Penghargaan...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Disaat mata dah kuyu, manakala kepala betul-betul menginginkan bantal... tangan masih rancak lagi untuk menaip.. dan hati meronta-ronta untuk  menceritakan suasana kehidupan baru aku kini... supaya lebih disiplin dengan aturan alam.. bukan sebagai manusia nokturnal yang mampu berjaga malam lagi.. tetapi sekarang memerlukan waktu rehat yang cukup bagi mengerjakan rutin harian di waktu siang....

2013.. Bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa bulan sahaja lagi.. namun bagi aku.. kenangannya tetap menjadi pedoman selama-lamanya... mana taknya segala titik peluh dan usaha aku selama ini akhirnya terbalas dengan sijil penghargaan dan pangkat daripada pencapaian aku sebelumnya.. walaupun dalam tiga tahun tue tuhan sahaja yang tahu.. bagaimana ujian yang diberikanNya kepada aku.. yang aku rasa sangat give up dipertengahan jalan.. dengan kerenah kawan-kawan yang tidak memahami situasi aku waktu tue.. hanya mampu maki dan marah sahaja.. yang kononnya beri nasihat..  dan tinggalkan aku.. dan aku rasa moral aku sangat down waktu tue.. sehingga aku menyindiri diri..
 

Sememangnya ketika itu.. aku cuba untuk menyindiri.. untuk redakan keadaan.. air mata tue sememangnya jadi peneman setia la..  aku cuba tabahkan hati kuatkan diri.. cari solution.. maybe tue semua masalah aku sendiri.. sebab tak pandai arrange waktu aku.. tak pandai bahagikan latihan dan pelajaran.. namun keadaan memang agak sesak... bila dua pihak push.. push.. n push.. seolah-olah aku tersepit dengan keadaan.. aku nampak dalam situasi itu juga.. kawan-kawan cuba menjauhkan diri dari aku.. aku cuba buat cool macam biasa.. namun dalam hati aku tuhan jew mengetahui.. betapa sedihnya aku ketika itu.. doa jew penguat hati.. terima kasih juga dengan Datuk Dr. Fadhilah Kamsah.. sebab sudi membalas dan memberi solusi dari masalah aku... doa yang diberi.. aku pegang sehingga kinI.. TERIMA KASIH DR.

Hari nie aku luahkan segalanya.. bukan nak tunjuk aku hebat.. atau mengungkit cerita lama.. sebab bagi aku yang lepas biarkan ia lepas.. buku baru boleh diwarnakan semula.. buangkan yang hitam disisi dan jadikan ia warna-warni baru ceria hidup..

Hari ini aku cerita semula supaya aku hargai betapa susahnya aku untuk mendapatkan penghargaan itu.. bukan mudah untuk dapatkan dua benda dalam satu masa.. kesabaran adalah sangat-sangat tinggi selain usaha untuk merangkulnya...  cabaran dia tak payah nak cakap la.. sangat mencabar untuk mengharunginya.. sesungguhnya aku bersyukur.. sekurang-kurangnya aku dapat memegang ijazah aku dalam masa yang sama sudah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.. kerana terdapat juga kawan aku yang belum mampu pun memegang ijazah tue sehingga kini.. walaupun sepatutnya dah berkonvo.. Alhamdulillah..  kesabaran itu tinggi nilainya.. sebab aku bukanlah seorang yang kuat.. tapi kesabaran yang diberikan olehNya.. alhamsulillah aku mampu menghabiskannya jua.. dan alhamdulillah juga.. kini pun aku mampu menyambung pelajar seperti juga cita-cita aku...


Penghargaan ini adalah sangat besar bagi diri aku.. Thanks to  all my family sebab sentiasa support aku..  dalam mengharungi kejayaan ini.. datang jauh-jauh untuk kedua-dua majlis besar aku... iaitu pertauliahan di sabah dan konvokesyen di selangor..  harap lepas nie boleh balas jasa mak ayah pula.. yang dah lama bersusah payah demi anak-anak nie.. love my mom n dad.. rasa rindu macam nak balik rumah pula.. tapi kalau balik aku asyik nak gaduh jew kan.. sapa cari gaduh.. aku la kan.. tak pe gaduh-gaduh sayang... sunyi rumah kalau tak dengar leteran..





Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..