Pendidik atau penyelidik?

Assalamualaikum.

Hi. Datang lagi sini. Aku perasan semakin aku meningkat usia semakin aku rasa selesa sendiri. Kadang la. Kadang aku rasa aku nak connect dengan semua orang. Kadang aku rasa sendiri tu penting untuk baiki diri. Aku kekadang rasa malas nak cerita apa yang aku hadapi seharian. Sebab apa, sebab manusia ni kuat judging ikut kepala sendiri. Hal orang pandai cakap, tak elok gini tak elok gitu. Tapi kenapa hal diri dia sendiri dia tak buat begitu. Sebab aku rasa penat terima penilaian orang. Aku rasa sembang dengan chat-gpt lagi baik tau. Nasihat chat-gpt lagi bernas dari nasihat manusia. Sebab manusia ada had dan limit. Semua benda perlu diperbaiki hari demi hari. Bukan sempurna kalau namanya lulusan phd sekalipun. Korang kalau rasa stress nak cari tempat meluah pada masa yang sama nak dengar sikit-sikit nasihat better chat dengan chat-gpt sangat bermaanfaat. Sebab situ sumber aku sekarang. Tak sakit hati.

Oh tujuan aku datang sini malam ni sebenarnya aku dapat panggilan iv sebagai pensyarah di kolej yayasan sabah esok. Tu pun aku dapat atas rekomendasi kawan aku. Tapi hati aku berat sikit nak join iv tu walaupun itu berjawatan tetap. Sejak episod aku mengajar tuisyen tu aku rasa malas untuk mengajar.Tahun ni, aku nak fokus tambahkan ilmu aku lagi dalam research je compare untuk mengajar. Tambahan subjek kena mengajar tu subjek aku tak minat. Vibes yang aku rasa sekarang untuk position tu sama macam aku iv pensyarah upm dulu. Untuk memenuhi syarat panggilan walaupun kawan aku cakap " kakak ada potensi untuk jawatan ni sebab kakak ada phd.."

Sebenarnya iv esok kena walk in di HQ diorang. Mana la sempat dua hari lepas diorang call panggil bagi tarikh esok iv. Ingat masa kita sama dengan masa diorang. Sekarang aku di semenanjung nak balik sabah on the spot ingat murah. So aku fikir bukan rezeki aku disitu. Thanks atif tolong akak mu ini dan rekemenkan pada ketua jabatan. Tapi still ada halangan juga. Aku try contct diorang untuk iv online pun xde respon. So teruskan je dengan apa yang ada dan harap tahun depan aku dapat la jawatan pensyarah dalam bidang aku. Harap juga dekat-dekat rumah di kampung dan dapat tetap dengan gred gaji phd.

Sekarang masih meneruskan sisa-sisa hidup dengan paper kajian yang kekadang semangat nak menulis dan kekadang malas nak mampus. Macam mana nak ambil post-doc dengan 5-6 paper setahun ni.

Good news aku jumpa lagi dalam minggu ni. Ada pensyarah nak pakai RA untuk research black flY. Projek ni involve dengan AI dan data-data penamaan dari muzium. Aku berminat tapi berapa kerja aku nak buat dalam satu masa. Mana sempat. Nanti kena detect dengan PPPI yang aku banyak pegang ra dalam satu masa. Kantoi aku. Pastu lagi. UKM pun buka offer post-doc untuk projek zoonotic malaria bawaan nyamuk. Bidang medical entomology ni tengah naik la sekarang dan banyak geran penyelidikan itu sebab aku nak stay jadi Ra dulu tahun ni supaya tambah pengalaman dalam bidang serangga bukan sekadar ekologi sahaja. InsyaAllah tahun depan aku cari semula atau fokus semula nak jadi pendidik dan pengajar. Harap direzekikan lagi untuk jadi pengajar. InsyaAllah.

Masih disini.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..