kenapa dengan aku...
termasuk hari nie dah 2 kali aku dipanggil oleh lecturer...
2 benda jew yang terlintas difikiran aku apabila rakan-rakan menelefon aku menyatakan hal tersebut.. pertama berkaitan kehadiran.. kedua berkaitan result.. yang mana kesan yang dek kerana kemalasan aku sejak akhir-akhir nie.. yang memberi kesan kepada dua benda tersebut...
sesungguhnya sekarang.. aku sangat hilang semangat.. hilang fokus aku untuk belajar.. bukan kerana aku terlalu asyik bersuka ria.. atau penat yang keterlampauan.. tapi entah.. pada fikiran aku join palapes tue memberatkan aku.. dan merimaskan kepala aku.. walaupun semakin lama dah semakin kurang apa yang perlu aku lakukan...
hari nie hari kedua.. aku kena berhadapan dengan lecturer.. untuk menyatakan masalah.. kenapa result aku semakin hari semakin merosot.. prestasi aku dalam akedemik yang lain pun semakin teruk... dari budak berCGPA 3.6 lebih.. sekarang tinggal 3.2... budak yang cemerlang.. tapi apa masalah aku???
apabila ditanya dengan soalan yang bertubi-tubi seperti diatas.. aku hanya terdiam kelu.. dan cuma mutiara sahaja yang bertakung di kelopak mata.. tak tahu nak menyatakan bagaimana...
ya aku mengaku.. aku cuba untuk bersemangat pada awal semester hari tue.. dengan harapan semangat tersebut tidak akan punah dalam diri aku sehingga kini.. aku cuba buat yang terbaik.. berazam dan menebus kegagalan aku yang lepas.. dan cuba tingkatkan kembali prestasi aku kini dan naikkan semula CGPA aku yang dua kali berturut-turut jatuh.. aku tidak mahu mengulangi benda yang sama pada diri aku.. sesungguhnya aku manusia yang sangat bersemangat pada masa diploma dahulu.. mahu sentiasa merangkul anugerah dekan pada setiap pencapaian semester aku.. tapi mana diri aku yang dulu.. hilang.. hilang entah kemana..
pada ketika itu... sedaya upaya aku menerangkan situasi aku.. dalam keadaan kelopak mata sentiasa dibasahi.. aku tidak dapat fokus pada pelajaran aku.. aku rasa terbeban apabila latihan menjegah setiap saat malam aku bersama nota dan kerja sambil bersantai diragut.. sesungguhnya aku seorang yang sangat perlukan kosentrasi yang sepenuhnya terhadap pelajaran aku.. untuk aku melahirkan minta yang menghadirkan kefahaman pada pembacaan aku... tambahan pula.. nota-nota kebanyakkan dalam english.. aku sangat benci english.. jadi memerlukan banyak masa untuk aku terjemahkan bacaan aku untuk mencintainya.. yang mana barulah melahirkan pemahaman setiap sumber bacaan aku.. namun latihan yang menjegah aku tanpa mengira waktu menyebabkan mood aku sentiasa mati.. ya aku boleh fokus pada kerja aku 5 atau 6 jam tanpa henti.. apabila sudah memulakannya.. tapi untuk memulakannya.. itu sangat sukar bagi aku .. ibarat batu yang membebani... nie kan lagi apabila menganggu separuh pekerjaan aku... lagi berat untuk aku lakukannya.. sebab sudah diganggu.. aku pula seorang yang kuat memberontak sedangkan apa yang aku berontakan ibarat.. marahkan nyamuk kelambu yang dibakar.. akhirnya aku sendiri yang mendapat denggikan..
kalau boleh aku tidak mahu teruskan sikap sebegini.. menyusahkan orang.. namun aku berterima kasih dengan lecturer2 aku kerana cuba memberi semangat kepada aku.. walaupun apa yang dikatakan tak banyak membantu.. tapi mampu menyedarkan aku.. untuk diri terus semangat.. ya mungkin aku semakin kurang motivasi dalam diri.. menyebabkan aku mudah kecundang.. dan cepat rebah apabila di sindir dan dihendik..
saat kejayaan dulu pasti akan tiba lagi.. apabila diselam
dengan semangat dan usaha berpanjangan..