Terbanglah….
Assalamualikum..
Hai.. hampir hujung mei. Panas ke tempat korang, bumi bawah bayu ni panas mengetik betul. Ada tanda- tanda nak hujan tapi x hujan. Apa cerita keadaan korang. aku still manusia 2 pekerjaan. 9-5 as research assistaat and 24/7 felo kolej kediaman. Kadang rasa enjoy kadang rasa penat sangat. Tambah bila macam- macam kerja dah mula datang untuk penyelidikan kami, kadang rasa penat. Tak terkejar dengar research. Mana nak belajar benda baru mana nak buat paper. Kerja baru sentiasa datang kadang tak sempat nak fikir. Pastu kolej pun macam-macam. kadang malam masih kena handle hal blok lagi rasa tak terbawa. Kadang di support geng blok. Kadang rasa kena tinggal sendiri. Jadi aku rasa aku kena bergerak. Fikir masa depan sendiri. Tanya adik, macam mana diorang suka dengan kerja. Aku masuk tahu kedua pun, isnin kena ambik semangat byk2 untuk nak masuk kerja. Padahal tempat kerja dengan rumah 10 minit je pun. Tu pun ginie dah gayanya. Sedangkan dulu aku minat research. Kata adik sebab karja aku kena guna otak. Penat lebih, itu jadi gitue. Entah lah.
Latest, Prof aku suruh aku sambung post doc di Singapore. Atas cadangan sorang lagi boss aku dari NUS. Mula aku fikir-fikir juga. Tapi lepas fikirkan suasana kolej sekarang, esok aku try apply. Harap dapat. Aku suka belajar di sini. Tapi aku rasa dah lama sini. Hampir 9 tahun dah disini mungkin masa untuk berubah angin. Ambil suasana baru. Belajar di tempat yang lebih baru lagi. Aku takut tapi aku kena cuba. Orang cakap tak cuba maka tak cinta. Ah betul tak. Aku rasa aku nak tukar kepompong baru. Masa untuk terbang lagi. Harap tak banyak dugaan. Takut. Tapi sampai bila nak duduk sini. Aku kena terbang. Terbang dengan sayap baru untuk tengok dunia yang lebih luas. Manusia pun perlu ber metamorphosis kepada yang lebih baik.
Comments
Post a Comment