Abang

Assalamualikum..

Rumah kami tak harmoni macam dulu agi. Keadaannya jadi ketara bila ayah dah tak ada. Mak sebagai kunci kedua kekuatan rumah semakin tak bertenaga mengharung rintangan ni. Semuanya berpunca dari abang. Kadang aku minta pada tuhan.. cepat la ambil nyawa abang aku ni.. supaya semua orang tenang. Tak da lagi orang yang susahkan hati mak. Kami adik beradik rasa tak selesa balik kampung. Saudara mara lain pun tak berminat dah datang rumah sebab perangai dia. Mengamuk tak tentu hala, rosak kan barang ni, barang tu. Macam tikus. Aku dah tak da hati nak beli barang balik kg. Aku pernah cat rumah penat-penat berhari last dia balik boleh celit-celit cat lain jadi tompok geram betul aku. Memang dari kecil aku tak pernah tentang dengan dia ni. Dia tak pernah ringankan kerja orang tapi selalu tambah beban. Banyak barang ayah dia dah rosakkan mesin rumput lampu.Pagar rumah dia tebas biar berlubang. Hidup dia macam khianat harta sendiri. Aku sayang rumah kami, rumah yang ayah dan mak usahakan. Tapi kalau macam tu keadaan dia, biarlah mak berpindah pergi. Tak perlu la duduk dengan orang gila macam tu. Aku harap sangat aku cepat dapat kerja dan dapat sewa rumah sendiri bawa mak pindah dari rumah tu. Aku nak beli rumah, ada rumah sendiri.

Abang anak sulung dalam keluarga. Orang yang sebenarnya bertanggungjawab dalam keluarga selepas ayah. Tapi, dia yang buat kerosakan dalam keluarga. Tak pasti la punca didikan atau kasih sayang yang menjadikan berperangai sebegini. Umur dah tua tapi tak pernah fikir orang lain. Kolot dengan pemikiran sendiri.

Abang, sejak kecil dia dimanjakan oleh tuk dan tokwan. Kalau tengok dari peribadi dia, memang tak ada langsung sikap ayah yang jatuh pada dia. Kalau diceritakan berkaitan tindakan dan tingkah laku semuanya dia akan ceritakan berkaitan tokwan. "Tokwan dulu pantang minum tanpa alas", tok wan ini dan tok wan itu.. Ayah pula jenis tegas untuk mengajar. Kalau baring sambil tengok tv cukup pantang pada dia kaki melunjur lekat di almari tv. Nanti akan rosak atau pecah cermin almari tersebut sebab tekanan kaki menolakkan. Tapi apa jenis larangan ayah dirumah akan membuatkan dia lari balik ke kampung kadang sampai berminggu duduk rumah tokwan.

Kami adik beradik perempuan, tiada daya untuk kami lari. Disitu la kami hadap.Apa yang boleh kita buat untuk tak kena marah selalu adalah beradaptasi, terima tegur dan berubah mengikut apa yang ayah mak ajar. Itu yang menjadikan kami empat beradik lain dari sikap abang. Abang sentiasa lari apabila kena marah dirumah. Mak dengan ayah dulu banyak buat kerja-kerja sampingan selain kerja tetap. Ayah pemandu bas manakala mak cikgu tadika tapi pada hari berkelapangan atau waktu sampingan lain mereka ada juga buat kerja bendang, menoreh getah dan pernah juga aku dan kakak tolong kejap jual kuah mak buat di kantin sekolah. Abang tak pernah buat dan rasa suasana-suasana tu. Apa yang ada dalam fikiran aku dulu, dia kalau balik rumah, bilik mesti jadi bilik dia. Kami yang perempuan ni pergi la tidur di luar. Waktu susah atau buat kerja dia tak pernah ada. Masa dia hanyalah lepak dengan kawan-kawan bermain dan tidur. Pernah ayah buat pembedahan jantung, mak tinggal kami seminggu dirumah sebab jaga ayah. Aku teman kakak di rumah sebab kakak periksa spm masa tu. Adik aku pula yang bongsu dengan mak di hospital jaga ayah dan yang sorang lagi tinggal dengan tok dan mak teh belah ayah. Waktu tu, bulan puasa seingat aku. Mak ada tinggalkan duit dan stok makanan buat kami seminggu. Cuti hujung minggu panjang balik kampung dan bawa kami balik sekali rumah tok, tokwan. Aku kira dia ada sana bila semua balik sana. Sekali waktu kami balik rumah tokwan dia balik ke rumah waktu tak ada sesiapa di rumah. Hari biasa kami balik ke rumah semula, stok makanan kami habis semua, sisa makan merata rumah, puting rokok kulit kacang kuaci. Rumah bersepah. Sakit hati aku time tu. Cakap pada kakak, stok makanan kita dah habis kak. Nasib baik duit tangan yang mak bagi belum digunakan. Restok la balik semua makanan dirumah.

Hidup dia tak pernah fikir susah orang dari kecil lagi. Itu sebab bila besar, langsung tak tahu nak handle masalah. Semua dia fikir nak mudah, semua orang buat salah dia ja betul. Umur hampir 40 tahun, tapi kewarasan tu tak ada. Sekarang isteri dia dah tinggalkan dia, semakin gila jadinya. Kalau aku pun tak sanggup lagi tinggal dengan orang yang sebegitu. Manusia yang tak ada halatuju sendiri dan hanya bergantung harap pada orang lain. Bila suruh cari kerja, bagi alasan bodoh dan hari-hari minta duit. Sebab waktu remaja dia senang tak ada duit minta dari rumah. Dia tak pernah fikir mak dah tak bekerja dan tak ada duit.

Beringatlah kalau dikurniakan anak lelaki ajarkan dia erti tanggungjawab, biar dia basuh pinggan sendiri, biar dia basuh baju sendiri, ajar untuk buat kerja-kerja rumah dah sebagainya. Disitu dilatihnya erti tanggungjawab, bukan jadi raja dirumah dan bukannya untuk sentiasa lari dari masalah. Hari ini aku tulis entry ni bukan untuk burukkan abang aku tapi sebagai pengajaran dan pendedahan awal. Dulu orang cakap jangan anak perempuan susah, senang lagi jaga sekandang kambing. Tapi sekarang dizaman ini nak jadi anak lelaki yang berkualiti tu susah, macam-macam hal yang kita dengar.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..