Nasihat untuk diri pada masa akan datang.
Assalamualikum..
Tadi saja aku google nama sendiri, tengok apa carian google bagi pada aku. Apa yang aku jumpa adalah keseluruhannya gambar wife pada mantan menteri kita dulu. Dalam banyka-banyak gambar wife mantan menteri, ada la terselit dua keping gambar aku. Aku try buka. Jumpa research paper aku dan satu blog supervisor aku sekarang.Aku buka dan scroll blog dia. Tengok pencapaian dia. Hebat.Tapi kehebatan dia tu tak jadi idola pada aku. Tak seperti aku tengok pensyarah-pensyarah lain yang aku rasa bangga dengan kejayaan diorang.
Supervisor aku, bagi aku bagus dia boleh bawa diri dia setinggi tu. Dia bawa nama kami untuk kejayaan dia, tapi bagi aku dia abaikan anak didik pada masa yang sama. Aku tak tau la benda ni hanya berlaku pada aku sahaja atau pada yang lain juga. Kawan aku time master dulu nampak stressnya, dia sangat la struggle sampai dapat anxiety. Cina kan diorang study hard. Aku, tak ada la anxiety. Tapi agak terkilan la sebab jadi banyak keluar duit untuk yuran sebab tak siap-siap thesis.
Kekadang, aku tengok sv aku aku terfikir. Mungkin juga tuhan nak nasihat aku. Ye la aku pun jenis orang yang suka kejar cita-cita juga, kekadang tertepandang di belakang. Jalan terus tanpa tengok orang lain. Mungkin ini nasihat awal dari tuhan. Esok-esok dan berjaya jangan abaikan anak-anak buah dibawah. Didik diorang sama-sama untuk bangun. Bukan hanya kita ja bangun sendiri. Aku naik anak-anak yang bertatih tu. Aku ingat lagi nasihat supervisor aku dulu time master. Cara pasangan yang sama-sama boleh support duduk bangun kamu. Bukan hanya dia sendiri ja terus berjaya tinggal kamu di belakang. Yup. Supervisor master aku dulu, bagi aku dia supervisor yang bagus. Aku rasa banyak aku dapat belajar dari dia walaupun master aku tu hanyalah 3 tahun. Ini phd dah nak masuk tahun ke5, tapi aku rasa tak banyak input aku dapat dari dia. Ya aku ingat semua kata-kata mendownkan aku ja. Kekadang memang malas nak buat meeting dengan dia sebab memang tau hasilnya memang tak ada apa aku dapat.
Aku harap sangat suatu hari nanti kalau aku jadi pensyarah, pendidik aku bukan jadi pendidik macam dia. Tapi aku jadi pendidik macam supervisor master aku dulu. Ya kata-kata aku adalah pendorong untuk pelajar aku terus bersemangat untuk terus berusaha dan berjaya. Bukan jatuhkan semangat diorang. Co supervisor aku sekarang pun ok juga. Cumanya dia tak cukup berani nak guide aku sebab study aku bukan bidang dia. Aku harap sangat aku dapat habiskan phd ni dengan jayanya. Pada masa yang sama, dugaan ini adalah cabaran pada aku supaya lebih berjaya lagi di hadapan nanti dan dapat kerja yang tetap dan stabil.
p/s: Malam ni ada team dari UKM datang Sabah untuk kajian red tide algae yang mana algae ni agak beracun dan membebaskan toksin disebabkan oleh mikro organisma yang ada padanya yang boleh menyebabkan hidupan laut mati bila makan algae ni dan shellfish akan beracun kalau manusia makan dia. Kesan dia akan menyebabkan manusia sesak nafas. So aku terlibat dalam kajian ni sebagai pembantu berbayar. Alhamdulillah ada la sikit duit poket. Kalau nak letak nama kitorg dalam paper skali pun dialu-alukan sangat. heeeeh.

Comments
Post a Comment