Phd and perkongsian #01
Ada 3 faktor utama
1. Persiapan diri sebelum PhD
- Giat dalam aktiviti penulisan dan penerbitan
- Kuatkan knowledge dengan memilih mengajar pelajar degree instead pelajar diploma
- Berjaya memperolehi geran FRGS yang mana ia dikembangkan pula sebagai pengajian PhD
- Rajin attend kursus analisis dan menguasai satu dua jenis analisis semasa
2. Pemilihan SV dan Universiti
Pemilihan SV
- - SV bidang yang berkaitan bidang or kajian yang kita berminat untuk lakukan.
- - Memilih SV yang tidak memegang jawatan besar dalam universiti juga beri satu kelebihan untuk kita kerana mereka boleh memberi perhatian pada progress pelajar dengan lebih teliti.
- - Gabungan sv baharu dalam.dunia supervision dan yang sangat pengalaman adalah wajib (my second SV, AP Dr Abdul Fatah memiliki pengalaman luas dan sangat kritikal terhadap penulisan pelajarnya manakala my main SV, Dr Nur Asmat sangat supportive dalam memantau progress penulisan tesis saya.
Pemilihan universiti
- - Membuat swot analysis bagi universiti universiti yang menawarkan pengajian PhD
- - UKM, UPM sebagai contoh perlu mengambil subjek advance dan menduduki peperiksaan sebelum membolehkan mereka fokus pada penulisan.
- - Memilih USM kerana full thesis mode. Jimat masa dan semester pertama terus boleh fokus pada penulisan.
- - Kriteria diatas amat penting dititikberatkan bagi pelajar tajaan kerana tempoh scholarship hanya 3 tahun.
3. Sikap Pelajar
- Displin diri
- Fokus
- Tahu membahagikan masa dengan baik
- Bergaul dengan orang yang positif
- Mencari guru..menuntut ilmu dari sesiapa sahaja yang dirasakan serasi.
Asalnya saya secara peribadi agak kurang selesa dengan penganjuran penulisan tesis pantas dan sewaktu dengannya. Sb dalam kes saya, tiada istilah pantas..persiapan diri sebelum sy melangkah alam phd itu sendiri berlangsung selama 3-4tahun lamanya. Namun, tak salah kalian mengikuti apa apa kursus yang dianjurkan..sekiranya kalian merasakan ia mampu membakar semangat kalian untuk lebih berhala tuju dalam penulisan masing masing. Cuma..sy masih bertegas...there is no shortcut way to gain success. Kelancaran sy dalam melayari dunia PhD adalah disebabkan persiapan teliti yang telah sy laluinya terlebih dahulu.
Tips GOT lebih detail:
https://m.facebook.com/groups/172330172793150?view=permalink&id=2023648254327990
Comments
Post a Comment