BantuanNYA....

Awal Februari haritu, aku berblog walking... tujuannya nak mencari kerja dalam betul-betul bidang aku... sebabnya aku rasa penat, bekerja dalam bidang yang aku tak minat memang selalu melahirkan rasa penat dalam diri aku.. rasa menyampah dan rimas.. so aku rasa, aku perlu keluar dari kepompong nie...

ye.. memang aku berazam nak sambung phd.. tapi jarak untuk aku ke situ masih la panjang... so kalau boleh dalam masa 6 bulan sekarang aku nak cari benda yang berguna untuk hidup aku dan dalam bidang aku... 

so.. dalam tengah berjalan-jalan mencari bidang kerjaya aku.. terjumpalah satu blog nie.. cerita berkaitan dengan kerjaya dalam bidang aku.. aku excited nak baca blog dia sebab nak tau info mengenai bidang aku.. kebanyakkan dalam blog dia, mencerita perkaitan dia dengan kerjaya dalam bidang tue tapi yang tak bestnya dia tak terangkan secara detail.. dia banyak  bagi pembayang je dan kita pembaca kena cari sendiri secara detail info dan maklumat tue.. mostly ramai la budak-budak sekolah contact dia tanya tentang bidang tue dan suruh dia email balik.. so, aku yang memang dalam bidang tue susah la nak tanya detail.. sebab aku dalam bidang tue.. bila aku dah  tau apa keadaannya pahit mau nya bidang tersebut.. so aku xtau macam mana nak bertanya so aku bagi soalan yang sama macam budak sekolah bagi.. then lepas dia replay... baru lah soalan sebenar aku keluar as a aku sendiri... dan menyatakan permasalah sebenar.. dia reply.. tapi tak menjawab pertanyaan aku... dia suruh aku wassup dia untuk jawapan...

first aku tak berani.. tapi aku try juga.. aku cakap aku yang bertanyakan soalan pada dia dalam email.. hahha.. macam kurang ajar lak.. macam la aku sorang ja tanyakan soalan pada dia kan... orang femes de amor... not sure either dia pasti aku ke sapa.. terus dia tanya soalan dah habis study ka? berapa banyak dah paper publish... tajuk study? then dia suruh aku writing untuk majalah bagi add-in value dalam resume aku.. also he offer me to further study under him.. omg.. aku delima... sebab dah rancang dengan doc bad... walaupun tajuk study yang doc bad bagi tue, aku rasa macam kena pikir2 banyak kali...

sembang punya sembang dengan dia.. dia suruh aku sambung study under lab.... sambang punya sembang punya sembang lagi.. dia ajak aku buat buku butterfly n moth sekali.. wow.. perancangan dia memang best-best.. memang perancangan yang pernah aku cita-cita dan idamkan dulu-dulu.. dan geng2 aku pernah buat aku give up gak sementara dulu sebelum aku sedar... aku harap sangat segala rancangan dia tue menjadi... dan aku harap juga perjalanan tue adalah baik-baik saja.. insyaallah.. dan harap juga dia boleh jadi co-sv yang supportive untuk aku.. sebab eden takut nak masuk liku ini... 

sometimes kan.. aku rasa terharu, sedih dan bersyukur sangat dengan rahmat Allah.. sebab apa? sebab kekadang tanpa sedar dia betul-betul hadiahkan aku apa yang aku nak dulu.. tanpa kau sedar waktu tue.. memang pelangi tue muncul lepas hujan.. waktu kau tak minta.. tapi percayalah pelangi yang wujud itu tiba di waktu yang sesuai yang mampu membawa khabar gembira buat kau... yea memang aku tak patut terlebih gembira dengan benda yang belum pasti.. tapi aku bersyukur, tuhan sedang tunjukkan aku jalan supaya aku terus bersemangat kejar cita-cita yang aku inginkan....

last... suka aku nak kongsikan ayat dari surah al insyirah..

"Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?.Dan kami pun telah menurunkan beban daripadamu. Yang memberatkan tanggungganmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (daripada melakukan sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." - Al- Insyirah.

so... tetaplah berusaha dengan apa yang kita impikan.. sesungguhnya Allah sebaik-baik perancangan..




My Sweety Room, Villa Field
20:52 24022018
terharu dan bersyukur..




Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..