Langkah pertama phD..
Bismillahhirahmanirahim...
Tanggal 22hb mac 2018 sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi UKM dengan status separuh sah dan tidak sah.. pelik x? pelik kan... kenapa gitu.. sebab yang jadi sah tak sah nya sebab aku dah dapat surat tawaran untuk sambung pengajian aku tapi aku buat penangguhan pengajian ke semester seterusnya... so pengajian aku bukan bermula sekarang.. next semester baru start.. dan sekarang aku dah ada di UKM..
Sebab pertama aku tak mulakan sekarang
1. sebab yuran terlalu mahal.. yuran dia hampir RM4k.. RM3994.. aku masih perlu kumpul banyak lagi untuk cukupkan jumlah tue.. masih memerlukan RM3K untuk memulakan pengajian so nak tak nak aku kena defer dulu pendaftaran untuk semester nie...
2. aku masih ada kelas tuisyen.. yup kelas tuisyen je yang mampu memyumbang aku sambung pengajian aku ... so nak tak nak aku kena tambah duit dari situ..
3. aku nak puasa and raya tahun nie dekat rumah dengan lebih lama sikit.. so next-next years for sure aku kena stay kat kampus puasa kan.. so hargai masa yang ada.. tue antara sebab sebab aku tangguhkan penggajian aku untuk satu semester..
Sebab kenapa aku isi pengajian awal pula sebelum duit cukup kerana;
1. aku tak berminat nak kerja dengan insuran
2. umur aku semakin meningkat kalau aku tak ambil peluang untuk sambung pengajian sekarang aan datang aku tak boleh nak apply biasiswa untuk sambung pengajian sebabnya syarat bagi scholarship mesti bawah 35tahun.
3. pemohonan aku sebagai pensyarah mostly kena reject sebab diorang nak orang yanga da phd..
3. pemohonan aku sebagai pensyarah mostly kena reject sebab diorang nak orang yanga da phd..
4. sekarang scholarship mybrain tengah buka, so mestilah aku kena grab peluang nie..
Kenapa aku ada di UKM sekarang sedangkan tak mendaftar pun pada tarikh yang ditetapkan..
1. macam jawapan aku di atas tadi, scholarship mybrain tengah buka sekarang.. so macam mana keadaan pun aku kena datang ke UKM untuk uruskan segala cop-cop di bahagian pengurusan pengajian akademik bagi pemohonan mybrain dan pengesahan supervisor juga...so aku kena siapkan sebelum akhir bulan nie..
2. sesi pengenalan dengan supervisor-supervisor aku dan proses penyediaan proposal dan pengenalan awal kepada penyelidikan itu sebab aku datang sini..
3. start la kenal2 tempat yang bakal menatap dan belajar nie...
Dua sebab yang teratas tue menyebabkan aku kena ada di ukm pada masa sekarang nie.. dan dua sebab tue juga aku tengah settlekan dalam masa dua minggu nie.. proses-proses bagi pendaftaran akan datang tue dah settle.. cuma aku masih tunggu feedback berkaitan penginapan akan datang, respon dari bendahari untuk hantar segala maklumat ke mybrain dan juga main motif aku datang UKM nie.. iaitu penyelidikan aku.. nie yang paling rumit.. nanti aku akan ceritakan pengalaman first semester defer tapi dah mula start projek sikit-sikit.. next entry okey.. nak mandi jap...
106, Kolej Baharudin Helmi
10:30 27032018
memikirkan masa depan...106, Kolej Baharudin Helmi
10:30 27032018
Comments
Post a Comment