Komitment bulanan
Assalamualaikum..
Bila dah masuk kolej, komitmet kewangan aku alhamdulillah dah banyak kurang. Dari sebelumnya bilik sewa dah RM450 sebulan, internet lagi RM 103, phone RM35 plan unlimitad internet celcom, RM 30 Tunetalk (tapi kekadang je top up sekadar hidup no), minyak kereta RM150 sebulan dan last aku ambil insurans diri rm100 sebulan. Jadi bulan-bulan dah RM800 aku kena wajib bayar tak masuk lagi yang kekadang gatal tangan layan netflix tambah lagi RM35,jadi bulan-bulan hampir RM900 dekat separuh elaun juga la bayar itu ini. Tak masuk lagi gila online shopping di lazada. Itulah masalah aku. Aku harap bila masuk kolej ni aku dapat la jimat cermat dan buang perangai-perangai suka shopping aku tu. Teruk betul.
Hari ni aku dah berjaya terminate internat bill aku iaitu yes. Bagi aku setakat aku pakai ok la coverage dia. Di kampung pun ok di rumah sewa aku pun ok. Sebabnya rumah sewa aku dulu di Angkasa Apartment tu sangat teruk coverage internetnya. Phone aku mana dapat sangat line phone. Kadang-kadang bukan tak nak angkat panggilan tapi memang tak dapat line. So aku pakai broadband banyak memudahkan kerja aku time tu. Aku start melanggan YES 4G broadband dengan pegang kontrak 1tahun dan 25gb. Memang tak cukup la kalau rajin tengok utube atau nexflix. Jadi aku guna internet lebih kepada membaca je la jimat sikit data.Tapi time pkp hari tu aku ada di kampung aku rasa tak cukup kuota data tu. Disebabkan kontrak aku pun time tu dah tamat, aku up lagi data kota ke 38gb sedap juga la aku melayan utube. Tapi ada juga satu bulan tu aku rasa habis laju je data aku walaupun 38gb sedangkan aku tak guna sangat. Yang best Yes 4G ni. Bagi aku dia laju.Tapi memandangkan aku tinggal di kolej sekarang dan guna wifi kolej baik la aku terminate sebabnya aku tak guna pun data yes tu. Tambahan pula sekarang tak ada student internet memang best berdesub laju. Haraplah pkp panjang lagi.Tak payah la berebut wifi dengan student. hahahha. #jahatgila.
Duit sewa rumah pun dah tak ada. Minyak kereta pun sebenarnya dah jimat sikit. Al kisah hari tu aku isi minyak.Aku yang selalu, 3 bar minyak kereta atau dah nak turun ke 2 bar aku akan terus je pergi isi minyak kereta. Selalnya kalau 2bar tu aku akan isi minyak dalam RM 50 atau RM40 biasa la kereta Myvi, dalam around tu dah penuh tank dah. Tapi beberapa hari lepas aku guna kaedah yang sama setelah hampir dua minggu lebih tak isi minyak kereta. Tengah isi minyak memang mata aku akan padang ke arah meter tangki yang berjalan. Meter menunjukan aku telah pam minyak RM30 lebih dan liter isi dah sampai 20liter. Dalam hati aku terdetik, " Oh, minyak turun harga selalunya aku isi RM40 baru 19liter lebih". Tanpa aku sedar yang minyak tangki kereta aku dah penuh melimpah-limpah membasah kaki aku dan tangan masih lagi menekan pincu pam dalam masa yang sama aku terdengar jeritan dari akak yang turut mengepam minyak di tangki sebelah. Hilang lamunan aku tentang harga minyak tadi. Sambil mulut beristighfar " astaghfirullah al azim.." terus aku aku letak pam di tempat asalnya masuk kereta ambil tisu lap limpahan tadi buka tingkap kereta dan terfikir nak ke kaunter ke ambil baki duit minyak yang masih lebih di tangki. Last decide sedekah sajalah pada yang seterusnya yang datang pam minyak. Terus aku meluncur laju keluar dari stesen minyak. Dalam perjalanan teringat, aku dah tutup penutup tangki minyak kereta ke belum ye? dah la minyak kereta aku penuh dan melimpah. Berhenti la aku di bas stop berhampiran check balik penutup tangki minyak. Oh dah tutup rupanya. Bagi tu la cerita aku. Kesimpulannya, time pkp harga minyak turun so sesiapa yang jenis tak alert dengan persekitaran macam aku ni. Baik la isi minyak kereta cakap nak isi berapa liter je. Kalau tak begitu la kejadiannya. Sampai melimpah-limpah minyak dengan diri yang selalu cuai. Itulah cerita berkaitan minyak kereta yang tengah murah sekarang.
So bulanan aku sekarang dah tak banyak kena keluarkan duit tapi komitmet kerja sedikit sebanyak bertambah la sekarang. Sebelumnya fokus sebagai penyelidik, pelajar dan pembantu pengajar. Tapi sekarang tambah satu komitment kerja iaitu felo kolej. Tapi dengan rezeki pkp aku hanya ada satu komitmet hakiki je iaitu belajar tapi tetap tak buat juga. Yang tahu hari-hari nak tidur cukup, nak makan sedap, nak perut kenyang dan entertainment iaitu scroll intagram tengok movie, facebook dan netflix. Apa nak jadi aku pun tak pasti. Tolong doakan aku rajin-rajin sikit menulis thesis dan paper, membaca journal. Ini proposal aktiviti student kolej pun aku belum habis check dan pas balik pada diorang lagi.
Jadi itu je la cerita aku. Semalam aku ada scroll lama-lama punya cerita aku rasa maybe aku boleh ambil semangat dari cerita zaman master aku juga untuk bagi aku semangat menulis untuk sekarang ni..
Sekian dulu.
KKTPAR, UMS
8:38PM 20112020
Mood kena buat abstract dan slide untuk present progress sempena symposium 25 nov nanti. 24 nov ada meeting kolej pula.

Comments
Post a Comment