::review noval : ROOFTOP RANT ::

orang cakap.. membaca nie jambatan ilmu... dan melalui membaca juga banyak benda kita dapat pelajari.. oleh disebabkan tue.. hari nie.. aku dan bawa korang semua dengan review novel.. yang tak pernah-pernah aku buat sebelum nie.. kiranya ruangan baru aku la yerk..

tajuk : Rooftop Rant
penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari seni  sdn. bhd.


Komen saya:
Kisah perasaan seorang remaja Trisy yang bergelut dengan kemelut keluarga. Sungguhpun datang dari keluarga berada, tetapi jiwanya kosong. Dan dia mula memberontak secara diam, menjadi rebellious di sekolah dan di rumah. Bertembung pula dengan Jade di atas bumbung, dan secara tidak sengaja meluahkan rasa hati tentang keluarganya. Jade banyak memberi konsultasi dengan hanya mendengar segala cerita Trisy, sambil membuat lakaran kartun. Jade memang berbeza latar belakang berbanding Trisy. Jade bukan anak orang kaya, duit dicari sendiri dengan menjual burger bagi membeli peralatan melukisnya.
Klimaks bermula, bilamana Trisy overdose pils dan diwadkan di wad psikiatri. Dari situ, ibubapa Trisy nekad menghantar Trisy ke rumah atuk dan opah di JB.
Trisy banyak berubah ke arah kebaikan semasa di JB dan mula membaca kitab-kitab Pak Sunya. Paksu nya yang banyak membimbing dirinya dan dia berjaya memperolehi SPM yang membanggakan. Sementara Jade berjaya menjadi pelukis setelah Trisy memperkenalkan Jade dengan Jason yang merupakan rakan abang nya Jazz.
Trisy diterima di KMS Seremban dan melanjutkan pelajaran di Aberdeen.
Terdapat juga diselitkan Jebat dan Lekiu, mags 7, dan juga kak Jo n Along dalam novel yang sebelumnya semasa di Aberdeen. Trisy tidak terbuka hati walaupun di lamar Lekiu.
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Trisy kembali semasa cuti semester dan bertemu Jade. Lalu mereka mengikat tali pertunangan. Terdapat juga watak2 dari majalah Lanun seperti Wak Duku dan Rapala. (sy peminat majalah komik Lanun back in 1995/6/7).
Rating saya: ****1/2 (almost tak boleh letak)
 
p/s::  macam mana pendapat korang dengan buku nie.. aku rasa dier sangat best.. jadi jom beli...
 
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...