Belajar lah. Ilmu bukan dogeng kosong.
Assalamualikum...
Aku nak bercerita berkaitan housemate aku. Dia student phd bidang geologi. Sama dengan aku, kami asyik mengeluh berkaitan dengan bidang kami dan kerjaya yang ibarat orang tak pandang kami. Dugaan belajar tinggi ni sama tinggi dengan level dia. Lagi tinggi kau belajar lagi terhad bidang kerjaya kau nak masuk terutamanya di Malaysia. Dia pernah pergi interview Suruhanjaya perkhidmatan awam baru-baru ni jawatan Q41 pegawai sains geologi tapi kena reject sebab ada phd. Aku dulu pun pernah juga kena ayat yang sama interview penolong pegawai kurator kena reject sebab ada master. Kata penemuduga tu "Kamu tunggu la jawatan 41. Ada rezeki kamu ada la" tapi sampai sekarang nak habis phd dah pun belum ada. Tambah dia bercerita lagi, bidang dia sudah la terhad berapa universiti ja ada bidang geologi. Pemintaan pelajar untuk bidang ni pun dah tak ramai. Mungkin sebab peluang pekerjaan yang terhad, orang tak nampak dan yang ada pun banyak yang dah lari keluar bidang.
Berbalik pada housemate aku ni. Dia buat kajian berkaitan Salt lick di ****. Bila selalu masing-masing bercerita berkaitan kajian masing-masing sampai aku housemate dia pun dah terbelajar berkaitan batuan garam ni. Haritu dia masuk pertandingan poster under ***. So ada tengok-tengok poster dia sebelum dia tampal di pameran dan first time juga aku baru tahu yang dalam tanah biasa pun ada garam rupanya sebelum ni aku ingat di laut ja ada garam. Dalam pertandingan tu dia dapat emas untuk kategori alam sekitar punya. Sekarang, dia jadi pembantu kepada Prof dia untuk projek cari emas dalam ketulan tanah. Dia cakap prof dia tak detail kan pun untuk projek tu just bagi batuan suruh dia check apa material yang ada dalam batuan tu. Tapi dia boleh agak Prof dia cari emas sebab ada viral haritu. Siapa yang datang blog aku baca. Diam-diam dulu, sebab emas tu bukan yang ada nilai pasaran ya macam 914 atau 999. Diorang masih kaji lagi tu. Itu serba sedikit intro berkaitan bidang geologi dan housemate aku. Interest kan bidang diorang.
Lagi menarik bila kemarin diorang ajak turun lepak di office kolej. Ada sorang geng felo kami ni lelaki rajin betul dia baking. So ajak la ramai-ramai turun makan kek yang dia masak sambil main uno dan apa nama ntah yang blok kayu susun-susun kena tarik sampai runtuh tu.. Itu la permainan kitorang kalau lepak ramai-ramai selain gosip kolej yang tak pernah berkesudahan. Atau maain Were wolf samapai semua terpsiko sendiri, hilang rasa percaya pada orang tau main were wolf tu. haishh. Balik pada bab kita. Sebab sebelum turun aku terbaca berita yang pelancong india terjatuh dalam tanah jerlus di masjid india tu dan aku cerita la pada diorang. Waktu tu baru jadi dan masih belum ada artikel ulasan lagi dari mana-mana akhbar dan oarang ramai. Pastu housemate aku yang geologi ni buka la cerita yang tanah di KL memang tak selamat disebabkan oleh jenis tanah batu kapur. Mudah terhakis dengan air, semua. Di sini sendiri aku dah dengar juga cerita ada beberapa tempat yang tak selamat dari struktur pergerakkan tanah dan gunung berapa semua. Aku dengar terus rasa takut. Tapi itu la hakikatnya. Dunia kita. Sentiasa la berdoa untuk dilindungi sentiasa buka sahaja dari kejahatan jin dan mausia tapi juga dari bencana alam yang tak pasti bila akan berlaku dan terjadi. Sentiasa kita minta perlindungan dari Allah. Tapi bila aku dengar cerita dia dan terbaca pula posting orang berkaitan tanah di KL. Ya betul la seperti apa yang dia ceritakan pada kami.
Sekarang nampak tak, pentingnya ilmu. Walaupun tiada siapa yang nak ambil dia kerja. Tapi ilmu dia ada. Bila-bila pun boleh digunakan dan dikeluarkan sebab ada ilmu. Cuba tanya influencer yang syok bercerita sakan dalam tiktok dalam utube dan sebagainya tapi sekolah pun tak nak pergi, spm pun tak nak ambil. Agak-agak apa akan jadi akan datang dengan tiadanya ilmu. Contoh mudah sekarang yang boleh kita tengok keadaan di Pal*stin. Dari ilmu jugalah diorang boleh generate tenaga walaupun tiada sumber tenaga elektrik selepas negara mereka di serang. Dari ilmu juga la mereka dapat bekalan air bersih dari laut hasil dari proses penyulingan. Semua tu perlu ilmu. Tiada sesuatu datang sendiri tanpa mencari ilmu dan tanpa membaca. Cari la ilmu dan rajin la membaca. Kita akan nampak keindahan tu suatu hari nanti.
Aku tahu pembaca aku bukan dari kalangan adik-adik atau anak-anak. Aku harap kalau di sini ada dari ibu bapa didik la anak-anak untuk cintakan ilmu sekatlah penggunaan internet mereka yang kurang berfaedah. Jadikan mereka di kalangan ulat buku. Susah untuk jumpa budak-budak ulat buku sekarang. Semua terlalu bebas dengan telephon dan game. Takut aku fikirkan apa jadi dengan generasi akan datang.
Itu sahaja serba sikit celoteh aku. Harapnya lebih banyak orang-orang berilmu akan datang di Malaysia. Harap juga Malaysia sendiri tiada memandang entang pada ilmuan Malaysia dan menggunapakai sepenuhnya ilmuan yang ada. Kebanjiran pakar dari luar negara juga merupakan faktor dan penyebab ilmuan dan kepakaran di Malaysia disia-siakan dan peningkatan pengangguran bagi golongan phd di Malaysia.

Comments
Post a Comment