Barang yang lepas jangan di kenang
Assalamualikum..
Aku tak tahu sebenarnya macam mana nak sampaikan pada kawan aku untuk dia lupakan je la benda lama-lama. Ada benda yang boleh di ingat dan ada benda yang biarkan je la berlalu jadi kenangan. Terlalu mengimbau pun kadang benda tu merimaskan dan boleh jadi toksik pada diri. Bagi aku masa lalu adalah masa lalu. Masa sekarang yang perlu kita hargai dan jadikannya lebih baik kedepannya. Tapi bila aku cakap, dia salah tafsir. Kata aku terasa dengan orang sebagainya.
Bagi aku hidup kita ibarat drama atau novel bagi yang baca novel dan tengok drama. Setiap perjalanan hidup kita ada chapter dan topik yang tersendiri. Aku boring la jenis baca novel yang banyak flashback tu. Dah jalan ke depan, sekali pandang balik belakang. Bila nak habis jalan cerita. Aku nak novel atau drama yang jalan terus untuk kita tau ending. Kalau ada flashback pun mungkin untuk kita faham jalan cerita sikit-sikit supaya boleh betulkan jalan cerita di hadapan. Itu je aku mahu. Mungkin boleh la sikit untuk jadi kenangan tapi, tolong la hargai jalan kedepan. Sebab masih banyak yang menarik yang kita belum nampak. Contoh, kau lumba lari tapi kau asyik pandang belakang sambil lari. Agak-agak boleh menang tak dalam perlumbaan tu?
Aku pernah baca artikel, dia cakap barang lama-lama pun tak elok untuk kita simpan. Lama-lama akan jadi toksik pada diri sebab dia akan serap tenaga seseorang tu. Aku tak tau la macam mana dia serap. Tapi kekadang aku rasa, pendapat aku sendiri aku penat tengok barang-barang aku yang lama banyak dan tak berguna. Bila aku tengok aku sendiri rasa penat. Tetiba mula la aku fikir esok-esok mati kena tanya barang-barang tak digunakan tu macam mana. Sampai kesitu sekali aku fikir. Tapi tu la untuk lain-lain mungkin bagus mengimbau kenangan tapi tengok pada keadaan la. Reunion ka apa ka jumpa kawan ramai-ramai untuk sembang topik tu ok. Mesej setiap hari cerita topik tu aku rasa penat. Penat sebab kita banyak benda lain lagi kita serabut. Usia bukan muda dah. Banyak benda nak kena fikir. Walaupun bujang still kena fikir tentang keluarga. Walaupun tak ada kerjaya tetap masih kena fikir tentang duit dan kerjaya. Itu tak termasuk lagi keadaan sekeliling yang menyerabutkan otak. Tak ada masa la nak fikir benda lepas-lepas banyak-banyak hari.
Aku bukan bermaksud nak kejam tapi aku tak tau nak sampaikan. Kalau rasa aku pendengar yang baik dulu, asekarang aku rasa aku bukan pendengar yang baik. Hati aku sentiasa memberontak dengan keadaan persekitaran. Apatah lagi bila aku serabut orang bercerita berkaitan diri mereka. Menebal tau aku nak lari dari orang. Bila meningkat usia ni dengan kau dah tengok macam-macam keadaan orang sekeliling. Kekadang aku rasa tak layak untuk untuk orang dengar masalah aku sedangkan diorang sendiri ada masalah. Kadang masalah diorang pun tak selesai apa lagi nak dengar masalah kita. Hanya satu je tempat yang layak mendengar segala masalah kita. Satu je. Korang pun tahukan siapa. Hanya dia yang Esa, Maha mengetahui. Aku letak harapan dan kepercayaan aku padaNya.
Bukan bermaksud aku nak tunjuk alim ke apa. Tapi kadang-kadang tu renung pada diri sendiri dan apa yang dilalui. Tercapai atau tidak? Tercapaikan tapi lambat perlu melalui banyak jalan sebelum ke titik tersebut.

Comments
Post a Comment