Pengalaman itu adalah guru kehidupan..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Kalau orang cakap tentang cinta dan bercinta.. memang aku tak ada pengalaman untuk itu.. tetapi.. aku pernah tersuka seseorang dalam senyap..dan meletakkan perasaan padanya.. pendamkan dan kesudahan bukan seperti yang diharapkan.. itu yang dikatakan pengalaman.. mengajar kita erti kehidupan..

Bagi aku bagus pengalaman ini.. sebab pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.. dan kekadang agak merana.. sebab dia bermain dengan perasaan.. fikiran kita.. tapi alhamdulillah tuhan tak akan membebankan hambanya dengan beban yang hambanya sendiri tidak mampu menanggungnya.. akhirnya perasaan tue mampu hilang dari diri aku.. dan ktorang sekarang hanya sekadar kawan...

Aku pernah cakap.. aku taknak bercinta.. melainkan cinta selepas kawen.. tapi kalau tuhan nak uji tahap kesabaran kita.. mampukah kita bertahan dengan dugaan tue.. semuanya kita bergantung kembali kepadanya.. 

aku pernah meminati seseorang.. minat disebabkan oleh pertolongan yang telah diberikan kepada aku.. bukan tue saja.. mungkin disebabkan kekadang caringnya dia terhadap kita membuatkan kita tersentuh.. dan kebetulan.. perwatakan yang dia ada memenuhi kreteria yang aku minati.. ini menyebabkan aku terlebih feeling meminati dia dalam senyap..  tambahan lagi.. setiap apa tindak tanduk aku.. minat aku.. dia ambil kisah..  menyebabkan kita akan terfikir.. dia minat aku kah??  itu membuatkan fikiran aku bertambahn celaru.. adakah dia minat aku?? persoalan itu sentiasa bermain di minda.. 

namun.. setiap tindakan seseorang itu.. tidaklah seperti apa yang kita maksudkan.. mungkin dia caring sebagai kawan.. yang mana dia rasa boleh dijadikan teman sewaktu dia susah.. atau sebagainya.. itu bergantung pada diri sendiri yang tahu.. tapi aku.. berhati-hati.. tak semestinya.. apa yang aku suka.. orang pun akan meminati benda yang sama... apa yang penting.. jangan terlalu memikirkan sesuatu yang remeh.. yang mungkin menjebakkan aku ke keadaan yang aku sendiri tak suka.. dan sentiasa dekatkan diri dengan allah.. sebab meminati orang yang tak minat pada kita langsung... adalah suatu perkara yang sangat-sangat sakit dan memeritkan...  tambahan lagi apabila kena mengadap dia dengan muka yang macam tak ada apa-apa yang berlaku... so jadikan dia sebagai pengajaran...



Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..