Hobi dan minat aku..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam Jumaat...
Hari nie tetiba rasa macam nak cerita banyak benda.. sebab aura baik tengah menguasai diri.. selepas semalam mimpi tentang si kucing gemuk... lepas tue dapat cuti dua minggu dari study site... and nak balik rumah minggu depan.. yeahhhh!!!  so aura baik menguasai diri sekarang.. ditambah pula dengan baru lepas baca buku karya Ramli Awang Mursyid.. yang tajuk "Aku Bercerita".. so lagi semangat untuk menulis dan bercerita... 
So hari nie aku pilih untuk bercerita mengenai hobi dan minat aku.. urmm.. bunyi macam boring.. tapi aku suka..
AKU.. tak susah pun hidup aku... apa yang aku cari adalah ketenangan.. keselesaan.. kebahagian.. so kira macam happy ending tue semua aku suka la.. kalau ikut ilmu metafizik.. yang kira-kira melalui tarikh lahir tue pun.. kata aku memang jenis manusia yang suka nak happy jew.. so tak salah kalau aku suka buat hal sendiri kan untuk cari kegembiraan.. manusia nie kekadang sesak juga dengan masalah.. sebab benda remeh temeh pun nak ambil masuk dalam kepala buat serabut.. sehinggakan kekadang tak berkaitan dengan dia pun.. so jangan jaga tepi kain orang sangat la... happy dengan cara hidup kita ok.. chill...

Hidup dengan alam.. penghargaan yang besar bagi DIA buat aku.. bila aku masuk bidang nie.. banyak benda yang aku boleh jelajahi.. ketahui.. dan hargai.. subahanallah... sangat memberi ketenangan bila tengok ketenangan air.. dengaR bunyi-bunyi serangga.. tengok kehijauan hutan dan alam.. sangat selesa dan menenangkan walaupun kekadang penat berjalan...

Aku suka aktiviti santai.. dan aku suka kepada tumbuhan dan kekemasan.. bila keadaan berselerak atau bilik aku semakkan dengan barang aku sendiri.. mulalah aku membebel dengan diri sendiri.. sehinggakan romate pun pernah tegur.. " rajinnya mengemas bilik malam-malam.." sorry mate... ganggu u tidur.. tak boleh la nak tengok semak nie.. kalau tak.. nanti tak nak masuk bilik pula rasa.. semak... bermonolog sendiri.. tue la tabiat aku.. sendiri semakkan sendiri tak boleh tengok..

Berkait dengan alam.. alam itu indah.. kalau boleh setiap moment dengan alam aku nak simpan buat kenangan.. terutama bila aku jungle trakking.. itu sebab aku nak ada kamera sendiri.. kamera yang cantik.. yang boleh aku abadikan semua kenangan.. aku tak suka tangkap gambar aku sorang-sorang.. tapi aku suka tangkap gambar alam.. suasana dan reramai.. bila ramai.. ramai lagi gelagat.. lagi menceriakan suasana.. aku suka tengok tue semua.. tapi harapan nak beli kamera baru belum dapat.. pinjam jew la.. dari doc.. nasib baik my supervisor baik.. bagi pinjamkan kamera.. boleh simpan moment tue.. (haha.. ayat bodek supervisor.. peace)..

alah... muka my supervisor tak ada pula disini.. tak boleh nak bodek lebih-lebih... hehehe..
Kenangan : Empangan Sungai Terip Jelebu.. ok.. tengah hari rembang jalan-jalan tepi empangan tengok burung.. azab la... nie tyme kemarau tau.. air empangan pun merosot.. siap kena catuan lagi..


Selain tue.. aku suka tanam pokok.. sebab bila tanam pokok.. pokok hidup.. menghijau.. wah.. aura ketenangan tue datang... sejuk jew mata memandang.. sebab tue juga aku suka warna hujau.. hijau tue menyejukkan bagi aku.. walaupun orang cakap  warna biru lagi sejuk.. aku tetap kata hijau sejuk.. haha.. nak jew aku buat bilik aku tue taman botani.. tanam pokok banyak2 ternak nyamuk yang sedia banyak dalam bilik tue.. tapi sekarang tak dapat nak tanam-tanam sangat la.. sebab tak ada tempat tetap.. selalu keluar site..mati pula.. macam pokok di lab.. csian nya... ok tue jew la kot cerita aku hari nie.. nanti aku ceritakan pula.. berkaitan bilik aku.. kerja di jelebu.. burung.. sepupu.. serangga.. my buah hati kalau ada.. haha.. ok see u next lain entry.. lain post.. and lain cerita.. kalau rajin nak follow.. chill..


Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..