BERSUAMI

Assalamualikum..

Aku umur 31 tahun  pada tahun ni. Kehidupan aku masih berstatus pelajar. Disebabkan itu juga aku tak sibuk nak fikir kahwin. Aku bebas dengan kehidupan aku sebagai  pelajar. Berjalan kalau aku mahu, berkurung kalau tak ada duit, meronda kalau rasa stress dan perlu ketenangan sekejap. Bebas. Bila nak masuk umur 30an rasa nikmat kebebasan tu sangat bermakna aku rasa. Sebabnya semuanya dah terbiasa sendiri, buat itu ini. Tambahan bila berjauhan dari keluarga lagi la kena fikirkan semuanya sendiri. Jadi akan rasa boleh buat semua walaupun kadang-kadang mustahil, sebabnya terbiasa.

Tapi hari ini, isu itu muncul kembali dikalangan sanak saudara. Biasa la bila kahwin sepupu-sepupu. Aku sekarang dikatogerikan yang paling tua yang masih belum berumahtangga.  Sebenarnya aku nak buat ja "ah, peduli pulak aku!." terasa bangga pula pada usia ini masih solo berjalan dengan family bebas nak lakukan apa saja ataupun lari dari situasi. Tapi macam (-_-) . Masih perlu jaga hati yang ada.

Kalau ikut hati aku, cukup dengan family yang ada ni. Dimana kalau aku ada cuti memang pada parent aku, aku lari balik. Duduk dengan mereka. Walaupun masing-masing dengan hal masing-masing. Aku tak pasti kenapa. Mungkin sebab aku terbiasa sendiri jadi aku lebih  suka sendiri. Macam sekarang, aku study setempat dengan adik aku. Kalau dia balik kerumah sewa, sungguh aku rasa tidak selesa dan semua tidak kena. Kalau dia balik ke kolej sunyi pula rasa. Kadang-kadang housemate bertegur dengan aku pun aku rasa rimas. Mau ja aku keluar bilik buat muka masam dan diorang tegur aku tak berjawab. Kritikal tak perangai aku. Inikan pula nak bersuami.

Aku nampak begitu  banyak perangai dan buruknya aku, kau rasa ada yang mampu bertahan dengan perangai ni. Kalau dia lelaki yang baik kesiannya dia. Kalau dia lelaki jahat nauzibillah min zalik tak nak la aku dengan dia. Entahlah.

Akhir kata, doakan aku dibukakan  dan dilembutkan hati untuk menerima pasangan aku sekiranya ajal belum menjemput. Kalau ajal dah jemput sedekahkanlah aku al fatihah buat penemanku disana.


SEKIAN..


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..