RUMAH FELO: Offically tinggal di kolej

 Assalamualaikum...

Masuk hari ni sebenarnya dah 18 hari aku tinggal di kolej yang mana sebelum ni pernah aku cakap aku dapat sebuah rumah di tingkat atas yang mana aku seorang. Disebabkan sekarang Sabah masih dalam Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB) dengan kes positif hari ni masih dalam beratus jadi belum pasti bila akan tamatnya perang dengan  covid 19 ni. Oh ya, 17hb hari tu adalah hari ulangtahun covid yang mana kes pertama yang dicatatkan di Wuhan China. Setahun sudah kes dia yang membawa macam-macam cerita pada dunia dan mengubah gaya hidup manusia daripada bersosial bersua muka kepada sekarang fokus pada teknologi dan berhubung secara maya. So keuntungannya sekarang perniagaan  online dan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan maya dan teknologi sekarang semakin naik dek kerana covid juga. Manakala manusia yang jauh daripada sistem teknologi dan dunia maya semakin terasa terhimpitnya disebabkan oleh pendemik covid 19 ini.

Ok hari ni aku datang bukan  nak cerita berkaitan dengan sejarah covid ke apa. Tapi aku datang nak bagitau yang aku dah pindah masuk kolej dan alhamdulillah urusan dipermudahkan sikit sekarang. Walaupun ada juga perkara-perkara yang menyulitkan. Tapi, moga dipermudahkan hendakNya. 1 November 2020 secara rasminya aku masuk kolej dengan keadaan yang masih belum kemas sempurna. Sebelumnya ada la aku datang cuci rumah dan sebagainya tapi lepas 3 minggu tak masuk jadi habuk , taik cicak, semua boleh tahan dan 1hb hari tu bertemankan kawan sepengajian aku Yvonne  so kami angkut barang masing-masing masuk ke rumah ni. Alhamdulillah sikit-sikit kami selesa dengan suasana persekitaran dan jalankan hari-hari macam biasa. Bermula dengan kemas dari dapur, bilik, ruang tamu dan stor settle. Sekarang iaitu tiga , empat hari lepas kami fokus pula pada tanam pokok-pokok sayur-sayuran harap-harap subur hendaknya.  Yang mana sekarang dah tertanam anak pokok cili,  anak pokok saderi dan pokok kesum manakala benih yang dah disemai iaitu kailan, limau kasturi dan carrot manakala bendi, petola tengah dikeringkan biji dan kunyit, halia dan kubis tengah direndam air dengan harapan ada la tunas yang nak tumbuh boleh ditanam nanti.


dari lebihan batang sayur yang beli di pasar.. rendam dalam air dulu letak tepi tingkap supaya dapat tumbuh. tapi bagi daun sup dan ketumbar jangan rendam lebih dari 3 hari sebabnya nanti batang daun rosak sebab lama berendam air. Kalau nak  tahan lama elak dari kena batang ataupun terus je tanam di tanah.


Proses pindahkan ke semua anak-anak pokok ke tanah sebab call mak, mak cakap " awat tak pindah kat tanah, boleh hidup ah.." So kita pun pergi la mencari tanah dekat pasaraya terdekat semuanya tak ada. Menggatal , 1B, Kingfisher  last jumpa  dekat Survey Likas jauh betul aku pergi mencari tanah sampai ke Likas sana. Anak pokok cili tu Yvonne yang bawa manakala yang dalam botol kaca tu daun sup dan kesum. Kulit telur pula tabur atas tanah bagi kalsium sikit kat tanah. Pasu-pasu pula hasil cari di Mr DIY  RM 7.50 dan Kedai Eco RM2.30.

Bab dalam rumah, aku habis idea sebenarnya nak mendeko. Biasa la deko-deko ni bukan boleh buat saja kalau tak keluar duit. Sekarang pula aku dalam mood kena berjimat cermat. Ye la elaun aku pun dah tak berapa bulan dan nak habis, lepas tu kena simpan-simpan buat top up masa-masa akan datang. Kereta pun 11.11 hari tu service basic aircond n exhaust pula boleh patah sebab karaT. Terbang sebulan elaun SBP aku. 


hadiah 11.11


Bab rumah balik. Setakat ni aku habis hampir RM500 lebih dekat rumah. Hari tu beli barang cucian rumah sekali pinggan mangkuk dan peralatan dapur yang kebanyakkan aku beli di  Kedai One Stop,  beberapa di Mr DIY. Habis dalam hampir RM300 lebih. Sebab aku ada kad ahli One stop  jadi murah sikit yang mana kad ahli tu aku buat time mereka promosi kan kedai mereka, beli barang RM 50 keatas free ahli. Kedai One Stop ni ala-ala Mr Diy dan Kaison la kalau di Sabah ni. Best beli barang rumah di One stop, first kalau jadi ahli automatik barang dapat less. Less dia dari sen sampai beringgit lebih bergantung pada harga barang. Lagi mahal lagi banyak less. So rugi sangat kalau tak jadi ahli dia.  Kedua barang-barang rumah dia banyak pilihan dan comel-comel so aku sangat suka membeli di One stop. Pokok-pokok hiasan hidup pun ada dijual di One stop. Lain-lain aku beli barang rumah di lazada la tu pun more pada hiasan iaitu aku beli frame ayat kursi dan selawat, blander dan puzzle mat. Aku prefer puzzle mat compare carpet sebabnya first senang cuci kalau kotor second lagi tebal dari carpet dan third senang aku nak pack bawa balik semenanjung nanti kalau masih ok. Hah semua aku fikir nak bawa balik. nanti ada juga alas kaki kereta aku pakai puzzle mat kot. Lagi seratus lebih tu aku beli cable tv dan aeril siaran myview tv, yang tu la jadi mahal sikit. Lain-lain kebanyakan barang sedia ada aku dan adik. Barang kami rupanya banyak gila macam barang satu family. Jenuh la nak mengangkut bawa balik nanti. itu juga la aku harap aku dapat kerja sini je. Jadi tak payah nak kalut angkut bawa balik.


Rumah ni sebenarnya full furnish tapi biasa la, manusia mana pernah puas dengan apa yang ada. Jadi asyik nak menambah barang je kerja. Tapi sekarang aku rasa cukup la aku membeli. Just last aku nak cantikkan bahagian ruang tv je. Supaya sedap sikit mata memandang saki hati pula tengok dinding dia bertempek-tempek dengan taik cicak. Nanti aku post juga kalau-kalau aku ada touch up ruang tv. Tapi tak beria sangat la, tak pasti lama mana aku dapat tinggal sini. Tapi aku harap sangat la aku dapat kekal duduk sini dan dapat kerja dalam UMS. Boleh la kekal jadi felo dan tinggal disini.



Dapur bujang. rasanya buat masa ni tak akan ada penambahan sangat.. just kekalkan yang simple ni malas nak tengok benda yang banyak , sarat dan serabut. Kalau bertambah mungkin para untuk letak pinggan atas dan heater air di  bawah itu je. Nanti datang blander lagi tu. Air fryer nanti sat jangan duk pikiaq nak beli lagi selagi xdapat kerja dalam ums. Langsir dan dapur memang yang kolej punya., tong gas je cari sendiri.



Ruang tv ni mati idea sikit. Kalau ikut hati mau cat baru dinding belakang tu, cari pokok hiasan dua letak sebelah tepi tv tu dan cari lampu tinggi untuk letak tepi tv. Tapi macam...... hurmmm.... tengok la macam mana keadaan. Rumah free ni takut juga orang tak bagi ubah-ubah. Full furnish ruang ni ada meja makan 6 kerusi, set sofa 6 seater, air cond tapi rosak, tv tanpa cable (ni cable beli sendiri) dan almari tv ni yang mana ada 2 laci yang boleh diubah suai. Meja kopi dan meja tapi dah aku pindahkan masuk bilik. Buat jadi meja make up dan letak printer. HAH. Lengkap.

Rumah ni ada tiga bilik  dan satu tu master bedroom. Terasa la luas yang sebelum ni aku kerja komen je bilik aku kecil bau busuk waktu subuh sekarang tingkap dah bebas buka je udara segar sejuk je dari luar. Ada siap almari baju. Sama juga dengan bilik lain cumanya master bedroom, queen bed manakala bilik lain single bed. Ok la. Nikmat mana lagi yang kau dustakan. Toilet just satu je.


Yang pasti sekarang tolong doakan aku dapat kerja dalam UMS dan aku dapat  jalankan tugas aku sebagai felo sebaik mungkin,  tidak mengabaikan kajian dan pembelajaran aku. Dapat habiskan kajian dan pembelajaran aku dengan sempuna. Aaamin.

  
Itu je la dulu nak cerita. Nanti aku cerita pula aktiviti felo time pkp ni. Da..


 KKTPAR, UMS.



Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..