WELCOME TO 2022

Assalamualaikum..
Cepatnya masa berjalan dah 2022. Abad yang baru. Manakala aku masih dengan gaya hidupku yang sama.

Permulaan tahun ni, aku ingatkan ada perubahan fasa baru dalam hidup aku. Ya lah dah masuk umur 33 tahun kan. Ingatkan masuklah aku ke fasa yang seterusnya iaitu alam rumahtangga. Namun, masih belum jodoh dan masa aku lagi rupanya. Lelaki yang bertanya khabar haritu (tahun lepas) rupanya tak berani untuk terima aku dalam hidup dia dengan alasan. Susah nak terima orang yang masih belajar, takut ditolak peminangan seperti sebelumnya. Bila aku dengar jawapan tu dari mak aku, aku terfikir.. " Ah jawapan tu, macam jawapan yang aku guna waktu awal phd dulu je.. waktu aku cuba untuk menolak peminangan yang pertama.". Aku tak pasti nak cakap macam mana .. kau bukan nak sangat orang tu pun.. ya sebab aku sendiri pun belum pernah cakap dengan dia dan tak pernah kenal dia.. just dengan cerita .. tapi aku nak hdiup aku bergerak ke fasa yang baru.. dalam masa yang sama aku berharap juga jodoh aku ada apa yang aku inginkan..

Tapi nampaknya dalam situasi sekarang dia bukan juga jodoh aku. Aku tak menyesal. Sebab aku yakin ada jodoh yang telah tuhan tetapkan pada aku, cuma belum tiba lagi waktunya. Kadang-kadang aku curious dengan bakal takdir aku, macam mana jodoh yang bakal tuhan tetapkan pada aku. Tapi aku ssentiasa berdoa supaya dia letakkan jodoh yang baik pada aku, seperti yang aku inginkan, yang ada kerjaya, rupa paras, bertanggunjawab, keluarga yang baik-baik dan boleh jadi sahabat aku dalam ilmu di dunia dan di akhirat dan sama-sama dengan aku juga gila ilmu yang bermanfaat.

Aku balik kampung awal tahun baru-baru ni. Macam-macam ceritanya aku dengar dan terjadi. Aku ingat hidup aku yang berubah. Tapi rupanya hdiup abang dan adik aku yang berubah. Abang, dapat ipar dui mertua yang gila harta. Cerita ni sebenarnya dah lama kami dengar dan adik aku pun pernah dengar sendiri dari mulut mak mertua dia berkaitan harta mak dan ayah aku. Katanya "Kau K, bersabar hidup dalam keluarga ni. A (Abang aku) satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kalau apa-apa terjadi dengan mak dan ayah dia. Harta semua jatuh pada A". Adik aku cerita, waktu dia dengar tu dia baru keluar dari tandas, Tapi aku tak tau la tandas di mana. Rumah aku, akau rumah mertua abang aku tu. Tapi bila dengar cerita tu dari adik aku. Aku terfikir ada lagi manusia-manusia yang macam ni pada area zaman ni. Astaghfirullah al azim. Mak ayah aku berpenat lelah seharian kot cari duit. Sekarang jadi isu, suruh anak dia ceraikan abang aku lepas abang aku terlepas cakap kata dia tak nak ambil harta mak ayah semua dia bagi adik-adik.. sekarang diorang paksa abang aku lepaskan bini dia. Masalah abang aku pula dah tau orang tu macam tu, masih sayang lagi. Sampai maki hamun cakap macam-macam mak aku datang pun diorang buat macam-macam. Tapi dia still gila lagi dengan bini dia pun tak faham. Lagi masalahnya, mak dan ayah tak sihat. Dia pula buat masalah macam tu. Kesian kat mak. Adik aku yang pertama pula ada orang bakal merisik dia hujung bulan ni. Alhamdulillah, harap semuanya baik-baik saja. Tapi lepas ni, kalau dia dah berumahtangga tak ada siapa yang akan tolong mak dan ayah lagi. Nak harapkah abang. Hurm.. kisah diri dia sendiri je. Tak pernah nak hiraukan orang lain. Harap semua dapat sesuaikan dengan suasana yang baru. Adik bongsu aku, beritanya baik juga. Susah kerja yang tetap dikilang yang di buat praktikal dulu. Harapnya juga dia dapat kerja yang lebih bagus juga pada masa akan datang. Kakak dan aku macam biasa, diri sendiri je yang tahu masalah diri sendiri.

Dengan situasi masalah di kampung. Aku tetapkan jalan hisup aku macam biasa. Aku pun ada masalah sendiri juga, iaitu kewangan. Elaun dah habis, study belum habis dan belum ada kerja baru yang datang. Kerja phd pun belum siap sepenuhnya lagi. Nak duit. Tapi alhamdulillah juga sebab tempat tinggal percuma, jadi berjimat cermatlah dengan apa yang ada. Balik kampung pula lain ceritanya..jadi sebaliknya dimana banyak dengar cerita-cerita positif terutamanya berkaitan kenaikan pangkat, dah habis study dan dapat surat bergraduasi dan sambung belajar.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..