Entomologist
Assalamualikum..
Hai untuk 36 orang yang melawat blog sis sebelum ni. Yang baru datang melawat, selamat datang di ucapkan. Oh ya. Selamat berpuasa juga. Cepat je dah masuk bulan Mac yea.
Hari ni aku nak bercerita berkaitan pengalaman aku sebagai entomologi. Tahu ke apa tu entomologi dan entomologist. Kita cerita secara kasar je la kan. Nama pun blog santai. Bukan ilmiah. Entomologi ni adalah kajian berkaitan serangga, manakala entomologist adalah orang yang belajar berkaitan serangga. Ok. Sekarang kita selak balik background aku macam mana aku boleh terjebak dalam bidang serangga ni, sebab entry berkaitan course perhutanan haritu dapat sambutan betul terutama pada generasi baru yang nak mendaftar masuk universiti. Ok, disini meh kakak cerita sikit macam mana nak terlibat dan terjebak dengan bidang kajian serangga ni dan mana universiti yang menawarkan bidang ni dan nama bidangnya.
Sebenarnya entomologi adalah sub subjek bagi suatu-suatu bidang terutama yang belajar berkaitan perhutanan, pertanian, biologi, pemuliharaan atau conservation dan juga zoologi. So mana-mana universiti yang menawarkan lima bidang ni selalunya akan ada sub subjek entomologi dalam bidang atau course tersebut. Untuk dapat kerja mana-mana badan yang memerlukan kepakaran dalam bidang serangga akan tengok la sama ada kita ada ambil atau tidak subjek entomologi waktu sarjana muda atau degree dulu. Ataupun kalau dah minat yang mendalam sangat dalam kajian serangga why not, sambung je sarjana atau master dalam bidang serangga nie, tapi syarat degree mesti ada ambil entomologi.Itu lebih kuatlah menunjukkan kita betul-betul minat berkaitan kajian serangga. Apa bidang pekerjaan yang ditawarkan bagi bidang serangga. Meh sini sis cerita pengalaman sis yang tak pernah sis terfikir.
Sis diploma dan degree bidang perhutanan. Minatnya sebenarnya pokok, terutamnya pokok herba. Cita-cita nak sangat jadi penyelidik berkaitan tumbuhan herba dan perubatan, itu sebab join masuk perhutanan. Tapi bila masuk perhutanan lain yang di bayang, lain yang belajar. Bila masuk perhutanan nie bidangnya lebih kepada pembalakan. Jadi sis pilih kepada conservation sebab dia lebih kepada penyelidikan dan jaga hutan.
Bidang yang sis minat sebenarnya adalah bidang botani, kajian pokok. Subjek ni memang sis score walaupun 4 kredit, minat punya pasal semua pokok pun sis hafal nama saintifik. Tapi cara pensyarah pun mempegaruhi minat pelajar sebenarnya. Tahun akhir degree pelajar wajib pilih tajuk untuk final year project, masa tu semua orang dah ada tajuk pilihan masing-masing. Seingat sis, tinggal sis dan beberapa ketul pelajar je yang belum ada tajuk thesis. Ingat memang nak buat projek botani berkaitan pokok herba, tapi dengar cerita dari senior dan sis pun dah masuk kelas botani dan nampaknya sis tak boleh carry on dengan pensyarah-pensyarah subjek ni. Itu sebab sis belum decide untuk tajuk fyp. Hingga la satu hari kawan sis datang tanya, " Ah, kau dah dapat tajuk fyp belum? dah ada supervisor?" dan sis jawab belum ada. Kebetulan time tu ada seorang pensyarah baru balik dari habis sambung belajar dan cari students untuk buat kajian 3B -bat, bird, butterfly, dan sis dia bagi butterfly. Disitu la sejarah sis terlibat dengan kajian serangga dan ekologi. Tak dapat kajian pokok herba dan perubatan pun tak apa la. Kita buat kajian juga berkaitan serangga dan alam sebabnya pada sis serangga banyak bagi benefit dan sangat penting untuk ekosistem alam. Bak kata O.E. Wilson, “If all mankind were to disappear, the world would regenerate back to the rich state of equilibrium that existed ten thousand years ago. If insects were to vanish, the environment would collapse into chaos,” Nampak tak pentingnya serangga dalam ekosistem. Dari sini bermula sejarah sis dalam biadang ekologi dan serangga dari master dan phd.
PKP, COVID habis, dan phd sis pun habis kini. Sempat menganggur 3 bulan tanpa kerja. Isi kerja sana-sini, asyik kena reject je dengan jabatan perhutanan dan perhilitan dan akhirnya sis kembali ke universiti tempat sis study sebagai pembantu penyelidik. Masih lagi dalam bidang entomologi tapi kali ni kajian kawalan penyakit bawaan serangga ataupun zoonotic disease. MasyaAllah memang ada minat dan tak sangka apa yang terfikir jadi kenyataan dan terjebak dalam bidang ni. Ye la jauh bidang perhutanan dan sains kesihatan tu kita nak masuk. Sudah la tiada asas berkaitan kesihatan. Sebelum ni belajar serangga berkaitan alam sekali dengan serangga, sis terjebak dalam bidang kesihatan. Alhamdulillah. Rezeki Allah luas ya. Sentiasa berdoa, kadang terfikir mungkin ini sebab la interview perhutanan dan perhilitan tak pernah dapat sejak diploma lagi. Rupanya tuhan nak rezekikan kerja dalam bidang kesihatan.
Untuk pengetahuan juga bidang entomologi ni sangat luas. Boleh jadi forensik, boleh jadi kawalan vektor penyakit berjangkit, boleh kerja dengan pertanian kawalan serangga perosak, boleh dengan muzium sebagai kurator dan sebagainyalah. Apa yang perlu kita tahu sebagai entomologist adalah ekologi atau kehidupan serangga tersebut dan spesiesnya paling utamalah. Sebab serangga, spesies berbeza bawa fungsi yang berbeza. Di rumah, di hutan, di sungai waima di negara lain pun mempunyai spesies-spesies yang berbeza. Orang cakap spesies haiwan dan tumbuhan di Malaysia ni macam rakyat Malaysia dia tak extreme semua soft-soft gitu kalau pergi negara lain tumbuhan pun makan boleh makan orang. Gitue la katanya. Dalam kata lain, setiap serangga ada fungsinya yang tersendiri yang masih banyak belum orang explore dan kenal mereka. Dan sebagai entomologist kita belajar untuk kenal mereka, teliti, perhati, baca dan kenal untuk menfaatkan dengan sebaiknya pada alam dan sekiranya dia adalah perosak, bagaimana kita mengawalnya supaya ekosistem terjamin dan terjaga. Macam zaman sekolah dulu, buat buku scrap. Kalau belajar tentang satu-satu serangga semua maklumat kita belajar dan kumpul untuk kita faham untuk orang lain pun boleh faham. Kalau kita jumpa penemuan baru berkaitan serangga tersebut, itulah tujuan penulisan journal, kita terbitkan untuk semua orang baca dan faham. Kerja sebagai entomologist ni best. Sebab kita terjemahkan maklumat yang audiens senang faham sebabnya orang lain nampak selalu benda tu tapi tak terfikir itu fungsinya, bila ada ini apa akibatnya. Fungsi kita fahamkan, kenalkan, selidik dan sebarkan maklumat pada orang ramai supaya mensyukuri apa yang ada sekeliling kita.
Sudah la panjang pula ceritanya dah jadi macam tazkirah. So mana-mana adik-adik yang minat buat kajian serangga teruskan. Sebab tak ramai yang terpilih dan minat dalam bidang ni. InsyaAllah ada rezeki untuk explore lebih jauh dalam bidang yang diminati ni. Good luck akak ucapkan.
Nasihat dari makmal entomologi
BMHRC, Fakulti Universiti..
dan puasa hari ke 13
selamat berpuasa dan selamat hari raya.

Comments
Post a Comment