Sindrom wanita single

Assalamualaikum.

First sekali aku nak cakap kat sini. Aku tak suka gila templet hat penulisan blog sekarang ni. Apa jenis pun aku tak tau. Menyusahkan ja aku rasa. Nak tengok lebih-lebih kat sini pun tak boleh. Terpaksa juga aku buka blog sebenar baru sedap sikit mata memandang. Kalau dak duk keluar tulisan hijau, merah error kiri kanan. Sakit pula mata aku tengok. Ok habis dah apa yang cik nak beleteiq. Back to story sebenar hat nak bercerita....

Sindrom wanita single. Aku tak tau la perangai ni aku boleh dari mak aku ka atau macam ni perangai perempuan bila depa duk besa hidup sorang-sorang. Perangai dia ialah jenis hang rasa rimas gila bila ada orang yang asyik nak mengikut bontot ang. Sebab sebelum ni aku duk bisa duk rumah sewa, masing-masing buat hal sendiri. Hang nak bangun pukul berapa ka, ang nak makan apa ka, ang nak p mana pun tak ada orang kacau nak tanya ang p mana. Tapi walaupun macam tu aku dekat rumah sewa dulu, kami still tau juga mana kawan-kawan rumah kami p. Antara depa habaq time sembang masa duk tengok tv, bersembang santai-santai atau tengok instagram masing-masing. Tapi majoriti housemate aku dulu jenis duk rumah dan akan bercerita jadual aktiviti untuk beberapa minggu so memang automatik akan tau la masing-masing. Kali ni, aku duduk dengan kawan aku tetiba aku rasa rimas tau. Sebabnya, masa aku jadi terikat dengan dia. Walaupun dia tak ada pun ikat masa aku tu. Susah nak cerita. Situasi dia sama macam waktu adik aku ada tu yang kami asyik duk berebut kereta macam tu juga aku rasa terikatnya bila aku duduk dengan kawan aku dekat rumah. Sebab aku ni jenis suka hati aku. Kalau aku rasa aku nak keluar, aku keluar la. Kalau aku nak p mana aku tarik ja mana-mana baju teruih p. Kalau ada kawan aku, kena rancang dulu. Then nak keluar kena tunggu dia bersiap. Itu aku tak kisah sangat sebab boleh panaskan enjin sekali. Tapi bila bab aku nak p tempat-tempat personal sorang dia nak ikut. Terus aku rasa, cancle la macam ni. Aku perlu ruang sendiri untuk charge diri. Contoh hari ni aku dah keluar dengan dia. Esoknya kalau boleh aku nak keluar bebas untuk diri sendiri. Tapi dia nak ikut juga. hurm. Ya waktu dulu, time dia belum duduk dengan aku memang aku ada keluar dengan diorang ramai-ramai. Tapi aku ada juga hari yang aku spend aku keluar sendiri. Aku rasa satu nikmat tau kalau aku keluar sendiri sebab aku tak payah nak tunggu orang. Aku boleh jalan sendiri masuk kedai yang aku nak then terus balik.

Kadang-kadang aku nak buat je apa yang hati aku nak buat. Tapi aku tak boleh. Rasa tak sampai hati. Walaupun orang tu tak ada rasa apa-apa pun. Mungkin sesetengah pembaca akan rasa aku penting diri. Ya suka hati aku la nak penting diri ni diri aku. Hak aku. Dia pun ada hak dia. Masing-masing boleh pilih apa yang dia nak dalam diri. Aku pilih dengan cara aku bergerak sendiri aku lebih selesa daripada diikut. Itu je. Tapi aku nak tanya balik buat pembaca yang perempuan single 30 dan ke atas.Korang ada rasa perasaan yang sama ka, yang mana sendiri tu lebih selesa?

Actually kalau duduk sendiri ang cuci satu rumah pun ang tak rasa penat langsung pun dari bilik, ruang tamu, dapur then bilik air settle je ang cuci rumah sorang-sorang. Tapi bila ada orang dengan ang, dan2 ang rasa nak berkira. Dia tak buat ni la, dia tak buat tu la. Mesti ada yang tak kena. Itu la perangai yang selalu terjadi bila balik kampung...

Ini la aktiviti aku bila duduk dirumah, kemas rumah and make up apa yang patut tapi tu la guna duit sikit. Ah gambar tu. Dapur berselerak pula, almaklum la baru restock barang dapur. Lagi satu yang aku suka keluar personal. Kalau aku duk pikir bab design and deco, aku boleh ulang dua tiga kedai dan temenung sampai dua tiga jap untuk fikir bab sesuai tak dengan design yang aku pilih. Atau pun masuk dak dengan tema yang aku nak. Kau rasa kalau pi dengan orang apa orang akan rasa kalau aku jenis tu. Tu sebab la aku nak masa personal aku.

Sekian .. Akudah tunai janji tau nak tunjuk gambar kalau aku ubah sikit ruang tv. Hari tu aku fikir nak pasang wallpaper. Aku dah tengok di kaison RM16 segulung, masuk dengan tema aku. Tapi bila pikir balik tak nak pula. Rasa crowded kalau aku letak wallpaper yang aku fikir tu. Aku nak suasana yang tenang walaupun macam hutan sekali pun.

01:03 am 27112020
KKTPAR, UMS
Kena siapkan slide presentation untuk symposium next 2 week.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..