Lemah english macam mana jadi siswazah..

Assalamualikum..

Hai hari ni aku nak kongsi sedikit tips untuk siswazah yang mengalami masalah dalam penguasaan bahasa inggelish. Aku menggunakan siswazah merujuk kepada lepasan degree yang ingin melanjutkan pelajar ke peringkat master dan phd by research. Sebabnya term atau sebutan bagi setiap universiti adalah berbeza contohnya upm sendiri panggilan bagi siswazah adalah siswazah dan postgraduate manakala ukm term kebangsaan lah, siswazah dan  ums pula memangil dengan nama pascasiswazah, so setiap universiti adalah berbeza panggilan. Kenapa aku petik untuk by research je, bagaimanapula dengan coursework and mix mode? ermm.. sebabnya coursework dah biasa lalui sepanjang degree kan.. mesti dah pandai handle.. macam tue juga mix mode. Tapi untuk research maybe perjalanan yang baru dan akan banyak bertemu dengan pelbagai bangsa dan negara dan juga akan berlaku gelabah tak bertempat.. so sekarang kita cuba atasinya, okey? Panjang pula celoteh disini kan....

Masih dalam intro, kalau rimas nak tips je boleh langkah terus ke bahagian point dibawah sekali. tapi bagi sesiapa nak kata-kata semangat dan motivasi, boleh teruskan pembacaan.

Aku memang tak pernah suka dengan bahasa english ni..   masalah yang amat sangat dalam bi, dan tak kuasai langsung. Boleh pula letak perasaan benci.. bertambah-tambah la tak bolehnya dengan subjek english.. Diploma still boleh survive sebab belajar masih dalam bahasa melayu, degree dah mix english and bm tapi mostly english la.. sampai lecturer cakap pun kekadang aku paham lain..  kekadang bila discuss balik lepas kelas..jauh tersasarnya pahaman aku dalam kelas dengan pahaman kawan aku.. mybe tu juga sebab result degree aku tak cantik sangat.. aku dah cerita awal masalah aku dekat supervisor aku time fyp aku time degree.. dia cakap usaha.. ''english memang bukan bahasa native kita, tapi kita boleh cuba dan usaha.." dan dia pernah cakap juga "berapa ramai orang yang study overseas yang penguasaan english diorang lemah, tapi boleh je berjaya.. so kamu pun boleh.." so disebabkan kata-kata dia, aku cuba dan aku sambung master aku bawah dia.. 

English aku memang berterabur habis.. bukan terabur sebab terer.. tapi terabur yang semak.. past present bercampur habis.. pening orang membaca ayat..  so macam mana nak hadap journal international, orang baca pun susah faham.. macam mana nak writing thesis dan macam mana nak hadap conference  banyak nak bentangkan ke international.? so diri sendiri kena cuba dan bersedia.. so apa kena buat? ini yang sis cuba..

1. MEMBACA. Paling penting untuk improve vocabulary adalah membaca. waktu membaca jangan membaca menonong je. Tapi belajar pengunaan bahasa dan ayat dia. dalam masa yang sama CATAT perkataan-perkataan baru yang dilihat dan tidak difahami.

2. CATAT atau CATIT? Maksudnya disini tulis semula perkataan yang tidak difahami tadi hasil dari bacaan, semestinya jornal yang kita bacalah.. selain buat nota kecil di atas perkataan tersebut buat juga di buku catatab lain untuk kita perhatikan setiap hari. ini langkah untuk menambahkan vocabulary bagi membantu dalam penulisan dan percakapan.

3. DOWNLOAD APP DICTIONARY. Tak kisahlah dictonary apa version pun asalkan ada dan boleh bantu kita setiap masa.. macam sis sendiri.. memang ada 2 , 3 app kamus dalam phone.. tapi yang selalu guna dan paling mudah adalah google translate..  bukan saja boleh terjemahkan dengan cepat malah kita boleh belajar sebutan dia juga.. (ada juga app lain yang macam ni, tapi kena cari la..)

4. dah baca, dah catit, sekarang kita MENULIS pula. tulis je dulu apa idea kamu dalam english. lepas tulis baru check semula setiap ayat grammar tersebut dan betulkan.

5. betulkan sendiri, selalunya tak semestinya betul. kekadang kita akan rasa syok sendiri sedangkan orang tak paham pun ayat kita.. time ni, MINTA BANTUAN KAWAN untuk menyemak. higlightkan apa ayat yang tak betul tue dan betulkan semula. selepas sudah dibetulkan mohon lagi bantuan kawan untuk check semula.. tak kisah la kawan atau saudara.. 

6. last barulah TUNJUKKAN PADA SUPERVISOR. puas hati atau tidak dengan hasil penulisan kita.

7. Ada juga sesetengah supervisor taknak membaca tulisan pelajar selagi english tak excellent.. (dia ingin dia lahir terus pandai ke apa? hah... #bongkak) pelajar boleh gunakan BANTUAN PROVE READ untuk check penulisan kita tue dan itu sangat memerlukan kos yang tinggi..

8. untuk persedian conference perlu banyak practise bercakap, banyak baca info berkaitan dan mendengar (boleh belajar dari movie english and listen english songs)..

okey itu saja tips dari saya selamat maju jaya.. sampai sekarang pun sis mengaku sis masih lemah lagi dalam penguasaan bahasa english nie.. tengok sendiri la ayat english dalam blog ni semua barai.. tapi sis tak pernah give up untuk terus cuba dan melangkah.. cuba yang terbaik okey.. good luck!!!






The long little Kabin,
Institute for Biology Tropical and Conservation
10:26  26092018
As usual, I'm alone at my cabin and a cool environment...





Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..