BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Hai assalamualaikum..
Dah lama giler tak menjeguh blog... rindu.. busy sangat dengan study site... so memang tak ada masa nak menjengah dah update blog.. al- maklumlah.. site dalam kelapa sawit dan hutan.. jadi jangan bermimpi sangat nak dapat internet..
Baru sampai UPM... balik terus mengadap cik ternet... sambil2 tue melawat blog EH! jap.. saja hilangkan boring... tapi suka pada satu artikel dia.. berkaitan... ADAKAH DIA 'THE ONE' YANG ANDA CARI... dan tertarik pada point ini...
"Kadang-kala dalam satu hubungan terdapat seseorang yang ingin mengawal
hubungan itu dengan cara yang lembut ataupun kasar. Tetapi dalam hal ini
ia sepatutnya menjadi two way street kerana anda juga pasti
mempunyai pendapat sendiri yang ingin diwartakan oleh itu jangan takut
atau segan untuk bersuara kerana anda juga mempunyai hak dalam hubungan
itu. Jika dia tidak boleh menerimanya bermakna he is not meant for you!..."
By this point.. I take note as.. jadi diri sendiri adalah penting dan kalau orang tak suka cari kita.. go ahead.. jangan la bersendeng-sendeng tunjuk kata suka.. tapi menyampah.. hohoho...
Sebab bagi aku.. dalam kehidupan sangat penting kejujuran bagi kedua-dua pihak.. terutamanya dalam menerima orang tersebut dalam diri kita.. tak kisah la.. dia cuba untuk menerima cara kita (tak kisah kalau mencuba.. sebab ia merupakan langkah pertama dalam mencari keserasian..) ataupun dia sememangnya selesa dengan cara kita.. begitu juga kita dengan dia.. untuk menerima dia dalam diri kita.. apabila ada keselesaan maksudnya ada keserasian.. dan mampu menerima.. so hubungan pun mampu dijaga dengan baik.. sebab selesa..
Tapi kalau hubungan atas dasar.. kepentingan.. for sure.. hubungan tak kan kekal lama.. sebab apabila tidak memenuhi kepentingan tue.. atau habis kepentingan tersebut.. habis segala hubungan.. tak gitu..
So pilih dan buat keputusan yang terbaik dalam kehidupan.. mencari manusia.. kawan atau sebagainya.. bukanlah semata-mata atas kepentingan.. tapi jujur sebagai seorang friends..
sebagai sisipan hari nie.. post jap gambar last.. tolong budak camera trap pasang perangkap...
(p/s: kena jadi tukang masak untuk diorang weh.. jadi makcik kantin jap :( )