Kongsi cerita cita

Suara hati  1#:

Dulu dalam hati pernah terdetik.. kalau aku belajar pandai-pandai.. tinggi-tinggi.. jauh-jauh.. suatu hari nanti aku balik kampung, aku nak cerita pada generasi baru di kampung.. macam mana perjalanan mencari ilmu tu.. apa pahit getir yang perlu kita tempohi.. aku nak ceritakan balik pengalaman aku supaya mereka-mereka yang dengar boleh ambil pedoman dan pengajaran supaya buat persediaan pada perjalanan mereka atau generasi yang akan datang...

alhamdulillah.. dua tahun aku menganggur.. tuhan bagi peluang pada aku untuk aku tunaikan impian  aku dengan berkongsi pengalaman cerita perjalanan itu... dengan berkongsinya pada pelajar kelas tuisyen aku.. ada yang mendengar dan menerima.. dan ada yang mendengar dan jadikan olokan bagi mereka.. tak kisahlah.. asalkan kau sedar perjalanan ini banyak cabarannya.. walaupun kita berada dalam zaman yang serba maju dan moden...

pada golongan ibu-ibu pula.. pengalaman aku ibarat suatu perbandingan dengan anak-anak mereka.. apa perlu pahit getirnya seorang perempuan lalui? bina keluargalah, itu yang terbaik bagi wanita.. sekiranya ingin menjadi wanita yang bekerjaya.. jadi saja office women.. yang mempunyai masa secukupnya untuk keluarga...

setiap manusia pandangan kita berbeza.. kadangkala kerja yang mudah ibarat batu menindas kepala kalau mengerjakan sesuatu yang tidak rela.. aku rasa sakit hidup dikalangan manusia.. biarlah kita dengan cerita kita sendiri asal hidup kita selesa dirasa.. aku rasa pilihan aku tepat.. yang dulu aku musykil dengan kerjaya aku.. aku mohon aku ada rezeki kerjaya aku disini untuk teruskan.. sebagai penyelidik yang mana hidupkan dengan flora dan fauna.. bukan homosepian sahaja!!...


Long little Cabin
Institute for Tropical Biology and Conservation
UMS, Sabah
12:18 08102018
Try to apply for a research permit in Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..