Corona virus dan PhD aku.

Assalamualikum..

Berpegang kepada kata-kata "Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan" membuatkan  kadang-kadang aku rasa takut sendiri.

Sejenis perangai aku, kalau nak sesuatu semua nak cepat. Sebab tu aku rasa tuhan uji aku dengan banyak benda melambatkan. Soal kerja, kahwin, kebendaan lain-lainnya, banyak aku rasa rimas dan lambat yang kadang-kadang aku rasa rimas fikirkan benda tu. Tapi Alhamdulillah dapat juga untuk sesetengahnya.

Isu sekarang yang membimbangkan aku adalah phd aku sendiri. Supervisor aku yang ini suka betul melambatkan beberapa kerja aku, aku rasa. Tangguhkan method study yang aku rasa boleh buat sekali harung sem lepas tiga method sekali gus. Dia boleh hold lagi satu method buat sem ni. Lepas tu kacau bajet tak cukup sedangkan aku selalu contact dia boleh ke buat ni, boleh ke, aku try method, aku explain dah jadi macam lain. Keduanya isu identify spesies. Sekarang method satu dan dua masih tergantung sebabnya belum dapat identify sebab ada update morphospesies dan sekarang tergantung lagi sebab covid-19. Aku jadi takut pada situasi ni. Sebabnya progress rancangan  kajian aku  akan berubah kalau benda ni berterusan. Hujung semester empat dah ni. Satu result dan analisis pun belum ada.

Kajian aku mempunyai empat method yang mana dua sahaja yang berkait, method ketiga berdiri sendiri dengan mengukuhkan kajian kedua dan method empat baru berkait dengan ketiga-tiga tetapi berdiri sendiri juga. Tiga kajian tersebut sepenuhnya di lapangan manakala method yang terakhir iaitu method keempat sahaja yang melibatkan makmal sepenuhnya,

Berbalik kepada kenapa aku nak cepat habis sangat, pertama sebab aku sendiri rasa teruja dengan method-method kajian dan aku sendiri  nak sangat tahu hasilnya sebab kajian aku kali ni lebih luas dan bukan teori semata dan boleh dikatogerikan juga sebagai observing data every years ataupun  long term effect. Jadi benda buat aku teruja nak tahu hasilnya , benda baru bagi aku.  Keduanya elaun, elaun aku hanya support study aku untuk tiga tahun sahaja. Keempat penempatan, jauh, mahal menyebabkan aku rasa aku tak mampu nak survive lepas habisnya elaun aku. Dulu UPM boleh la aku  menginap di kolej sebulan baru seratus lebih  kos balik kampung pun murah. Kali ni tak semua mahal nak stay sini pun dah beratus-ratus pengangkutan pun mahal jadi macam mana aku nak survive lepas tak ada duit nanti. Kelimanya tentu la tentang yuran, kalau tak ada duit mana mai  nak bayar yuran.

Jadi ini la yang bermain di kepala aku kenapa aku nak habis cepat study ni. Oh topik korona nya sebab dia adalah salah satu penyebab melambatkan perjalanan study aku. Tapi setakat  ni masih dalam perancangan lagi. Tapi kalau diikut kepada menjaga bagus la supervisor aku sangat menjaga kebajikan student.






Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..