Aku dan Penulisan..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Aku sangat berminat untuk bercerita..
Bercerita dan menulis bagi aku adalah sesuatu yang menarik dan boleh jadi kenang-kenangan pada kita untuk masa hadapan dan hari mendatang.. tak kisah la pada kita atau orang lain.. bercerita sebenarnya adalah sebuah perkongsian bersama bagi sesiapa yang sudi untuk mendengar.. kekadang aku rasa lucu sendiri... apabila membaca semula semua cerita yang aku tulis.. terutama dalam blog dan dairi.. sebab kebanyakkan cerita aku adalah apa yang aku impikan dan apa yang terjadi pada aku pada ketika itu.. semua tue kenangan.. kenangan yang mungkin tak boleh dibeli oleh orang lain...
aku pelupa orangnya.. terutama benda yang aku benci.. aku akan cepat untuk lupakannya.. alhamdulillah untuk itu.. tetapi kekadang benda yang baik pun aku cepat lupa juga.. sebab dah terlalu taksub dengan benda lain.. so benda baik juga aku cepat lupa.. tapi alhamdulillah.. hidup dengan dunia blog.. banyak memberi ruang untuk aku mengingati diri aku semula.. termasuklah cerita pahit manis.. suka duka.. yang mungkin aku bercerita disebalik selindung pun aku dapat mengimbau kembali... itu semua kenangan.. yang sentiasa memberi pengajaran buat aku..
aku dan penulisan.. bukanlah sebahagian daripada cita-cita aku.. tapi apa yang jelas aku nampak sekarang.. bakal jadi sebahagian daripada hidup aku.. master research.. sememangnya cita-cita aku.. dan lebih spesific lagi.. researcher.. adalah cita-cita yang aku impikan sejak kecil.. hidup sebagai researcher bukan mengkaji sahaja.. tapi akan merepotkan segala benda dari hasil kajian yang kita perolehi.. ini juga memerlukan penulisan.. tapi penulisannya adalah lebih hebat dan lebih power la berbanding penulisan blog aku yang hanya pision semata..
english benda yang aku benci.. aku kena hadap.. penulisan dalam english la yang selalu memberatkan aku untuk menulis setiap hasil kerjaku.. sesungguhnya aku sangat berminat untuk memuntahkan setiap hasil kajian aku.. tapi.. english.. bagaikan satu batu yang selalu menyekat tekakku untuk memuntahkan segala isinya.. itulah yang memberatkan aku sekarang.. dalam cita-cita yang aku sangat-sangat impikan...
kekadang aku sangat cemburu.. cemburu kepada kawan-kawan yang english mereka sangat power.. sebab bagi aku ini memudahkan kerja meraka.. menulis terus apa yang ada di benak minda.. tanpa perlu merujuk kamus atau bahan bacaan yang hampir untuk melihat ayat yang betul dan sesuai digunakan.. yup..aku lemah untuk itu.. aku belajar sekarang ibarat bayi yang bertatih-tatih berangkak untuk berjalan ke suatu destinasi.. bermula dengan berangkak.. itulah kekadang yang cuba mematahkan minat aku kerana aku lelah untuk itu.. tapi aku tak pernah lupa.. sedangkan waktu kecil kita tidak pernah give up untuk belajar berjalan.. kenapa untuk ini aku perlu give up untuk aku dapatkan cita-cita yang aku inginkan..
ya allah permudahkanlah urusan aku ya allah..
RABIYASIR WALA TU'ASIR.. ROBITAMIM BIL KHOIR... AMIN...