Persedian PHD
Bismillahhirahmanirahim...
Phd buka suatu halatuju yang mudah.. untuk seseorang inginkan gelaran doktor falsafah tersebut.. dugaan akan datang dalam keadaan pelbagai cara.. yang mana ia merangkumi pelbagai benda, fizikal mental, kewangan dan mungkin juga kasih sayang orang sekeliling.. cabarannya juga sangat tinggi.. dan sebelum masuk ke gate perjalanan tue lagi.. ujian dah mula kunjung tiba.. aku ada rasa aura-aura dia.. menyebabkan aku kena ambil nafas dalam ibarat nak menyelam ke laut dalam yang tak pasti risikonya kat mana.... dan nafas itu mampu bertahan tak dengan kedalaman selaman aku.. kalau mampu alhamdulillah, aku dapat mutiara yang bermutu tinggi dari hasil selaman aku.. tapi kalau tak mampu antara dua pilihan yang aku bakal alami.. pertama mungkin dapat timbul dipermukaan dengan selamat dan kedua mungkin \akan lemas dipertengahan perjalanan.. itu risiko yang bakal kena hadap dalam perjalanan phd ini.. tapi apa-apa pun berusaha, tawakal dan berserah pada Ya Rabb.. insyaallah.. dia akan bantu kalau kita sendiri betul-betul mengharap padaNya.. dan terus berusaha...
Itu pengenalan, yang pasti sebelum memulakan pengajian dalam mana-mana pusat, kenalpasti syarat-syarat bergraduat bagi pusat pengajian tersebut.. kalau UPM aku familiar sikit sebab dah biasa kenal-kenal dengan student phd so banyak la dengar cerita dan pengalaman diorang..
syarat bergraduat phd upm:
1. Proposal defense semester 1 atau 2 wajib lulus.
2. Comprehensive exam semester 2 atau 3 wajib lulus (exam berkaitan kepakaran bidang kita, jawab exam dan present depan examiner. doc yang pakar dalam bidang tersebut)
3. Dua paper publish satu paper under review.
-tamat boleh graduate-
syarat bergraduat phd ukm:
1. Tak ada proposal defense (ini aku takut method salah, lepas dah habis collect data macam mana)
2. Wajib untuk join kolukium semester 2 atau 3 ( macam conference la untuk bentangkan hasil kajian kau setakat mana yang dah buat.)
3. paper aku tak sure lagi berapa paper wajib pusblish n under review.
*aku masih belum banyak input lagi dengan syarat2 pengajian diorang.. so aku kena caru lagi..
kenapa kita perlu tahu semua syarat nie?
Jawapannya mudah, untuk prepare, tidak buang masa dan cepat bergraduat.. cuba fikir, masa tak pernah tunggu kita.. dia tetap berjalan hari demi hari.. cuba fikir semester 2 kau baru sedar yang kau kena join itu ini untuk bergraduat.. itu akan gelabah biawak jadinya.. seterusnya bab paper, itu paling kau kena prepare awal-awal lagi.. kenapa? sebabnya paper bukan ambil sehari dua untu accepted so benda tue kau kena beringat awal untuk bergraduat.. sebab benda nie la yang membuatkan seseorang kekadang tergantung dari dapat sijil atau konvo.. sebabnya belum cukup paper... so kena beringat tentang tue..
my sweety room, field villlage
00:17 11042018
lepas tanda paper exam budak2 tuisyen, ngantuk dah weh.. zZZZ...
Comments
Post a Comment