Cikgu Paling Best...


Tengok tajuk kali nie... meletops tak kau.... hahahha...

Alhamdulillah, setahun tiga bulan mengajar di Pusat Tuisyen Ajyad.. Alhamdulillah juga para pelajar pun boleh terima apa yang aku ajar... TAPI!!!! awat hampa tak pandai-pandai lagi hah!!.. puas cikgu menjerit tau.. nak bagi ampa paham...
okey...take u time, students... xpa cikgu bagi masa kat ampa dulu.. tangkap apa yang cikgu ajar.. nanti upsr, pt3 dan spm ampa tunjuk result the best, 'A' tue kat cikgu tau...

Sebenarnya, dua minggu lepas pusat tuisyen bagi kertas kat semua student2 kat pusat tuisyen suruh diorang tulis cikgu mana yang diorang suka dan kenapa.. so antara cikgu-cikgu subjek, diorang pilih cikgu subjek matematik dan sains cikgu yang diorang paling suka.. yes of couse it's me, science n math's teacher.. dan aku pun pelik.. kenapa diorang pilih aku.. sedangkan aku tgk diorang nie mengantuk jew dalam kelas.. siap aku cakap nak buat tabung tido.. sapa yang tido lagi dalam kelas kena masuk duit 50sen.. hujung bulan dah boleh buat makan-makan dah gini gayanya...

aku ajar sains untuk semua kelas dari darjah 6 hingga tingkatan 5 dan matematik aku ambil tingkatan 1 hingga 3 sahaja... sebab first, aku dah tak ingat untuk subjek tingkatan 4 n 5 sebab tue xnak ambil kelas tue dan malas nak fikir dan ulangkaji balik... second, matematik pmr dulu aku tak dapat perform dengan baik so sekarang,  macam nak tuntut semula la dari pmr dulu dengan belajar balik subjek mate pmr sambil tue, mengajar diorang supaya diorang ganti aku untuk perform yang terbaik untuk PT3 nanti.. dalam masa yang sama boleh kembangkan otak aku juga dengan kira-kira, sebab aku rasa otak aku xcukup dengan membaca.. dia pun perlu excercise juga supaya seimbang sikit...

Walaupun students aku tulis yang diorang suka cara aku mengajar.. contoh ayat diorang, suka dengan cara aku mengajar, mudah paham, menarik, best, saya memang suka subjek ini dan sebagainya... tapi aku still ada perasaan tak puas hati.. yang mana aku tengok ada sesetengahnya  performance positif  dan sesetengah lagi masih blur melayang-layang dalam kelas.. dan bila aku tanya, tak cakap apa langsung dan sebagainya... so aku rasa tak puas hati.. niat aku memang aku nak mengajar diorang sampai boleh.. sebab aku suka nak bagi ilmu.. tapi kekadang give up gak bila takde feedback dari diorang nie.. puas pikir dah aku nak buat macam mna bagi diorang aktif dalam kelas especially ting 3 dah la xlama lagi dah nak exam... memang buat aku risau...

Bila tadi, time meeting tuisyen diorang tanya aku apa aku buat hingga majoriti student pilih aku sebagai cikgu paling best...?  Bagi aku, aku tak ada jawapan tue.. sebab sebelum nie pun aku pernah tanya student.. apa subjek yang paling kamu suka.. rata-rata jawab sains sebabnya diorang cakap diorang suka haiwan dan tumbuhan bintang dan planet.. itu jawapan students sekolah rendah.. tapi memang pun, sbb aku nampak juga kalau bab-bab berkaitan pengiraan dan elektrik memang diorang tak suka kata mengantuk la. itu la ini la.. banyak alasan diorang.. then bila aku buat eksperimen depan mata diorang dan diorang nampak baru diorang suka.. itu pengalaman sekolah rendah.. yang menengah pula diorang jenis curiosity yang tinggi untuk tahu sesuatu benda..  contoh.. kenapa sulfur bila dibakar jadi sulfur oksida... so kita kena pandai explain untuk diorang paham dan kaitkan dengan persekitaran yang sesuai dengan situasi diorang... bukan sekadar ikut skema buku macam menghafal.. lepas diorang paham.. nampak la diorang lagi berminat nak belajar next topic sebab nak tahu yang lain pula dengan lebih lanjut.. so aku rasa explanation tue penting kot untuk tarik minat pelajar... so kita pun kena pandai kaitkan topik dgn topik yang berkaitan sebelumnya dan persekitaran supaya diorang nampak tahu dan minat..

Tingkatan 1,2,4 dan 5 walaupun result xde la tinggi sangat tapi  dah nampak performance diorang.. cuma tingkatan 3 bagi aku merisaukan.. dah la kelas diorang paling ramai.. dalam masa yang sama kelas diorang paling aku rasa krik... krik.. untuk mengajar.. cikgu-cikgu lain pun perasan sebab kelas diorang nampak suram dan senyap sepanjang sesi pembelajaran hanya dengan suara aku mengajar.. baca soalan dan jawapan sendiri.. alahai.. paling sunyi.. sampai sekarang aku asyik pikir macam mana nak tarik minat belajar diorang.. sebab ada 2,3 orang je yang buka mulut.. dalam kelas tapi bila yang lain senyap diorang pun start senyap.. aku tanya soalan pun tak jawab...  lama-lama yang lain senyap.. diorang pun jadi senyap juga dan tak bermaya.. so skrg kelas diorang la paling aku pening nak tarik minat macam mana... stress nak exam ka apa... tingkatan 5 okey pula.. walaupun jz 3 orang je students... still bagi good performance sepanjang sesi pembelajaran walaupun ada benda yang diorang  still x expert.. 

itu la perangai student aku.. okey sekian dulu dari the best teacher part 1 (apa yang best nya? ntah la)... nnt sambung lain.. maghrib woii.. maghrib.. sebelum tue kita kasi sedut sikit sesi dalam kelas haku... gehee.. buat kenang kenangan nanti... cannot upload video la... kasi gambar ja dapat...




My lovely room, field village
20:07 29042018
Being a part of educator...
Waiting for an officially lecturer.. aceeeeh...
Aamiiiinn..... InsyaAllah..



Comments

  1. 😍😍Dari situ boleh nmpak mengorbanan seorang guru berusaha untuk muridnya cemerlang😄.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..