REZEKI..

Assalamualikum..

Hari ni aku nak bercerita sedikit berkaitan rezeki. Aku tulis rezeki hari ni bukan bermaksud yang aku dapat tawaran kerja mana-mana. Belum ada lagi. Doakan aku ya, bagi dapat kerja mana-mana. Rezeki hari ni yang aku ingin ceritakan adalah dari segi diberi kemudahan untuk beberapa aspek. Untuk pengetahuan korang, study aku dah cukup tiga tahun. Maksudnya dah tamat la dari segi bantuan elaun dan yuran daripada pihak universiti. Sekarang hidup aku kena sara diri sendiri. Aku bergantung dengan simpanan aku je, aku belum mula cari kerja lagi sebab aku nak habiskan analisis dan writing dulu. Target aku,aku hantar thesis baru aku nak cari kerja sebab aku tak nak buat banyak kerja sangat nanti aku tak dapat fokus dan semuanya tercicir. Sekarang aku try juga la untuk fokus sepenuhnya pada pengajian aku sampai habis. Target aku pun lepas aku hantar thesis aku akan stay lagi di Sabah sehingga aku viva. Kalau tak ada kekangan dan dapat kerja yang ok aku stay lagi disini dulu sampai aku konvo. Lepas konvo baru cari kerja disemenanjung. Kereta ada disinikan biarlah guna sepenuhnya sampai selesai dulu baru bawa balik. Lebih baik la aku gunakan kemudahan yang ada, lagipun aku tinggal free juga di Sabah ni.

Kalau cerita tentang kehidupan aku disini, yang tanpa elaun sekarang. Dulu aku risau takut tak cukup sebagainya. Tapi sekarang aku boleh tahan nafsu aku untuk shopping alhamdulillah, aku rasa cukup kewangan aku disini insyaallah. Kalau dikirakan balik tempat tinggal free, minyak kereta buat masa ni sebulan dalam RM35 kalau tak ada yang ajak aku keluar merayap. Sebabnya aku hanya keluar untuk restok barang makanan aku je pun semimggu sekali atau dua kali seminggu aku keluar. Lain-lain aku just keliling kampus untuk panaskan enjin kereta. Tambah pula bila aku fokus nak siapkan kerja, aku banyak berjaga malam dan siang tidur. Jadi memang tak bergerak sangat kereta aku. Makan RM100 seminggu tu pun kekadang dua minggu baru keluar bergantung pada stok makanan yang aku beli dan apa yang aku teringin nak makan. Tambahan pula aku ada tanaman sendiri tu sebab aku jarang keluar beli barang dapur. Sayur-sayur dah ada. Tomato, cili, serai, halia, kunyit, limau purut, pakchoi, ulam raja, kesum, selom , pengaga, daun sup dan salad. Jadi sayur hijau aku dah tak risau sangat, selalu ni yang cepat rosak. Sekarang yang aku perlu restok lebih kepada makanan basah seperti telur, ayam, udang, ikan, sosej, roti dan sayur-sayur yang bukan hijau seperti kobis ( ikut mood) dan carrot. Coklat pun selalunya aku akan restok juga dengan kekacang untuk hilang boring. Itu je makanan aku selalu kalau keluar. Aku jarang makan diluar sebab tak memenuhi citarasa aku, kalau makan diluar pun hanya beli fastfood sahaja. Alhamdulillah cukup hidup. Cuma sekarang sakit hati dengan student je, hai... tak sempat tengok cili aku dah hilang kena petik dengan student sama juga dengan pokok daun sup dah nak botak sebab asyik kena petik.

Itu la, kalau benda basic macam tu alhamdulillah cukup untuk hidup. Yang jadi tak cukupnya bila nafsu shopping di lazada dan terhasut diri untuk beli skincare mahal- mahal. Padahal hasilnya tak la sehebat mana. Next, telephone. Kalau aku duduk di kolej semestinya aku sangat jimat sebab hanya guna wifi kolej sahaja. Jadi memang jarang aku top up. Sebab aku guna langgan data internet tunetalk RM200 untuk setahun. Kalau balik kampung tak cukup tu data aku. Tapi bila di kolej aku guna wifi je, keluar baru aku guna data sendiri, alhamdulillah semuanya jadi jimat. Cuma sekarang insurans diri aku RM100 sebulan. Dia je yang cuba menyusutkan duit aku tanpa sedar setiap bulan. Tapi tak pe dah total sekali dengan bajet hidup. Sekarang hanya beringat untuk yuran akan datang dan juga yuran viva total semua hampir RM3500.

Aku harap semuanya cukup seperti yang aku rancang. Rezeki ni bukan datang dengan duit semata-mata. Dicukupkan keperluan kita, diberi ketenangan hati, tak ada musuh tak ada oarang kacau kita, hidup tenang tu pun rezeki juga. Sama juga dengan konsep sedekah. Sedekah bukan bermaksud kita bagi duit kat orang kita beli barang bagi pada orang. Bukan tu je sedekah. Tapi, kita buat baik sesama kita manusia dan haiwan. Kita tolong buang kayu di jalan, kita senyum pada orang,bermanis mulut. Tu pun dikira sedekah. Jadi ingat, duit bukan segalanya. Tapi segala-galanya perlu duit. Sebab kita yang buat diri kita perlu dia. Kalau kita bersederhana, kita tak perlukan dia juga. Mungkin perlu dengan kuantiti sedikit sahaja. Aku ada terbaca satu teks english ni.. tapi aku terjemahkan dalam melayu je la senang. Berkebun ibarat mencetak duit sendiri. Jadi, renung-renungkan lah ayat tu. Selamat maju jaya. Moga dilimpahkan rezeki yang berkat buat kita semua. AAmiin..

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..