang-sorang di bilik atau duduk dalam radius kerja yang sama. Memang kita tak nampak perbezaan usia, tapi bila kita sikit dari radius biasa kita bercampur dengan semua usia kita akan nampak perbezaan tu.
Baru-baru ni, alhamdulillah aku diberi peluang untuk buka pandangan aku pada satu suasana baru yang aku rasa lama tak rasa perasaan tu, tapi keadaan ni ada sedikit mencabar dan membuatkan aku refleksi diri semula dengan keadaan aku pada waktu tu dan sekarang. Peristiwa tu, hujang bulan Mei haritu iaitu Kongres Taman-taman Asia dan Kota Kinabalu, Sabah jadi tuan rumah pada tahun ini yang sebelumnya adalah Jepun. Ini adalah kongres yang kali kedua dan Sabah jadi tuan rumah. Aku turut serta sebagai sukarelawan, tak mampu nak join sebagai peserta atau wakil. Aku ditugaskan dalam team reportour (aku tahu ejaan dia salah kan?). Dalam team ni majoriti adalah undergrad dan kami diberi tugas bekerja dengan Institut Pembangunan Sabah untu membuat report proceeding bagi kongres tersebut. Jadi tugas ni dalam enjoy kau ada stress bergantung pada team leader kau. Aku nampak majority team leader di IDS adalah perfectionist, dan alhamdulillah aku dapat team yang sempoi dan leader pun sempoi juga so xde la stress pun aku punya team. Kadang aku rasa aku paling loser pula sebab tak membantu sangat dalam team, banyak diorang la yang lebih alert.
So bila aku berada pada dua level pangkat ni aku rasa perbezaan pada diri aku. Pertama, golongan yang dah bekerjaya dan ada kerja dan tanggunjawab sendiri di usia yang tak jauh dari aku, beza 3-4 tahun dan ada juga yag berusia dari aku. Golongan kedua, undergrad awal 20-an yang baru belajar dan cuba untuk bertanggunjawab dengan tugas yang diberikan. Aku tengok diri, aku berada pada golongan mana? Aku student phd, yang dikatogerikan sebagai tenaga profesional. Tapi pembawaan aku, aku tak berjaya untuk masuk golongan pertama dan aku membawa diri pada golongan kedua. Situ aku refleksi diri. Kau keluar jadi tenaga profesional, apa kualiti yang kau ada? Tin kosong ka aku ni. Aku tahu aku seorang yang tak konfident dengan diri sendiri. Tapi aku yakin aku boleh buat dimana semuanya belajar dari pembelajaran. Dulu aku sendiri tak konfident aku boleh memandu, tapi sekarang boleh ja aku memandu sendiri. Jadi semuanya bermula dengan pembelajaran.
Remaja pun ada juga yang matang sebenarnya. Usia bukan penentu kepada kematangan tapi persekitaran boleh membuatkan seseorang matang. Macam mana buah, satu buah matang boleh merembeskan hormon untuk mematangkan buah yang berdekatan dengan dia begitu juga perkitaran membuatkan seseorang tu matang, terutamanya bila melibatkan tanggungjawab. Time kongress tu, majoriti bila tanya umur aku diorang tak percaya aku dah 30an. Diorang ingat aku di penhujung 20-an. Ya la, persekitan aku lebih kepada persekitaran pembelajaran tak keluar-keluar dari zaman belajar ajadi mindset aku pun tetap sama tak banyak tanggunjawab sangat, hanya fokus pada pembelajaran. Tapi bila jumpa yang sebaya dengan umur atau yang bawah lagi usianya, tapi dah bekerjaya nampak lagi matang. Sama la kawan-kawan aku pun yang mana yang dah berkeluarga dan dah kerja nampak la diorang lagi matang. Aku pula yang budak-budak lagi. Pemikiran dan tanggungjawab yang membawa seseorang tu matang atau tidak matang, bukan umur. Ok la Itu ja konklusi yang aku nak buat dan nak cerita.
Kiranya, ni kali kedua la orang cakap aku nampak muda dari usia. TQ. First, students aku time aku mengajar tuisyen dulu, rindunya dengan diorang. Keduanya, geng-geng sukarelawan kongres ni. Selalunya orang selalu cakap aku macam mak2 la, then klu jalan dengan akak aku, selalu diorang cakap aku lagi kakak dari kakak aku.

Comments
Post a Comment