Temu duga oh temu duga..

Hai Assalamualaikum..

Hari ni aku nak bercerita berkaitan temu duga. Situasi aku sekarang, alhamdulillah di beri pengalaman menjadi penemu duga dan ditemu duga. Kedua-duanya pun aku pernah rasa. Sebagai ditemu duga siapa tak pernah rasakan, waktu tu tahap mendebarnya macam nak terkeluar jantung. Padahal kalau dilihat balik bukan penemuduga nak makan kita pun. Tapi takutnya tu, YA Allah. Bukan apa, takut tak dapat jawap soalan yang diberikan dan takut tersalah menjawab soalan. Orang selalu cakap confident ja bagi jawapan, insyaALLAH dapat. Tapi kita selalu tergagap-gagap disebabkan point di atas. Tambahan pula bila nervous, terus hilang segala jawapan yang kita nak bagitau tadi. Padahal kita tau ja jawapan tu. Bila duduk sorang-sorang, mula la jawapan-jawapan tadi berterbangan di minda sedangkan waktu temuduga tadi tak dapat jawap. Itu pengalaman aku bila masuk interview. Tapi sebenarnya jawapan kita bagitau tu, tak ada betul dan salahnya. Tapi kita takut, takut kemungkinan untuk di tolak dan tidak terpilih disebabkan jawapan tadi. Juga kemungkinan juga bergantung dengan jawapan dan attitude diri kita sendiri ketika itu.

Itu pengalaman aku sebagai ditemu duga. Kalau pengalaman sebagai penemu duga, aku bersyukur aku terpilih sebagai felo di kolej kediaman dalam membantu pengurusan, mengurus dan mengatur ativiti pelajar di kolej kediaman. Apa yang menariknya bila kau terlibat dalam pengurusan ni, kau bukan sahaja belajar untuk mengurus malahan boleh belajar serta memperoleh ilmu dan idea-idea baru dari para pelajar yang join dan terlibat dalam aktiviti yang diadakan di kolej kediaman. Belajar tak semestinya dari atasan, bawahan kau pun sedikit sebanyak akan memberi tunjuk ajar secara tak langsung dari tingkah laku dan cara kepimpinan diorang. Sebab masing-masing dari pelbagai latar belakang dari sini diorng akan berkongsi idea dan pengalaman masing-masing. Aku banyak belajar tingkah laku diorang masa interview dn program yang dijalankan, sebab masa adalah masa yang kau akan observe orang untuk faham cara dia. Pada masa yang sama, menilai orang yang mana yang dapat memenuhi ciri yang kau mahukan dalam kepimpinan yang kau bawa.

Sebenarnya menjadi penemu duga bagi aku adalah susah. Bukan sebab kita susah nak tanyakan soalan tapi susah untuk kita pastikan pelajar/ penemuduga ni ada ciri kepimpinan atau tidak. dapat melaksanakan task atu kerja dengan baik atau tidak, pada masa yang sama boleh respek kita sebagai ketua atau majikan atau tidak. Semua itu perlu dipertimbangkan. Ada orang yang jenis pandai cakap sahaja , bab buat kerja ke laut. Bila kita tanya menghilang ja selalu. Berdsrkn pengalaman 3 tahun aku jadi felo, majoriti pelajar yang pandai cakap yang mencurah-curah kata-katanya adalah sembng kari, hasilnya tiada. Itu antara salah satu faktor yang perlu dinilai dan tengok resume semula pada penglibatan dia yang sebelumnya. Itu pun masih susah, kalau-kalau dia terlibat sebelum ni pun sebab pandai cakap je. siapa tau? Sebab aku pun dah pernah kena hasilnya tiada aktiviti semester tersebut sebab sembang kari.

Point seterusnya bagi aku untuk seseorang terpilih dalam position tersebut adalah pandai mengambil hati penemuduga. Ini majoriti introvet kalah bab ini. Kenapa? sebab dia pemerhati yang terbaik tapi bukan bab kata-kata. Mungkin apa yang dikatakannya lebih kepada yang direct dan ringkas dan mungkin lebih kepada menjaga hati orang lain. Sebab dia akan mengambil kira banyak benda sebelum dia keluarkan satu kata-kata, berbanding dengan orang ambivert dan extravort. Aku pernah juga dengar point dari student aku, time dia kena present tentang bab kepimpinan. Dia cakap orang introvet kurang ciri kepimpinan sebab kurang bercakap, tak dapat menyampaikan task dengan baik. Ini merupakan point of view orang pada orang introvert dan kita tak boleh sangkalkan juga kalau penemuduga akan melihat benda yang sama pada diri kita kalau kita kurang bercakap ketika interview. Sebab mereka hanya dapat menilai kita ketika itu sahaja tanpa melihat kita secara keseluruhannya. Pointnya di sini cuba tarik minat penemuduga supaya berminat atau tertarik untuk berinterkasi dengan kita.

Point ketiga cuba fahami dan dapatkan rubik permarkahan dari penemuduga. Bagi aku sebagai penemuduga, sekiranya tiada rubik pemarkahan. Aku tak kisah pun jawapan yang pelajar bagi tu betul atau salah yang penting cara percakapan sopan dan hormat kita penemuduga, ada idea baru dan bernas, cara pemakaian sopan, faham position yang diinginkan dan bersungguh-sungguh untuk dapatkan position tu. Jawapan dia tak betul pun, tak apa sebab belum masuk dalam bidang. tapi bernas dalam memberi jawapan maksud aku logik la untuk kita terima pakai. Ini kalau tak ada rubik. Kalau ada rubik selalunya penemuduga akan lebih direct dan lebih stright kepada pemarkahan mengikut rubik. Ikut ciri-ciri yang diperlukan bagi position tersebut. Bila pakai rubik semua ada percent termasuk jawapan yang kita berikan. Itu kena pastikan jawapan kita betul supaya rubik berkaitan ketepatan menjawab soalan tak rendah disitudan mungkin memberi kesan kepada keseluruhan markah interview kita.

So dari semua ni aku belajar dan apply semula pada diri aku yang juga masih merupakan calon-calon di temuduga. Jujur aku cakap temuduga SPA dah berbelas kali dah aku pergi tapi belum ada rezeki aku. Usia semakin meningkat belum juga ada kerja permenent. Keupayaan diri pun semakin hari semakin kurang tambahan nak bersaing dengan generasi muda. Kalah kita. Dulu mungkin ujian mata lepas. sekarang dah tak lepas. Nikmat tu semakin hari semakin kena tarik. Jadi kena cari kerja yang lebih sesuai.

Jadi itu la yang aku boleh cakap. Keyakinan diri kena kuat, cuba tarik minat penemuduga untuk menilai potensi diri kita. Juallah diri kita dengan penuh kualiti untuk di ambil kerja. Bila dapat tanggungjawab, amanahlah dengan tanggungjawab yang diberikan dan buatlah sehabis baik sebab bukan semua orang dapat position yang kamu dapat tu. Good luck untuk semua yang masih berusaha mencari kerja yang stabil dan doakan sis jadi pendidik. Rasa give up sudah nak mohon SPA. Harap ada rezeki sis jadi pensyarah.

08 nOV 2024
second last month duduk bumi bawah bayu
after this back to my hometown

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..