::akan bermula rutin sebagai pelajar::
assalamualaikum...
jangan salah faham.. aku masih lagi dirumah sekarang... dan masih belum start kuliah lagi.. isnin nie baru start kuliah bagi para pelajar yang belajar di Universiti Putra Malaysia... kalau UMP dan UM.. sememangnya diorang dah start kuliah minggu nie lagi kan... tapi tidak untuk UPM...
akan menunjukkan sesuatu yang masih belum terjadi tapi bakal terjadi... ya seperti diri aku yang bakal kembalu ke kampus malam ini.. bakal memulakan semester baru.. yang mana sekarang aku sangat-sangat memerlukan semangat yang banyak untuk aku kembali bangunkan diri aku dari tidur yang panjang.. yang telah aku lakukan pada semester-semester sebelum ini..
ya kali nie.. aku nak sedarkan diri aku lebih awal.. sebab aku tidak mahu mengulangi sejarah hitam aku pada semester-semester lepas.. yang mana aku rasa aku sangat teruk dengan diri aku sendiri.. tiada kejujuran dalam mencari ilmu.. kejujuran yang aku maksudkan bukan meniru dan sebagainya.. tapi kejujuran dari segi iklas belajar.. betul berusaha untuk mendapatkan sesuatu tue seperti tiada dalam diri aku.. jadi aku nak lebih serius tahu nie..
aku sedih dengan diri aku semester lepas... jeles menunjukkan aku terlalu main-main dengan diri sendiri.. kawan-kawan risaukan aku.. tapi apa yang aku buat pada diri.. masih tidak ambil kisah.. dan resultnya lihat sendiri la.. kini kawan-kawan aku semuanya dapat result yang best-best.. semua disenarai dekan... tapi aku masih di takok lama.. malahan result aku lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan result tyme aku diploma.. aku sangat sedih dengan semua tue... sebab benda yang sama juga yang diajar berulangkali... namun kenapa aku tak mampu buat dengan lebih baik.. sedihkan..
Ya Allah.. Aku benar-benar memohon kekuatan kepadaMu... supaya aku berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita ini.. kau sebatikanlah diriku dengan semangat dan azam yang kuat untuk sentiasa berusaha mendapatkan ilmu dan kejayaan... kau permudahkanlah segala urusanku.. sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan orang-orang yang paling hampir denganku.. ibu dan bapaku... dan aku mohon juga seupaya aku mampu menjadi insan yang berguna.. yang mampu berbakti kepada masyrakat dengan ilmu yang aku perolehi.. AMIN...
AKU SANGAT BERHARAP UNTUK MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KUAT DAN BERTERUSAN SEMESTER NIE... DAN DAPAT RESULT YANG BAIK...
p/s:: aku sedih tau dengan prestasi aku sekarang.. sebabnya aku banyak mengeluh dengan semua kerja buat aku.. banyak merungut dan sebagainya... nampak sangat aku tak iklas dengan apa yang aku pilih dan buat.. jadi sem akan datang aku harap aku dapat buat lebih baik.. aku kena pandai bahagikan masa.. iklas buat semua.. tak nak merungut lagi.. manage masa dengan baik.. dan iklas.. n fokus dengan study sebaik mungkin.. tue la tangga kejayaan kan.. betul tak??? jom kita cuba.. insyaallah..
Comments
Post a Comment