Penting ke tahu asal usul..

tak nak jadi kacang lupakan kulit.. tue pentingnya tahu asal usul..
sejarah jugalah menjadi iktibar dan panduan pada kita supaya lebih baik lagi sekarang...
dan tak mengulangi sejarah lampau.. itu kepentingan sejarah..
tapi macam mana pula sejarah yang hanya senyap.. dan menjadi persoalan..
tanpa dicerita.. dan hanya keluar persoalan demi persoalan..
dan apabila ditanya.. ditegah..
so.. benda nie menjadi rumit di akal fikiran aku..
yang sering mahukan kepastian yang jelas..
walaupun tak ada kepentingan untuk aku..

aku...
sememangnya kurang rapat dengan family sebelah ayah..
aku pun tak jelas dengan situasi sebenar..
menjadikan aku diam tanpa perlu banyak bicara..
tapi kalau dilihat daripada situasi..
faktor mulut dan kekayaan adalah puncanya..
tapi hakikatnya..
aku tengok family ayah biasa saja.. so apa yang diorang bandingkan..
sehingga kekadang.. mak kecil hati untuk pulang ke kampung..

dan disebabkan ini juga aku cukup kurang mengenali keluarga sebelah ayah..
hanya sekadar yang rajin berkunjung sewaktu raya jew yang aku kenal..
tue pun tok cik, adik beradik sebelah tok.. kalau tok wan tak kenal langsung..

nak dijadikan cerita suatu hari tyme tok wan sakit..
tiba-tiba pakjang bawa balik satu kitab lama.. siap berbalut cantik..
terus diorang bawa masuk.. buat mesyuarat family..
aku tak ada tyme tue.. aku masih belajar diploma..
kakak yang ada.. dan kakak yang ceritakan segalanya..
namun tak detail.. sebab dia sendiri pun confius..
kitab tue ceritakan mengenai sejarah keluarga..
dan hulubalang.. ya aku dari keturunan hulubalang..
tapi tue jew yang hanya aku tahu.. selebihnya tidak..


pernah sekali pakjang datang rumah.. nak bercerita berkaitan ini..
tapi last-last tergantung.. macam tue sahaja..
dan keadaan itu menjadi rahsia sehingga kini..

aku nak tahu.. sebenarnya.. sangat2 nak tahu..

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..