Mana hilangnya aku dilaluan ini....? #phd

Assalamualikum...

Baru satu semester perjalanan aku dalam pengajian ini.. bermula september dulu dan kini melalui disember.. empat bulan perjalanan  aku mula rasa peritnya.. gusar.. dan tidak menentu rasa hati.. pada kiraannya mula pengajian dulu.. aku rasa semuanya mampu aku tanggung.. tapi kian hari elaun yang aku dapat aku rasa sempit dengan hidup aku.. tak cukup.. apa masalah sebenar disebalik semuanya...  adakah disebabkan aku selalu mengungkit-ungkit disebabkan wang ringgit..

1. KEWANGAN. pengajian aku kini dilanda masalah dengan kewangan walaupun aku dapat  bulan RM2.5k sebulan.. mana hilangnya wang tersebut bulan-bulan.. sebab tidak cukup.. mana dengan yuran pengajian.. mana dengan hutang ptptn.. mana dengan tempat tinggal.. dan juga makan..

2.PENGAJIAN. kenapa semangat aku tidak tinggi sebagaimana pengajian aku diperingkat master dulu? mana hilangnya semangat aku untuk menjadi seorang penyelidik. mana? hari-hari aku rasa kosong. aku rasa tidak menentu. tiada pengisian  dan perjalanan hidup hambar dan tidak tentu.. walaupun aku tahu aku dalam penyelidikan.. tapi fikiran aku tidak kearah itu mana semangat aku?

3. SEMANGAT. semangat yang hilang lagi teruk dari hilangnya butir kata. betul. aku ingin kembali semangat itu. semangat sebagai penyelidik. untuk aku terus bangkit dengan cita-cita yang aku inginkan. aku sekarang bagaikan samudera tanpa hala tuju bergerak tanpa pedoman. tidak tahu mana arah yang harus aku pergi sedangkan jalannya pernah aku lalui sebelum ini. aku tahu tapi aku sangsi. hati aku berat untuk membawa kau pergi. sedangkan dulu aku sendiri yang pilih untuk bergerak ke situ.

Adakah aku salah membuat pilihan lagi. persoalan yang sama bermain kembali. tidak! aku pasti ini perjalanan yang harus aku lalui. aku percaya pada takdir ini. ada rahsia dan hikmah yang perlu aku terokai dalam perjalanan ini yang membawa aku ke suatu arah yang aku sendiri belum pasti.

Ya Allah kuatkanlah hatiku... kau beri aku kesabaran yang kuat dan keteguhan iman dalam melalui perjalanan ini.. sesungguhnya aku tidak tahu apa yang ingin kau tunjukkan padaku dalam perjalanan ini.. walaupun aku rasa sukar.. kau bantulah aku.. kau berikanlah kekuatan, hidayah dan keimanan pada aku supaya tetap padaMu.. dan permudahkanlah jalanku ini... mencapai apa yang aku inginkan.. dan menunaikan harapan kedua ibubapaku untuk melihat aku mempunyai kerjaya suatu hari kelak..  Ya Allah padamu aku mohon bantulah aku.. bantulah aku... amin ya rabbil alamin.....




Small tidy room (tidy > sebab baru kemas)
Blok I, Angkasa Apartmen
01:40 12122018
Dalam langkah mencari semangat diri...

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..