First sem defer tapi dah nak kena start projek..

Bismillahhirahmanirahim..

Aku bajet bila defer first semester, boleh la aku relax-relax dulu and start sikit-sikit untuk pengajian phd aku akan datang.. macam entry aku sebelum nie dah cakap.. semester nie aku terpaksa dulu defer pengajian aku memandangkan aku belum cukup lagi duit untuk mendaftar masuk.. tapi aku dah start sikit-sikit proses berkaitan dengan kajian aku.. dan minggu nie dan minggu lepas juga aku dah start bersua muka dengan sv-sv aku untuk berkenalan.. berkenalan la sangat kan.. hahaha.. sv aku cakap bagus la aku defer sebab bulan nie dah makan bulan sikit.. dan lagi bagus aku dah start pre study awal untuk aku kenal kajian aku...


berkaitan kajian aku.. kalau korang baca dari entry yang lepas-lepas.. korang akan tahu macam mana aku dapat tajuk kajian.. dan kajian nie buka datang dari main supervisor aku... so situasinya macam aku baru nak kenal tajuk nie.. dan supervisor aku pun belum jelas lagi dengan tajuk kajian nie.. so sama-sama tak tau sepenuhnya lagi dari kajian ini sebab aku dapat tajuk nie daripada dr kontark dengan mpob tue.. so perjalanan kajian memang betul-betul bermula dari A.. compare dengan sebelum-sebelum nie yang mostly kajian adalah sambung dari kajian doc-doc yang bakal jadi sv aku.. so lagi mudah la compare dengan yang sekarang yang mana banyak yang aku betul-betul kena cari dan semak sendiri dulu sebab tajuk yang tak banyak orang buat paper.. novelity tinggi la kiranya..

tapi yang jadi masalah sikit pada aku bila aku defer kemasukan tue.. memang situasinya jimat duit aku sebab tak bayar yuran lagi dengan tempoh pendeknya.. tapi ada sesetengah perkara agak menyusahkan aku.. antaranya :
1.untuk masuk dalam library... hari-hari kena tegur dengan oleh penjaga kaunter tentang kad matrik... kenapa xdapat lagi.. dah tanya bahagian akademik belum.. dah push diorang ke... hakikatnya aku tak mendaftar lagi macam mana nak dapat matrix.. kalau tak datang library rasa macam boring gila pula duduk di bilik.. then aku nak juga buku n sumber-sumber yang berkaitan kajian aku.. kalau duduk library banyak benda aku dapat cari internet aku dapat access juga.. 

2. penginapan.. yea la kawan aku cakap okey ja tumpang dia.. tapi segan juga la aku kalau setiap kali datang ukm nak start pre-study/pilot study kena tumpang dia.. dia cari bilang sorang untuk keselesaan dia tetiba aku pula hari-hari datang tumpang dia.. dah la aku punya habit suka duduk dalam gelap.. so sikit sebanyak akan ganggu dia la... 
so nie la antara yang aku kena fikir-fikirkan dan dapat-dapatkan sebabnya aku nak sambung study.. kalau boleh jangan la nak menyusahkan orang dalam perjalanan tersebut.. sebab benda tue sendiri buat aku tak selesa pada diri aku sendiri..



seterusnya sv aku suruh aku start suruh aku arrange untuk buat pilot study.. nak tahu kesahihan kumbang tersebut.. mostly sv aku dua-dua excited dengan tajuk kajian tue.. sebabnya kajian-kajian nie sangat berkait rapat dengan bidang diorang... so diorang sangat excited.. cumanya progess tue aku kena jalankan betul-betul dan dalam masa yang sama diorang nak try cari geran untuk projek nie.. moga-moga dapat la.. dapat la support kewangan aku juga sikit-sikit.. so skrg buat planning and start cari journal-journal mana nak publish.. amboi.. semangat mak...

p/s: aku baca sekarang untuk nak dapat peluang jadi pensyarah sekarang nie susah sebabnya banyak graduan phd sekarang diluar sana.. so kuantiti bukan benda utama yang diukur tapi kualiti tue.. so nak taknak dalam phd aku nie aku kena banyakkan publish paper.. persiapkan diri dengan conference dan sebagainya.. terlibat dalam mana-mana agensi dan kalau nak jadi lecterur belajar untuk mengajar... cuba untuk terlibat dalam pembelajaran kelas.. itulah antara aku baca.. okey jumpa dalam next entry.. phd n lecturer in wishlist...


Aras 5, Perpustakaan Tun Seri Lanang
13:16 28032018
planning for pilot study...


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..